Category: International League

ICBL 41st Conference, Minggu ke-15: Kedai Asia Kekal Di Tangga Teratas Liga

Jeddah, 29 Januari 2019 – Seusai minggu ke-15, pasukan Kedai Asia masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat pertama liga Inter Company Bowling League (ICBL) anjuran FTBJ.

Pada minggu ke-15 ini, gandingan Tariq Antonio (RBA) di posisi driver bersama Suhaimie Leong di posisi anchor berserta Azizan Abdul Aziz, Azhanawati dan Wan Kamal diturunkan untuk berentap dengan misi mengukuhkan kedudukan di persada liga.

Ternyata strategi ini membuahkan hasil apabila pasukan Kedai Asia berjaya mengumpul sejumlah 30 mata mingguan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2,952. Jumlah keseluruhan di tempat pertama setakat ini adalah sebanyak 467.5 mata, diikuti pencabar terdekat CEE BEE Aviation dengan 451.5 mata, dan Ekis Reload-5 di tempat ketiga dengan 398 mata.

Pusingan liga hanya berbaki 4 minggu sahaja lagi dan persaingan semakin sengit. Semoga semua pemain2 dapat meningkatkan lagi usaha untuk memantapkan permainan dan mengekalkan kedudukan sehingga akhir liga, InshaAllah.

~WKA~

Kedai Asia mengekalkan kedudukan di tempat pertama liga.
Kedai Asia mengumpulkan sejumlah 30 mata pada minggu ke-15 liga ICBL
Tariq Antonio, Suhaimie Leong, Azizan Abdul Aziz, Azhanawati dan Wan Kamal mewakili Kedai Asia minggu ke-15 liga ICBL

FEDBG SPMBL-11, Minggu 9: MJBowlers Sapu Bersih Lagi, Teguh Di Tempat Pertama

Jeddah, 28 Januari 2019 – Kemaskini minggu ke-9 Saturday PM Bowling League (SPMBL) anjuran FEDBG, pasukan MJBowlers meneruskan aksi cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga.

Lawan kali ini adalah pasukan Lanes Snap Shot yang diwakili oleh pemain2 berkebolehan tinggi, dimana Richard B. Antonio dan Lynn Lopez masing2 merupakan Juara FEDBG Bowler of the Year 2018 kategori lelaki dan wanita, bersama2 Jay Bengco dan Gary Raymundo.

Permainan MJBowlers yang mantap dari gandingan Hasnah, Azami Nordin, Oto Shah dan Azmi Junaidi nyata dapat mematahkan strategi pasukan lawan dengan menyapu bersih keseluruhan markah perlawanan 22 mata berbalas kosong. Dengan markah tambahan ranking berjumlah 10 mata, pasukan MJBowlers berjaya mengumpul sejumlah 32 mata pada minggu ini untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama.

Persaingan kedudukan liga agak sengit di mana hanya sejumlah mata kecil sahaja yang membezakan antara pasukan2 teratas: MJBowlers (251), JBS Pro-S (240), Triple XXX (212).

Semoga permainan mantap minggu ini dapat di teruskan untuk minggu2 seterusnya, InshaAllah. Pemain2 MJBowlers digalakkan untuk meneruskan latihan intensif bagi meningkatkan lagi mutu permainan.

~WKA~

Nota tepi: Terdapat kesilapan dari pihak FEDBG sebelum ini. Artikel telah dikemaskini untuk memperbetulkan kedudukan dan jumlah mata semua pasukan di dalam liga.

MJBowlers menyapu bersih keseluruhan mata perlawanan 22 berbalas kosong
MJBowlers mengukuhkan kedudukan di tempat pertama

 

FEDBG SPMBL-11, Minggu 8: MJBowlers Menguatkan Kedudukan Di Persada Liga

Jeddah, 22 Januari 2019 – Kemaskini minggu ke-8 Saturday PM League anjuran FEDBG, pasukan MJBowlers mempamerkan aksi cemerlang untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama liga kejohanan. 

Bertempat di Bowling City Sabtu lepas (19/01/19), pasukan MJBowlers bertembung dengan pasukan Dabarkads yang diwakili oleh pemain berpengalaman Lito Zamudio, Bing Amolo, Leo Edejer dan Tess Grandin. Namun, gandingan mantap Suhaimie Leong, Hasnah, Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid dan Juara Bowlfest 2018 Oto Shah mudah menundukkan pasukan lawan dengan jumlah mata maksimum 22 berbalas kosong.

Pasukan MJBowlers juga meraih mata maksimum ranking liga untuk minggu ini dengan jatuhan pin terbanyak 2,395 (dan 2,638 bersama handicap).

Syabas diucapkan untuk pemain2 MJBowlers yang menyerlah pada minggu ini. Semoga permainan mantap ini di teruskan untuk minggu2 yang seterusnya, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menundukkan Dabarkads dengan jumlah mata 22-0

    MJBowlers mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga SPMBL-11

Keputusan FTBJ Monday Night League: MJBowlers Naib Juara

Jeddah, 8 Januari 2019 – Satu perlawanan pusingan akhir telah berlangsung pada hari Isnin, 7 Januari 2019 sebagai penutup tirai Kejohanan Monday Night League, anjuran Filipino Tenpin Bowling Jeddah (FTBJ). Untuk liga ini, pasukan MJBowlers diketuai oleh Ahmad Sharifuddin bin Muhammad selaku kapten pasukan, sambil dibantu oleh Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai penasihat teknikal dan strategi.

Seusai 15 pusingan liga, pasukan MJBowlers berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir “stepladder” di tempat kedua di belakang pasukan Bowling City yang diketuai oleh Igna Salgado. Pasukan-pasukan lain pula berentap di “play-off round” untuk mencari satu pasukan lagi yang akan memasuki pusingan “stepladder”. Selepas saingan sengit sebanyak 2 perlawanan, pasukan Deaf Club Jeddah (DCJ) dari Saudi Arabia berjaya menempatkan diri di tangga teratas pusingan “play-off round” dan melayakkan diri untuk bertemu pasukan MJBowlers di dalam “stepladder finals”.

Pasukan MJBowlers diwakili oleh Mohd Sharizan (Oto) di posisi driver, bersama-sama Azizan Abdul Aziz, Abdul Rashid dan Norazami Nordin bermain di posisi anchor. Pasukan DCJ pula diwakili oleh pemain-pemain tempatan, Mohsein, Bilal, Fahd dan Bassam. Dalam perlawanan ini, strategi MJBowlers untuk menyekat kemaraan DCJ dengan mengawal permainan sejak dari awal lagi, dan mematahkan rentak pemain-pemain DCJ yang lebih selesa dengan permainan yang pantas. 

Di pusingan akhir, MJBowlers bertembung pula dengan pasukan tempat yang layak di tempat pertama, Bowling City. Pasukan BC ini diwakili oleh pemain kelahiran Saudi Arabia, Kamal Felemban (Kemo) bersama-sama Romel Gallasinao Agbayani, Igna Salgado dan Sammy. Kemo baru-baru ini telah menjuarai Kejohanan Bowling Saudi Arabia Ke-15, anjuran Persatuan Bowling Saudi Arabia. Pasukan MJBowlers mengekalkan pemain-pemain dari perlawanan pertama dengan hanya pertukaran strategi minimal dimana Wan Kamal bermain di posisi anchor.

Walaupun memberikan tentangan yang sengit, pasukan MJBowlers tumpas dengan jumlah mata scratch 776 berbalas 813.

Perjalanan dan perjuangan MJBowlers masih belum tamat, dan pencapaian pasukan dibawah bimbingan Ahmad Sharifuddin untuk musim ini boleh dibanggakan. Semoga pencapaian ini menjadi pencetus semangat dan pemangkin untuk semua pemain-pemain berusaha dengan lebih giat untuk mengharumkan nama pasukan MJBowlers di masa hadapan, InshaAllah.

Pasukan MJBowlers juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih buat Coach Mus (Shawall Mustafa) yang sentiasa sudi dan sabar untuk memberikan bimbingan dan dorongan sepanjang perjalanan liga ini. Tidak lupa juga penghargaan buat ahli keluarga MJBowlers yang turut datang memberikan sokongan semasa pertandingan akhir dan juga sepanjang kejohanan ini.

Untuk pusingan seterusnya, pasukan MJBowlers akan di pimpin oleh pemain berkaliber, Mazlan Yaakob, serta dibantu oleh Azizan Abdul Aziz. Semoga kejuaraan milik MJBowlers pula kali ini, InshaAllah.

~WKA~

Pasukan MJBowlers (dari kiri): Norazami Nordin (OSU), Mohd. Shahrizan (Oto), Wan Kamal (Bulldozer), Hj. Rohaizat Kamisan, Mazlan Yaakob, Kapten Liga Isnin Ahmad Sharifuddin, Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid dan Azizan Abdul Aziz (The Stinger).
Keptutusan Perlawanan Akhir MJBowlers tumpas kepada Bowling City 776 – 813

 

Skrol ke bawah untuk melihat gambar-gambar sekitar perlawanan akhir Liga Monday Night.

 

 

Keputusan TNCBL-21: MJBowlers Meraih Tempat Keempat Keseluruhan Liga

Jeddah, 16 Disember 2018 – Tuesday Night Conference Bowling League (TNCBL) anjuran FEDBG dibawah pimpinan Pip Planas, telah melabuhkan tirai untuk siri ke 21 baru-baru ini bertempat di Bowling City. Juara pada kali ini adalah pasukan Daylights, yang diketuai oleh Lito Zamudio, selepas mengalahkan juara bertahan pusingan lepas, Kolokoy yang diketuai oleh Engr. Ernie Geslani.

Untuk siri 21 ini, pasukan MJBowlers diketuai oleh Haji Rohaizat Kamisan, sambil dibantu oleh Kapten Utama MjBowlers Abdul Rashid sebagai penasihat pasukan. Perjalanan sepanjang liga agak mencabar kali ini, dan selepas 14 minggu bertarung di pentas awal liga, pasukan MJBowlers menempatkan diri di tempat ketujuh usai pusingan kelayakan. Namun ini tidak mematahkan semangat juang pemain-pemain MJBowlers untuk bertempur di medan play-off bersama-sama 4 pasukan lain, untuk merebut tempat ke pusingan akhir step-ladder.

Pada pusingan play-off yang berlangsung pada 4 Disember 2018, Kapten Rohaizat membariskan Mohd Sharizan (Oto) di posisi driver, dibantu oleh Azami Nordin, Mazlan dan Wan Kamal di posisi anchor. Acong (Mohd Nazrey) pula bertindak sebagai “hiding player”. Aksi cemerlang dari Oto dan Azami pada malam itu membuahkan hasil untuk membantu pasukan MJBowlers layak ke pentas akhir step-ladder di tempat teratas, diikuti oleh pasukan JBS Pro S.

MJBowlers melayakkan diri ke pusingan akhir step-ladder di tempat teratas.

Berlangsung pada 11 Disember 2018, format akhir step-ladder ini memerlukan pasukan-pasukan berentap secara “head-on”, di mana kemenangan perlu dicapai untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Di game pertama, MJBowlers bertembung dengan pasukan JBS Pro S yang diketuai oleh pemain veteran Edward Botardo dan dibarisi oleh Andy Yumena, Cesar Pagtaluna dan Eric Columa. MJBowlers menurunkan barisan pemain-pemain yang sama sewaktu pusingan play-off iaitu Oto, Azami, Mazlan dan Kamal. Aksi cemerlang pemain-pemain MJBowlers berjaya menundukkan pasukan JBS Pro S dengan jumlah mata 833 berbalas 787, untuk menempah tempat ke pusingan seterusnya.

Pusingan Akhir Stepladder Game 1: MJBowlers menumpaskan JBS Pro S dengan mata 833 berbalas 787

Penukaran strategi telah dilakukan untuk pusingan seterusnya, dimana satu-satunya pemain kidal lelaki MJBowlers Azizan Abdul Aziz, beserta Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid turun ke medan pertempuran, menggantikan Azami dan Mazlan. Lawan untuk pusingan kedua adalah pasukan AFCO, yang diketuai oleh pemain berpengalaman Rey Beltran dan dibarisi oleh pemain-pemain berkaliber Pancho Cuevas (Choi), Ruel Santoc dan Ian Caringal. Persaingan sengit diberikan semasa pertembungan ini, namun MJBowlers tewas dengan jumlah mata 864 berbalas 926.

Pusingan Akhir Stepladder Game 2: MJBowlers tumpas kepada AFCO dengan mata 864 berbalas 926

Walaupun tidak memenangi kejohanan liga pada kali ini, pencapaian pasukan MJBowlers di bawah pimpinan Haji Rohaizat boleh dibanggakan selepas menempatkan diri di tempat keempat keseluruhan liga. Semoga keputusan ini menjadi pencetus semangat dan pemangkin untuk pemain-pemain MJBowlers berusaha mencapai lebih kejayaan di masa depan, InshaAllah. Pasukan MJBowlers ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih buat Coach Mus (Shawall Mustafa) yang tidak jemu memberikan bimbingan dan dorongan sepanjang kejohanan kali ini. Sumbangan dari rakan-rakan pemain MJBowlers sepanjang kejohanan ini juga adalah amat dihargai: Suhaimie Leong, Azmi Junaidi, Ahmad Sharifuddin, Nur Yazid, Zulkhairi Mat dan Yusrifiltri Mohd Yunos. Tidak lupa juga penghargaan buat ahli keluarga MJBowlers yang turut datang memberikan sokongan sepanjang kejohanan ini.

Untuk pusingan ke-22 TNCBL, pasukan MJBowlers akan di pimpin oleh pemain berbakat tinggi, Azmi Junaidi, serta dibantu oleh Azizan Abdul Aziz. Semoga kejuaraan milik MJBowlers pula kali ini, InshaAllah.

MJBowlers: Respect All, Fear None, Roll High.

~WKA~

MJ Bowlers menebus kehampaan 2017 di pertandingan akhir SAT-AM FTBJ 2018.

Bowling City- Jeddah,  Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 26/5/2018 , satu lagi pencapaian terbaik ditunjukkan dari pasukan MJ Bowlers di pentas akhir Step Ladder SAT-AM FTBJ 2018. Siri liga yang ke -6 kalinya ini telah menutup tirainya semalam dan  MJ Bowlers telah dinobatkan sebagai Juara mengalahkan Bowling City.

Pertembungan akhir MJ Bowlers dengan Bowling City adalah ulangan pertandingan akhir yang telah berlangsung pada December 2017 yang mana Bowling City telah menidakkan MJ Bowlers di pertandingan akhir. Ketika itu MJ Bowlers dibarisi pemain yang begitu konsisten disepanjang musim 2017  iaitu dengan kombinasi Tariq, Azzhana, Kamal dan Mustafa.Di ketika itu MJ Bowlers telah bersedia merangkul kejuaraan 2017 tetapi keunggulan Bowling City menafikannya.  Klik -> Pencapaian 2017 SAT-AM  

Kegagalan yang lepas telah mencetus azam baru dari kapten pasukan untuk memperkemaskini barisan MJ Bowlers untuk bersaing di musim ke 6 ini. Dengan bantuan jurulatih Mustafa yang tidak kenal erti penat  dan lelah mencurahkan pengalaman untuk membimbing pemain MJ Bowlers dan meneruskan akademik latihan sehingga ke peringkat pelapis muda.

Di pertandingan SAT-AM 2018 ini, MJ Bowlers telah memulakan langkah seawal musim dari minggu pertama sehinggalah pada peringkat “knockout” di minggu ke 18, MJ Bowlers terus unggul di persada liga namun Juara bertahan 2017 “Bowling City” terus mengekori rapat MJ Bowlers sehinggalah ke minggu ke 18. Hanya 9.5 mata sahaja dipisahkan antara MJ Bowlers dan Bowling City.

Barisan pemain MJ Bowlers yang dari seawal musim 2018, menunjukkan komitmen untuk menebus kekalahan yang lepas dan dengan semangat baru ” RISING TOGETHER” . Seramai 10 pemain yang diketengahkan mengharungi cabaran 2018. 

Di peringkat Step Ladder blok pertama, AFM OTIL yang telah berjaya dengan mengalahkan 3 pasukan lain iaitu WEDSAT-JP, Joweet dan MixedNuts. Seterusnya AFM OTIL yang diketuai oleh Lito bertemu pasukan yang berada di tangga ke 3 iaitu Lance &3Rdy. Lance &3Rdy tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan AFM OTIL dengan barisan pemain yang diketuai oleh Evelyn sebagai kapten pasukan. Pertembungan seterusnya antara Lance &3Rdy menentang  Bowling City yang diketuai oleh Igna selaku kapten pasukan.
Dengan kemampuan Kemo bermain tanpa tekanan dengan mudah membantu Bowling City menundukkan  Lance & 3Rdy.

Lawan seterusnya bagi Bowling City adalah bertemu dengan MJ Bowlers yang begitu selesa di kemuncak tahta liga dan  pertembungan ini merupakan satu cabaran bagi kedua-dua pasukan. Bowling City berazam untuk mempertahankan kejuaraan, manakala MJ Bowlers untuk menebus kekalahan di peringkat akhir 2017.

Untuk pentas “Final Step Ladder 2018”  MJ Bowlers dibarisi pemain  Abdul Rashid, Azzhana, Wan Kamal dan Oto, manakala pasukan lawan dari Bowling City diwakili oleh Kemo, Marrie, Dylan dan Igna. 

Pada game pertama, MJ Bowlers gagal untuk mengambil kesempatan keatas kegugupan 3 pemain utama Bowling City iaitu Kemo,Marie dan Dylan yang hanya bermain dibawah keupayaan sebenar. Igna selaku kapten pasukan Bowling City menyelamatkan pasukan dari  kalah.  Kegugupan Azzhanawati dan Kamal memberi nafas bagi Bowling City untuk meneruskan perlawanan di game yang kedua.

Pada game # 2,  MJ Bowlers sudah menghidu ada sedikit  perubahan keadaan  pada “Oil Pattern” di lane 13 dan lane 14 dan membuat perbincangan untuk membuat sedikit perubahan taktikal dan ianya berhasil dan pemain MJ Bowlers dengan cepat  menyesuaikan keadaan. Tidak begitu kepada pemain dari Bowling City seolah-olah sudah kehilangan rentak. Disebabkan kedudukan MJ Bowlers selaku Juara Liga maka Bowling City harus mengalahkan sekali lagi MJ Bowlers  yang mempunyai status ” Twice To Beat”

Abdul Rashid telah  membuat jatuhan pin sebanyak 192 , Azzhanawati  (150), Wan Kamal (184) dan Oto (165)  manakala  Kemo (231) , Marie (127),  Dylan (158) dan Igna (166) dan sekaligus MJ Bowlers dinobatkan sebagai juara SAT-AM 2018.

Dengan keputusan ini, MJ Bowlers telah  dapat menebus kekalahan tahun 2017 dan kejayaan ini juga  hasil dari usaha yang tidak pernah putus asa dan komitmen yang telah diberikan oleh Mustafa selaku jurulatih.   “RISING TOGETHER” – MJ Bowlers. 

 

 

TNCBL-20: Sepintas lalu keputusan minggu 10 dan 11 – MJBowlers utuh di atas liga

15 May 2018, Bowling City, Jeddah – Usai masuk minggu ke 11 pusingan liga Selasa ini, pasukan MJBowlers masih lagi kekal sebagai pendahulu liga. Persembahan cemerlang dan usaha sama sepasukan adalah faktor utama MJBowlers berjaya menundukkan lawan masing – masing di minggu 10 dan 11 di dalam liga ini.

Sepintas lalu Minggu 10

Pada minggu 10, MJBowlers berdepan dengan pencabar terdekat, pasukan Day Lights yang diketuai oleh pemain berpengalaman Lito Zamudio, dan diwakili oleh antara pemain2 terkuat di Jeddah ini seperti Kemo Felimban, Rey Beltran, Dariel Loquias, dan Mohd Makki sebagai pemain dalam posisi ‘hiding’. Percaturan MJBowlers merombak barisan pemain pada minggu ini membuahkan hasil. Acong yang pada minggu2 sebelumnya diletakkan sebagai pemain posisi ‘hiding’ ditukarkan ke barisan utama, manakala Azmi Junaidi diberikan kepercayaan untuk menggalas cabaran sebagai pemain ‘hiding’. Nyata rombakan barisan pemain ini membuka mata bukan sahaja pihak lawan, tetapi pemain2 MJBowlers sendiri dengan keupayaan masing2. Walaupun diberikan tentangan hebat dari pasukan Day Lights, pemain2 MJBowlers berjaya menundukkan pasukan lawan dengan mengutip jumlah mata 14 berbalas 8. Oto Syahrizan merupakan MVP (Most Valuable Player) untuk minggu ke-10, dengan jatuhan pin sebanyak 548, manakala persembahan Azmi Junaidi berserta Acong berjaya menggugat semangat pemain2 pihak lawan. Dengan tambahan mata ranking sebanyak 13 mata, MJBowlers berjaya mengekalkan kedudukan teratas liga pada minggu 10.

Sepintas lalu minggu 11

Pada minggu 11, MJBowlers berhadapan dengan pasukan JAE-AI-ALLEY Force, yang diketuai oleh pemain kategori kelas A, Nap Patayan. Pada minggu ini, pasukan lawan tidak menurunkan pemain posisi ‘hiding’, dan diwakili oleh Pancho Cuevas, dan dua pemain kategori kelas D, Pheps Niera dan Ali Ibn. Pada minggu ke-11 ini, MJBowlers diwakili oleh Azami OSU di posisi ‘driver’, Mazlan, Acong dan kapten liga Selasa Wan Kamal “The Bulldozer” di posisi ‘anchor’. Azmi Junaidi meneruskan cabaran di posisi ‘hiding’. Permulaan perlawanan agak sengit diantara kedua-dua pasukan pada minggu ini, di mana MJBowlers dapat merasai tekanan sebagai pendahulu liga. Perlawanan sengit di Game 1, berkesudahan dengan perbezaan 6 mata “scratch points” sahaja, sementara perbezaan “pin falls” bersama “handicap” pula hanya sebanyak 20 mata sahaja. Tersedar dari lamunan dengan kemenangan tipis Game 1 ini, pemain2 MJBowlers bingkas bangun menyahut cabaran, dan membelasah secukup2nya pihak lawan di Game 2 dan Game 3. MVP (Most Valuable Player) untuk minggu 11 adalah Azami OSU, yang menjatuhkan sejumlah 678 pin. Sumbangan dari pemain posisi ‘hiding’ Azmi Junaidi juga berjaya membantu MJBowlers untuk memastikan jumlah mata perlawanan penuh untuk minggu ke-11. Dengan jumlah mata tambahan untuk “ranking position” sebanyak 14, MJBowlers berjaya mengumpul sebanyak 36 mata untuk minggu 11 dan mengekalkan tempat pertama di atas liga.

Pasukan2 lawan lain mula menampakkan usaha yang meningkat untuk mengejar dan memintas MJBowlers. Kesemua pasukan teratas liga telah berjaya mengumpul 30 mata lebih pada minggu ke-11 sebagai usaha untuk mengejar dan merapatkan jurang dengan pendahulu liga. Pemain2 MJBowlers disarankan untuk meneruskan usaha dalam latihan bagi meningkatkan lagi mutu permainan dan kekuatan mental.

Liga Selasa ini berbaki lagi 3 pusingan sebelum masuk pusingan akhir. Perlawanan liga akan berehat sepanjang bulan Ramadan bagi memberikan peluang pemain2 beragama Islam menumpukan fokus kepada ibadah dalam bulan mulia ini. Ramadan Mubarak, dan semoga Allah menerima dan merahmati segala ibadah kita.

MJ Bowlers sekali lagi di pentas akhir bagi liga SAT AM FTBJ 2018

Bowling City- Jeddah, Setelah 18 minggu MJ Bowlers bertarung pada liga Sabtu pagi di bawah kelolaan FTBJ dan pda 26 /5/2018 akan ditentukan siapa yang bakal dinobatkan kejuaraan bagi tahun 2018 ini.  Pada minggu ke 18 ini, 3 pasukan telah mengesahkan tempat ke “Step Ladder Final” iaitu  MJ Bowlers sebagai pendahulu liga, Bowling City dan Lance &3Rdy.

Manakala pada hari sabtu ini bersamaan 19/5/2018, pasukan yang berada di tempat ke-4 hingga ke-10 akan berentap sebanyak 3 game bagi memilih 4 pasukan untuk dipilih bagi mengiringi 3 pasukan teratas pada championship  Step ladder. Pada 26/5/2018 nanti, 4 pasukan terbawah yang telah terpilih sebelumnya  akan berentap sekali lagi untuk memilih hanya 1 pasukan sahaja untuk bertemu Lance &3Rdy yang telah menunggu di tangga ke 3. 

 

TNCBL-20 Minggu Ke-9 : “The Stinger” kembali menyengat; MJBowlers melonjak ke tempat pertama liga.

1 May 2018, Bowling City, Jeddah – Pada minggu ke-9 ini, pasukan MJBowlers berdepan dengan pasukan BCT Knights, yang diketuai oleh Ryan Conde, beserta juara bowling bulan April 2018 iaitu Jaime Reynoso, Rey del Rosario, Dylan Ilagan dan pemain posisi ‘Hiding’’ Dodie Bulactia. Seperti yang dijangkakan, perlawanan agak sengit diantara kedua-dua pasukan.

Pada ‘Game 1’, pasukan MJBowlers mudah menundukkan pihak lawan untuk mengumpul 4 mata penuh dengan jatuhan pin sebanyak 770 – 666 (scratch) dan 857 – 766 (bersama handicap). Pasukan BCT Knights bangkit semula pada ‘Game 2’ untuk seri jumlah jatuhan pin ‘scratch’ sebanyak 736, dan dengan perbezaan ‘handicap’ yang lebih besar, berjaya menewaskan MJBowlers dengan jatuhan pin bersama ‘handicap’ sebanyak 819 berbalas 832. Di ‘Game 3’, BCT Knights berjaya mengumpul 4 mata penuh dengan jatuhan pin sebanyak 677 – 713 (scratch) dan 764 – 809 (bersama handicap). Secara kesuluruhan jatuhan pin, MJBowlers berjaya mengutip mata penuh dengan jumlah jatuhan pin 2183 (scratch) dan 2440 (bersama handicap) untuk memenangi perlawanan sengit ini dengan mengumpul mata sebanyak 15 berbanding pasukan lawan dengan 7 mata.

Dalam pungutan mata ranking keseluruhan berbanding semua pasukan, MJBowlers berjaya menduduki tempat kedua tertinggi liga dalam jatuhan pin ‘scratch’, memenangi 7 mata, dan tempat pertama jatuhan pin bersama handicap, memenangi 8 mata. Dengan jumlah 30 mata ini MJBowlers berjaya memintas pendahulu liga, pasukan Day Lights, untuk menduduki tempat pertama seusai minggu ke-9 pertandingan liga ini.

Pasukan MJBowlers diwakili oleh ketua pasukan liga Selasa, Wan Kamal, dan dibarisi juara bowling bulan March 2018, Azami, berserta Azizan, Azmi Junaidi dan Achong “The Apache Spinner” yang ditempatkan di dalam posisi ‘Hiding’. Dengan jumlah jatuhan pin (scratch) sebanyak 596, Azizan yang juga dikenali sebagai “The Stinger” dinobatkan sebagai pemain MVP (Most Valuable Player) untuk malam tersebut. Satu-satunya pemain lelaki kidal MJBowlers, Azizan membuktikan sengatannya masih berbisa, meskipun telah berehat agak lama dari persada perjuangan liga. Pada malam yang sama juga, pemain berpotensi besar, Azmi Junaidi (AJ) julung kali turun untuk beraksi dalam liga Selasa ini. Malam itu juga dimeriahkan lagi dengan penyertaan pemain MJBowlers yang lain seperti Suhaimie, Din, Oto dan Kapten MJBowlers Abdul Rashid di dalam pertandingan santai “Tuesday Fun Games”.

Perjalanan liga masih lagi jauh, dan pasukan MJBowlers perlu lebih fokus untuk memantapkan kedudukan teratas liga. Semua pemain-pemain disarankan untuk meneruskan latihan instensif, bagi memantapkan lagi mutu permainan dan mengembangkan lagi kemahiran dalam ‘membaca’ “lane oil condition” yang berubah-ubah pada setiap masa. Semoga kejayaan pasukan MJBowlers berterusan di masa hadapan.

Pertembungan MJ Bowlers dengan Lanes Snap di Minggu ke -2 FEDBG

Bowling City – Kejohanan FEDBG  siri ke -10 telah berlangsung pada sabtu yang lepas iaitu pada 5 Mei 2018 dengan pertembungan  MJ Bowlers selaku Naib Juara pada siri ke -9 yang lepas. Pada siri ke -10 ini bebarapa muka baru diketengahkan dalam barisan MJ Bowlers iaitu Nazre ( Acong) dan Ima yang akan mengalas cabaran MJ Bowlers pada temasaya siri ke 10 ini. Barisan MJ Bowlers juga diperkuatkan dengan kemasukan Din (Snake) , Rohaizat , Suhaimie, Oto, Azami , Azmi(J) dan Mazlan.  Manakala ladies bowlers yang akan menyertai MJ Bowlers adalah yatie dan Hasnah. 

Di minggu ke -2 ini, pertembungan antara Lanes Snap dan MJ Bowlers, di atas kertas sepatutnya memihak 100% milik MJ Bowlers selaku penyandang Naib Juara siri ke 10, namun kegugupan pemain MJ Bowlers masih dalam penyesuaian  menyaksikan kesilapan mudah yang harus diperbaiki.  Kombinasi MJ Bowlers yang diwakili oleh Suhaimie, Yatie, Achong dan Azmi  mempunyai handicap yang besar berbanding Lanes Snap iaitu 123 berbanding 99. Manakala pasukan Lanes Snap yang diketuai oleh Gary, Richard,Lyn dan Med merupakan nama-nama besar dalam  pertubuhan FEDBG ini.

MJ Bowlers gagal memperolehi mata penuh dari pertemuan ini dengan Lanes Snap berjaya mencuri 9 mata manakala MJ Bowlers hanya berpuas hati memiliki 13 mata. Pemain MJ Bowlers agak terlalu kaku terutama muka baru yang dipertengahkan iaitu Acong yang hanya mampu membuat jatuhan pin 135,137 dan 136 jauh dari sasaran awal yang dipertaruhkan. Manakala Suhaimie yang membuat jatuhan 212,200 dan 162 dan diikuti oleh Azami yang membuat jatuhan pin 162,175 dan 195 membantu setidak-tidaknya MJ Bowlers dimalukan di minggu ke 2 ini.

Dari segi kedudukan liga setakat minggu ke 2 ini, MJ Bowlers berada di tangga ke 8 jauh terperosok di bawah pesaing-pesaing utama dengan kutipan mata sebanyak 34. Manakala juara bertahan AFM Delight terus memecut meninggalkan Dabarkadz  dan Lance &3Rdy di kedudukan 3 teratas liga.

Perjuangan masih terlalu awal untuk MJ Bowlers dan masih banyak perlu diperbaiki untuk terus mendaki carta liga. Pemain MJ Bowlers perlu mempertingkatkan latihan untuk terus mengharung cabaran-cabaran. Pasukan yang bertemu MJ Bowlers sudah tentu mempunyai azam membenam dan mengalahkan cabarfan MJ Bowlers.

Untuk minggu terakhir iaitu minggu ke 3 sebelum pertandingan ini ditutup dalam bulan Ramadan, MJ Bowlers akan bertemu dengan penghulu liga iaitu AFM Delight dan juga penyandang Juara siri ke 9 yang lepas. Pertembungan ini merupakan kali kedua setelah MJ Bowlers tewas di pertandingan akhir siri ke 9 yang lepas.