FEDBG SPMBL-11, Minggu 9: MJBowlers Sapu Bersih Lagi, Teguh Di Tempat Pertama

Jeddah, 28 Januari 2019 – Kemaskini minggu ke-9 Saturday PM Bowling League (SPMBL) anjuran FEDBG, pasukan MJBowlers meneruskan aksi cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga.

Lawan kali ini adalah pasukan Lanes Snap Shot yang diwakili oleh pemain2 berkebolehan tinggi, dimana Richard B. Antonio dan Lynn Lopez masing2 merupakan Juara FEDBG Bowler of the Year 2018 kategori lelaki dan wanita, bersama2 Jay Bengco dan Gary Raymundo.

Permainan MJBowlers yang mantap dari gandingan Hasnah, Azami Nordin, Oto Shah dan Azmi Junaidi nyata dapat mematahkan strategi pasukan lawan dengan menyapu bersih keseluruhan markah perlawanan 22 mata berbalas kosong. Dengan markah tambahan ranking berjumlah 10 mata, pasukan MJBowlers berjaya mengumpul sejumlah 32 mata pada minggu ini untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama.

Persaingan kedudukan liga agak sengit di mana hanya sejumlah mata kecil sahaja yang membezakan antara pasukan2 teratas: MJBowlers (251), JBS Pro-S (240), Triple XXX (212).

Semoga permainan mantap minggu ini dapat di teruskan untuk minggu2 seterusnya, InshaAllah. Pemain2 MJBowlers digalakkan untuk meneruskan latihan intensif bagi meningkatkan lagi mutu permainan.

~WKA~

Nota tepi: Terdapat kesilapan dari pihak FEDBG sebelum ini. Artikel telah dikemaskini untuk memperbetulkan kedudukan dan jumlah mata semua pasukan di dalam liga.

MJBowlers menyapu bersih keseluruhan mata perlawanan 22 berbalas kosong
MJBowlers mengukuhkan kedudukan di tempat pertama