Tag: Tuesday Night

TNCBL-22 Minggu 4: MJBowlers Kembali ke Tempat Pertama Liga

Jeddah, 27 Februari 2019 – Perlawanan minggu keempat liga TNCBL-22 berlangsung di Lane 15/16 Bowling City, menemukan MJBowlers dengan pasukan Con-FB Rhinos.

Pasukan lawan membariskan pemain2 dengan handicap yang tinggi, diketuai oleh kapten Rod Lofamia, Simeon Dellosa, Rene Balangue dan Omar Mosa. Namun peluang kelebihan ini tidak dapat diambil langsung oleh pasukan lawan saat bertembung dengan permainan cemerlang MJBowlers.

MJBowlers membariskan Azami Nordin di posisi ‘driver’, Azizan Abdul Aziz, Haji Rohaizat dan Suhaimie Leong di posisi ‘anchor’. Kapten Liga Selasa, Azmi Junaidi pula beraksi sebagai ‘hiding player’. Dengan kombinasi ini, MJBowlers mudah menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 22 tanpa apa2 balasan. MVP untuk malam Selasa ini adalah Suhaimie Leong dengan jumlah jatuhan sebanyak 644 pin.

Dengan tambahan mata ranking sebanyak 12 mata, MJBowlers berjaya mengumpul sejumlah 34 mata untuk kembali ke tempat pertama liga. MJBowlers (109) diikuti oleh pasukan Kolokoy (98) di tempat kedua, sementara pasukan Day Lights berada di tempat ketiga dengan 93 mata.

Lawan untuk minggu seterusnya adalah pasukan BCT Knights yang diketuai oleh Rommel Cagampang. Ayuh, MJBowlers! Kekalkan momentum ini dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan, InshaAllah.

~WKA~

Barisan pemain2 MJBowlers minggu ini: Haji Rohaizat, Azami Nordin, Suhaimie Leong dan Azizan Abdul Aziz bersama2 Kapten Utama MJBowlers, Abdul Rashid
Kapten Liga Selasa Azmi Junaidi beraksi di posisi hiding, ditemani rakan2 Oto Shah, Mazlan Yaakob dan Wan Kamal
Con-FB Rhinos Tumbang di tangan MJBowlers 22-0
MJBowlers Kembali ke Tempat Pertama Liga
Minggu ke-5 MJBowlers akan bertembung dengan pasukan BCT Knights

Keputusan Penuh Liga boleh dirujuk dalam laman FB JBS-PIP’S FEDBG Pro Shop.

TNCBL-22 Bermula Selasa Ini (5/2/19)

Jeddah, 4 Februari 2019 – Liga anjuran FEDBG, Tuesday Night Conference Bowling League (TNCBL) siri ke-22 akan bermula pada 5 Februari 2019.

Untuk siri ini, pasukan MJBowlers akan diketuai oleh Azmi Junaidi selaku kapten, dan dibantu oleh Azizan Abdul Aziz, sementara Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid Abdul Rahman bertindak sebagai penasihat strategi pasukan.

Liga ini akan berlangsung selama 14 minggu sebelum memasuki pusingan akhir. MJBowlers akan bertembung dengan 7 pasukan lain sepanjang liga ini. Semoga kejayaan milik MJBowlers, InshaAllah.

~WKA~

Keputusan TNCBL-21: MJBowlers Meraih Tempat Keempat Keseluruhan Liga

Jeddah, 16 Disember 2018 – Tuesday Night Conference Bowling League (TNCBL) anjuran FEDBG dibawah pimpinan Pip Planas, telah melabuhkan tirai untuk siri ke 21 baru-baru ini bertempat di Bowling City. Juara pada kali ini adalah pasukan Daylights, yang diketuai oleh Lito Zamudio, selepas mengalahkan juara bertahan pusingan lepas, Kolokoy yang diketuai oleh Engr. Ernie Geslani.

Untuk siri 21 ini, pasukan MJBowlers diketuai oleh Haji Rohaizat Kamisan, sambil dibantu oleh Kapten Utama MjBowlers Abdul Rashid sebagai penasihat pasukan. Perjalanan sepanjang liga agak mencabar kali ini, dan selepas 14 minggu bertarung di pentas awal liga, pasukan MJBowlers menempatkan diri di tempat ketujuh usai pusingan kelayakan. Namun ini tidak mematahkan semangat juang pemain-pemain MJBowlers untuk bertempur di medan play-off bersama-sama 4 pasukan lain, untuk merebut tempat ke pusingan akhir step-ladder.

Pada pusingan play-off yang berlangsung pada 4 Disember 2018, Kapten Rohaizat membariskan Mohd Sharizan (Oto) di posisi driver, dibantu oleh Azami Nordin, Mazlan dan Wan Kamal di posisi anchor. Acong (Mohd Nazrey) pula bertindak sebagai “hiding player”. Aksi cemerlang dari Oto dan Azami pada malam itu membuahkan hasil untuk membantu pasukan MJBowlers layak ke pentas akhir step-ladder di tempat teratas, diikuti oleh pasukan JBS Pro S.

MJBowlers melayakkan diri ke pusingan akhir step-ladder di tempat teratas.

Berlangsung pada 11 Disember 2018, format akhir step-ladder ini memerlukan pasukan-pasukan berentap secara “head-on”, di mana kemenangan perlu dicapai untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Di game pertama, MJBowlers bertembung dengan pasukan JBS Pro S yang diketuai oleh pemain veteran Edward Botardo dan dibarisi oleh Andy Yumena, Cesar Pagtaluna dan Eric Columa. MJBowlers menurunkan barisan pemain-pemain yang sama sewaktu pusingan play-off iaitu Oto, Azami, Mazlan dan Kamal. Aksi cemerlang pemain-pemain MJBowlers berjaya menundukkan pasukan JBS Pro S dengan jumlah mata 833 berbalas 787, untuk menempah tempat ke pusingan seterusnya.

Pusingan Akhir Stepladder Game 1: MJBowlers menumpaskan JBS Pro S dengan mata 833 berbalas 787

Penukaran strategi telah dilakukan untuk pusingan seterusnya, dimana satu-satunya pemain kidal lelaki MJBowlers Azizan Abdul Aziz, beserta Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid turun ke medan pertempuran, menggantikan Azami dan Mazlan. Lawan untuk pusingan kedua adalah pasukan AFCO, yang diketuai oleh pemain berpengalaman Rey Beltran dan dibarisi oleh pemain-pemain berkaliber Pancho Cuevas (Choi), Ruel Santoc dan Ian Caringal. Persaingan sengit diberikan semasa pertembungan ini, namun MJBowlers tewas dengan jumlah mata 864 berbalas 926.

Pusingan Akhir Stepladder Game 2: MJBowlers tumpas kepada AFCO dengan mata 864 berbalas 926

Walaupun tidak memenangi kejohanan liga pada kali ini, pencapaian pasukan MJBowlers di bawah pimpinan Haji Rohaizat boleh dibanggakan selepas menempatkan diri di tempat keempat keseluruhan liga. Semoga keputusan ini menjadi pencetus semangat dan pemangkin untuk pemain-pemain MJBowlers berusaha mencapai lebih kejayaan di masa depan, InshaAllah. Pasukan MJBowlers ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih buat Coach Mus (Shawall Mustafa) yang tidak jemu memberikan bimbingan dan dorongan sepanjang kejohanan kali ini. Sumbangan dari rakan-rakan pemain MJBowlers sepanjang kejohanan ini juga adalah amat dihargai: Suhaimie Leong, Azmi Junaidi, Ahmad Sharifuddin, Nur Yazid, Zulkhairi Mat dan Yusrifiltri Mohd Yunos. Tidak lupa juga penghargaan buat ahli keluarga MJBowlers yang turut datang memberikan sokongan sepanjang kejohanan ini.

Untuk pusingan ke-22 TNCBL, pasukan MJBowlers akan di pimpin oleh pemain berbakat tinggi, Azmi Junaidi, serta dibantu oleh Azizan Abdul Aziz. Semoga kejuaraan milik MJBowlers pula kali ini, InshaAllah.

MJBowlers: Respect All, Fear None, Roll High.

~WKA~