Tag: SPMBL

SPMBL-11 Minggu 12: Sengatan Berbisa Azizan ‘The Stinger’ Penyuntik Semangat MJBowlers

Jeddah, 17 Februari – Minggu ke-12 liga SPMBL Siri 11, yang berlangsung di Bowling City, menemukan pasukan MJBowlers dengan pencabar terdekat JBS Pro-S. Pasukan lawan menurunkan gandingan pemain kelas A Nezar Alhamwi, Ester Santoc, Jose Bay-ag dan Cesar Pagtaluna.

Bagi menangani kekuatan pasukan ini, MJBowlers menurunkan Azami Nordin di posisi ‘driver’ berserta Norashikin Ismail, Azizan Abdul Aziz dan Oto Shah di posisi ‘anchor’.

Sengatan Azizan Berbisa

Seperti yang di jangka, perlawanan antara kedua-dua pasukan teratas liga ini agak sengit. MJBowlers tumpas di Game 1 dengan hanya perbezaan 8 pin. Walaupun kalah di awal pusingan perlawanan, semangat juang pasukan MJBowlers tidak tergugat. Nyata, sengatan berbisa Azizan ‘The Stinger’ menjadi suntikan semangat untuk rakan2 sepasukan bangkit semula di perlawanan seterusnya. Dengan sejumlah 652 jatuhan pin, Azizan muncul MVP untuk MJBowlers pada minggu ini.

MJBowlers berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Berserta dengan 15 mata ranking, MJBowlers mengumpul sebanyak 33 mata pada minggu ke-12 ini.

Pasukan MJBowlers masih lagi kukuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 349 mata, diikuti oleh Triple XXX (315), manakala JBS Pro-S jatuh ke tangga ketiga dengan 300 mata.

Minggu seterusnya akan menyaksikan MJBowlers bertembung pula dengan pasukan Day Lights yang diketuai oleh pemain berpengalaman Lito Zamudio. Semoga kejayaan milik kita, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan JBS Pro-S 18-4 pada minggu ke-12 SPMBL-11

MJBowlers kekal di tempat pertama liga SPMBL-11

FEDBG SPMBL-11, Minggu 10 – MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

Jeddah, 4 Februari 2019 – Masuk minggu ke-10 bermulalah pusingan kedua Liga Saturday PM League (SPMBL) anjuran FEDBG, dibawah kelolaan Pip Planas.

Pada minggu ke-10 ini, MJBowlers bertembung semula dengan pasukan Lanes Snap Shot untuk kali kedua berturut2. Strategi pada kali ini adalah menurunkan 2 pemain wanita iaitu Lynn Lopez dan Carmen Bernaro untuk memanfaatkan kelebihan ‘handicap’ yang agak tinggi berbanding pemain2 MJBowlers. Pasukan lawan juga menurunkan pemain berpengalaman Jay Bengco dan Gary Raymundo bagi melengkapkan barisan pemain.

Walaupun berhadapan dengan strategi ini, MJBowlers mampu menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Gandingan pemain2 MJBowlers minggu ini, Wan Kamal (posisi driver), Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah (posisi anchor), juga berjaya mengutip sejumlah 14 mata ranking mingguan untuk mengumpul sejumlah 32 mata keseluruhan liga.

MJBowlers masih lagi utuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 283 mata, diikuti oleh JBS Pro-S (275), Triple XXX (248) dan Pinkyrosedelight (242). Semoga momentum yang baik ini dapat di kekalkan untuk minggu2 seterusnya, InshaAllah.

Persaingan semakin sengit diantara pasukan2, dan pasukan MJBowlers akan berhadapan dengan beberapa lagi pasukan2 yang agak kuat dan berpengalaman. Pemain2 disarankan untuk meneruskan latihan bagi memantapkan lagi permainan, InshaAllah.

~WKA~

Gandingan Wan Kamal, Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah berjaya menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot
Minggu-10: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

FEDBG SPMBL-11, Minggu 8: MJBowlers Menguatkan Kedudukan Di Persada Liga

Jeddah, 22 Januari 2019 – Kemaskini minggu ke-8 Saturday PM League anjuran FEDBG, pasukan MJBowlers mempamerkan aksi cemerlang untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama liga kejohanan. 

Bertempat di Bowling City Sabtu lepas (19/01/19), pasukan MJBowlers bertembung dengan pasukan Dabarkads yang diwakili oleh pemain berpengalaman Lito Zamudio, Bing Amolo, Leo Edejer dan Tess Grandin. Namun, gandingan mantap Suhaimie Leong, Hasnah, Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid dan Juara Bowlfest 2018 Oto Shah mudah menundukkan pasukan lawan dengan jumlah mata maksimum 22 berbalas kosong.

Pasukan MJBowlers juga meraih mata maksimum ranking liga untuk minggu ini dengan jatuhan pin terbanyak 2,395 (dan 2,638 bersama handicap).

Syabas diucapkan untuk pemain2 MJBowlers yang menyerlah pada minggu ini. Semoga permainan mantap ini di teruskan untuk minggu2 yang seterusnya, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menundukkan Dabarkads dengan jumlah mata 22-0

    MJBowlers mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga SPMBL-11