Category: International League

SPMBL-11 Minggu 14: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Walaupun Tumpas

Jeddah, 3 March 2019 – Pusingan minggu ke-14 liga SPMBL-11 berlangsung di Bowling City, Sabtu lalu dibawah anjuran FEDBG.

Untuk pusingan minggu ke-14 ini, MJBowlers bertembung dengan pasukan BCT Strivers yang membariskan pemain Amri, Edward Botardo, Romel Agbayani dan Melody Agbayani. MJBowlers mengekalkan barisan pemain2 dari minggu lepas iaitu Suhaimie Leong, Hasnah Mohamad Dan, Oto Shah dan Kapten MJBowlers Abdul Rashid.

Malangnya strategi kali ini kurang menjadi apabila MJBowlers tumpas kepada pasukan lawan dengan jumlah mata perlawanan 8-14. Dengan jumlah mata tambahan dari ranking mingguan sebanyak 9 mata, MJBowlers berjaya mengumpul sejumlah 17 mata untuk minggu ke-14 ini.

MJBowlers masih lagi utuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 408 mata, diikuti oleh Triple XXX (383) dan Dabarkadz (341).

Ayuh MJBowlers! Mari sama2 kita berusaha lebih keras lagi untuk memantapkan permainan dan bangkit dari kekalahan ini. Dengan semangat dan usaha dari semua pemain2, InshaAllah kejayaan akan menjadi milik kita.

MJBOWLERS : Respect All, Fear None, Roll High

~WKA~

Barisan Pemain MJBowlers minggu ke-14, dari kiri: Suhaimie Leong, Oto Shah, Abdul Rashid dan Hasnah, bersama2 Azami Nordin (tengah)
MJBowlers Tumpas Kepada BCT Strivers dengan jumlah mata 8-14
MJBowlers masih kekal di tempat pertama liga SPMBL-11

TNCBL-22 Minggu 4: MJBowlers Kembali ke Tempat Pertama Liga

Jeddah, 27 Februari 2019 – Perlawanan minggu keempat liga TNCBL-22 berlangsung di Lane 15/16 Bowling City, menemukan MJBowlers dengan pasukan Con-FB Rhinos.

Pasukan lawan membariskan pemain2 dengan handicap yang tinggi, diketuai oleh kapten Rod Lofamia, Simeon Dellosa, Rene Balangue dan Omar Mosa. Namun peluang kelebihan ini tidak dapat diambil langsung oleh pasukan lawan saat bertembung dengan permainan cemerlang MJBowlers.

MJBowlers membariskan Azami Nordin di posisi ‘driver’, Azizan Abdul Aziz, Haji Rohaizat dan Suhaimie Leong di posisi ‘anchor’. Kapten Liga Selasa, Azmi Junaidi pula beraksi sebagai ‘hiding player’. Dengan kombinasi ini, MJBowlers mudah menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 22 tanpa apa2 balasan. MVP untuk malam Selasa ini adalah Suhaimie Leong dengan jumlah jatuhan sebanyak 644 pin.

Dengan tambahan mata ranking sebanyak 12 mata, MJBowlers berjaya mengumpul sejumlah 34 mata untuk kembali ke tempat pertama liga. MJBowlers (109) diikuti oleh pasukan Kolokoy (98) di tempat kedua, sementara pasukan Day Lights berada di tempat ketiga dengan 93 mata.

Lawan untuk minggu seterusnya adalah pasukan BCT Knights yang diketuai oleh Rommel Cagampang. Ayuh, MJBowlers! Kekalkan momentum ini dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan, InshaAllah.

~WKA~

Barisan pemain2 MJBowlers minggu ini: Haji Rohaizat, Azami Nordin, Suhaimie Leong dan Azizan Abdul Aziz bersama2 Kapten Utama MJBowlers, Abdul Rashid
Kapten Liga Selasa Azmi Junaidi beraksi di posisi hiding, ditemani rakan2 Oto Shah, Mazlan Yaakob dan Wan Kamal
Con-FB Rhinos Tumbang di tangan MJBowlers 22-0
MJBowlers Kembali ke Tempat Pertama Liga
Minggu ke-5 MJBowlers akan bertembung dengan pasukan BCT Knights

Keputusan Penuh Liga boleh dirujuk dalam laman FB JBS-PIP’S FEDBG Pro Shop.

SPMBL-11 Minggu 13: MJBowlers Cemerlang, Oto Shah MVP

Jeddah, 24 Februari 2019 – Minggu ke-13 liga SPMBL-11 menyaksikan pertembungan MJBowlers dengan pasukan Day Lights yang diketuai oleh Lito Zamudio.

Untuk minggu ini, pasukan Day Lights menurunkan barisan pemain Lito Zamudio di posisi ‘driver’, pemain kelas Ladies B+ Lourdes Punzalan, Jaime Reynoso dan Joey Calapatia di posisi ‘anchor’.

Namun strategi ini tidak menjadi apabila MJBowlers menang mudah dengan membelasah pasukan lawan dengan jumlah mata 22 berbalas kosong. Aksi cemerlang barisan pemain2 MJBowlers: Suhaimie Leong di posisi ‘driver’, Hasnah Mohamad Dan, Kapten MJBowlers Abdul Rashid dan Oto Shah di posisi ‘anchor’ juga memastikan mata ranking maksimum milik MJBowlers pada minggu ini. Oto Shah muncul MVP untuk pasukan MJBowlers pada minggu ini dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 647 mata.

MJBowlers mengekalkan rekod tanpa kalah selama 9 minggu berturut2 untuk mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga dengan sejumlah 391 mata. Di tempat kedua adalah Triple XXX (341 mata) dan diikuti oleh Pinkyrosedelight (324 mata) di tempat ketiga.

Lawan menanti pada minggu ke-14 adalah pasukan BCT Strivers. Pemain2 MJBowlers disarankan untuk meneruskan latihan bagi memantapkan permainan. InshaAllah dengan usaha keras dari semua pemain2, kejayaan akan menjadi milik kita.

~WKA~

Barisan pemain MJBowlers, dari kiri: Abdul Rashid, Suhaimie Leong, Hasnah dan Oto Shah
MJBowlers menumpaskan pasukan Day Lights 22-0
MJBowlers mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga

TNCBL-22 : MJBowlers Tumpas Pada Minggu Ketiga

Jeddah, 20 Februari 2019 – Masuk minggu ketiga liga malam Selasa, TNCBL Siri 22 anjuran FEDBG, menembungkan pasukan MJBowlers dengan JBS Pro-S. Pasukan lawan menurunkan gandingan pemain2 di dalam kelas C untuk memanfaatkan kelebihan handicap. Jimmy Aragone bertindak sebagai ‘driver’, diikuti oleh Eric Columa, Cesar Pagtaluna, Jay Bengco di posisi ‘anchor’, dan James Paulme bermain sebagai ‘hiding player’.

Untuk mengatasi kelebihan pasukan JBS Pro-S ini, MJBowlers menurunkan gandingan Abdul Rashid sebagai ‘driver’, Azizan Abdul Aziz, Kapten Liga Selasa Azmi Junaidi, Oto Shah di posisi ‘anchor’, dan Haji Rohaizat beraksi sebagai ‘hiding player’.

Tentangan hebat diberikan semasa perlawanan, namun MJBowlers tumpas kepada JBS Pro-S yang berjaya mengutip keseluruhan mata perlawanan 22-0. Namun begitu, persaingan sengit antara kedua-dua pasukan teratas liga ini juga membuahkan hasil buat MJBowlers yang berjaya mengumpul mata ranking kedua tertinggi pada minggu ini, sebanyak 14 mata.

MJBowlers jatuh satu anak tangga ke tempat kedua pada minggu ketiga ini, berbeza hanya 4 mata sahaja dengan pendahulu liga, JBS Pro-S.

Liga ini masih lagi di peringkat awal, dan kekalahan minggu ini akan dijadikan iktibar untuk minggu2 yang seterusnya. Semoga semua pemain2 dapat meningkatkan lagi latihan bagi memperbaiki kelemahan. Semoga kejayaan menjadi milik kita, InshaAllah.

~WKA~

JBS Pro-S Berjaya Mengutip Keseluruhan Mata Penuh
MJBowlers Jatuh Satu Anak Tangga Ke Tempat Kedua
MJBowlers Beraksi Pada Liga Malam Selasa
Minggu Keempat Akan Menemukan MJBowlers Dengan Pasukan FB Rhinos

SPMBL-11 Minggu 12: Sengatan Berbisa Azizan ‘The Stinger’ Penyuntik Semangat MJBowlers

Jeddah, 17 Februari – Minggu ke-12 liga SPMBL Siri 11, yang berlangsung di Bowling City, menemukan pasukan MJBowlers dengan pencabar terdekat JBS Pro-S. Pasukan lawan menurunkan gandingan pemain kelas A Nezar Alhamwi, Ester Santoc, Jose Bay-ag dan Cesar Pagtaluna.

Bagi menangani kekuatan pasukan ini, MJBowlers menurunkan Azami Nordin di posisi ‘driver’ berserta Norashikin Ismail, Azizan Abdul Aziz dan Oto Shah di posisi ‘anchor’.

Sengatan Azizan Berbisa

Seperti yang di jangka, perlawanan antara kedua-dua pasukan teratas liga ini agak sengit. MJBowlers tumpas di Game 1 dengan hanya perbezaan 8 pin. Walaupun kalah di awal pusingan perlawanan, semangat juang pasukan MJBowlers tidak tergugat. Nyata, sengatan berbisa Azizan ‘The Stinger’ menjadi suntikan semangat untuk rakan2 sepasukan bangkit semula di perlawanan seterusnya. Dengan sejumlah 652 jatuhan pin, Azizan muncul MVP untuk MJBowlers pada minggu ini.

MJBowlers berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Berserta dengan 15 mata ranking, MJBowlers mengumpul sebanyak 33 mata pada minggu ke-12 ini.

Pasukan MJBowlers masih lagi kukuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 349 mata, diikuti oleh Triple XXX (315), manakala JBS Pro-S jatuh ke tangga ketiga dengan 300 mata.

Minggu seterusnya akan menyaksikan MJBowlers bertembung pula dengan pasukan Day Lights yang diketuai oleh pemain berpengalaman Lito Zamudio. Semoga kejayaan milik kita, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan JBS Pro-S 18-4 pada minggu ke-12 SPMBL-11

MJBowlers kekal di tempat pertama liga SPMBL-11

TNCBL-22 Minggu 2: MJBowlers Cemerlang, Melonjak ke Tempat Pertama

Jeddah, 13 Februari 2019 – Minggu kedua liga TNCBL-22 telah berlangsung di Bowling City pada 12 Februari, menemukan pasukan MJBowlers dengan pasukan Marc’s Bullocks.

Pasukan lawan yang diketuai oleh pemain berasal dari UK, Marc Clifford membariskan pemain2 berpengalaman untuk liga malam Selasa ini iaitu Amri, Sammy, Pancho Cuevas dan Rey Beltran.

Walaupun berhadapan dengan pasukan yang agak kuat, gandingan pasukan MJBowlers yang terdiri dari Azizan Abdul Aziz, Suhaimie Leong, Oto Shah, Wan Kamal dan Zulkhairi tidak langsung berasa gentar dan berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 20 berbalas 2.

Aksi cemerlang Suhaimie (666), Oto (613) dan Zulkhairi (613) juga membantu pasukan untuk mengutip mata ranking maksimum di dalam liga, sejumlah 16 mata. Dengan jumlah 36 mata keseluruhan untuk minggu kedua liga ini, MJBowlers berjaya melonjakkan diri ke tempat pertama.

Lawan seterusnya yang menunggu di minggu ketiga adalah JBS Pro-S, yang sekarang ini berada di tempat keempat liga. Kelebihan handicap pasukan lawan nyata akan menjadi salah satu faktor dalam pemikiran strategi pasukan MJBowlers untuk minggu hadapan. Semoga kejayaan milik kita, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menundukkan pasukan Marc’s Bullocks 20-2
MJBowlers kini berada di tempat pertama liga TNCBL-22
Lawan menanti pada Minggu ke-3 adalah JBS Pro-S

FEDBG SPMBL-11, Minggu 11: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

Jeddah, 11 Februari 2019 – MJBowlers berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama dalam liga SPMBL siri ke 11 pada pusingan minggu 11.

Berlangsung di Bowling City, perlawanan minggu ini menemukan MJBowlers dengan pasukan Lance 3rdy. Pasukan lawan dibarisi oleh kapten pasukan Evelyn Santoc, Steve Frogata, Eric Columa dan Robert Stone. MJBowlers pula menurunkan gandingan Suhaimie Leong, Oto Shah, Azhanawati dan Wan Kamal.

Dalam perlawanan sengit minggu ke-11 ini, MJBowlers berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 20 berbalas 2. Dengan tambahan 13 mata ranking, MJBowlers berjaya mengumpulkan sejumlah 33 mata untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama di dalam liga.

Minggu seterusnya akan menyaksikan MJBowlers bertembung dengan pasukan di tangga kedua, JBS Pro-S yang berusaha keras untuk mengejar tempat pertama. Nyata strategi untuk minggu hadapan agak kritikal untuk MJBowlers bagi menghadapi pasukan yang kuat ini. Semoga kejayaan milik MJBowlers, InshaAllah.

Respect All, Fear None, Roll High.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan Lance 3rdy 20-2 pada minggu 11 SPMBL-11
MJBowlers mengekalkan kedudukan di tempat pertama liga SPMBL-11

TNCBL Siri 22 Minggu Pertama: MJBowlers Mula Beraksi pada Liga Malam Selasa

Jeddah, 7 Februari 2019 – Tuesday Night Conference Bowling League (TNCBL) siri ke 22 bermula pada 5 Februari lepas di Bowling City. Pasukan MJBowlers yang diketuai oleh Azmi Junaidi selaku kapten, menurunkan Oto Shah, Azami Nordin dan Wan Kamal, bersama2 Zulkhairi yang kembali aktif dalam sukan bowling selepas pulih dari kecederaan.

Pada minggu pertama ini, MJBowlers bertembung dengan pasukan Kolokoy yang merupakan Naib Juara Siri 21. Pasukan lawan dibarisi oleh pemain Kelas O, Zaldy Bacero bersama2 Paolo Allego, Med Ramos dan Bing Amolo.

Walaupun berhadapan dengan kekuatan pasukan lawan yang juga merupakan bekas juara liga TNCBL dua kali berturut2, namun semangat juang pemain2 MJBowlers mengatasi segala kegentaran.

Pasukan MJBowlers berjaya menumpaskan Kolokoy dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Dengan tambahan 7 mata ranking liga, MJBowlers mengumpulkan sejumlah 25 mata keseluruhan untuk menempatkan diri di tempat keempat pada minggu pertama liga.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan Kolokoy 18-4
Kemaskini kedudukan liga TNCBL-22 Minggu Pertama
MJBowlers diwakili oleh (dari kiri): Zulkhairi, Azmi Junaidi, Wan Kamal, Oto Shah dan Azami Nordin

TNCBL-22 Bermula Selasa Ini (5/2/19)

Jeddah, 4 Februari 2019 – Liga anjuran FEDBG, Tuesday Night Conference Bowling League (TNCBL) siri ke-22 akan bermula pada 5 Februari 2019.

Untuk siri ini, pasukan MJBowlers akan diketuai oleh Azmi Junaidi selaku kapten, dan dibantu oleh Azizan Abdul Aziz, sementara Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid Abdul Rahman bertindak sebagai penasihat strategi pasukan.

Liga ini akan berlangsung selama 14 minggu sebelum memasuki pusingan akhir. MJBowlers akan bertembung dengan 7 pasukan lain sepanjang liga ini. Semoga kejayaan milik MJBowlers, InshaAllah.

~WKA~

FEDBG SPMBL-11, Minggu 10 – MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

Jeddah, 4 Februari 2019 – Masuk minggu ke-10 bermulalah pusingan kedua Liga Saturday PM League (SPMBL) anjuran FEDBG, dibawah kelolaan Pip Planas.

Pada minggu ke-10 ini, MJBowlers bertembung semula dengan pasukan Lanes Snap Shot untuk kali kedua berturut2. Strategi pada kali ini adalah menurunkan 2 pemain wanita iaitu Lynn Lopez dan Carmen Bernaro untuk memanfaatkan kelebihan ‘handicap’ yang agak tinggi berbanding pemain2 MJBowlers. Pasukan lawan juga menurunkan pemain berpengalaman Jay Bengco dan Gary Raymundo bagi melengkapkan barisan pemain.

Walaupun berhadapan dengan strategi ini, MJBowlers mampu menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Gandingan pemain2 MJBowlers minggu ini, Wan Kamal (posisi driver), Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah (posisi anchor), juga berjaya mengutip sejumlah 14 mata ranking mingguan untuk mengumpul sejumlah 32 mata keseluruhan liga.

MJBowlers masih lagi utuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 283 mata, diikuti oleh JBS Pro-S (275), Triple XXX (248) dan Pinkyrosedelight (242). Semoga momentum yang baik ini dapat di kekalkan untuk minggu2 seterusnya, InshaAllah.

Persaingan semakin sengit diantara pasukan2, dan pasukan MJBowlers akan berhadapan dengan beberapa lagi pasukan2 yang agak kuat dan berpengalaman. Pemain2 disarankan untuk meneruskan latihan bagi memantapkan lagi permainan, InshaAllah.

~WKA~

Gandingan Wan Kamal, Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah berjaya menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot
Minggu-10: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga