Category: Terkini

FTBJ Friday Night League : MJBowlers Are 2nd Runner-up (ENG)

Jeddah, 26th March 2019 – MJBowlers finished as 2nd Runner-up in the FTBJ Friday League 57th Conference, behind Dabarkadz and eventual Champion Team Bowling City.

After 18 weeks of league play, MJBowlers qualified for the stepladder finals of the FTBJ Friday League as one of the top two league teams, together with Team Bowling City.

Captained by Oto Shah, with MJBowlers main Captain Abdul Rashid in advisory role, the team was also represented by Richard B Antonio, Azami Nordin, Azizan Abdul Aziz, Rozana Zaini and Syeena Syahrizan in the finals lineup.

The stepladder finals was held on Friday, 15th March 2019 in Bowling City, Jeddah.

The MJBowlers team expressed gratitude and thankfulness to all friends and family members that came down to support the team. A special thanks to Coach Mus (Shawall Mustafa) for his never ending support and guidance throughout the league.

MJBowlers: Respect All, Fear None, Roll High

~WKA~

NB: Article was updated from earlier published article on 14th March 2019, to reflect final results.

TNCBL-22 Minggu ke-5: MJBowlers Kukuh Di Tempat Pertama Liga

Jeddah, 6 March 2019 – Minggu ke-5 liga malam Selasa TNCBL Siri ke-22 telah berlangsung di Bowling City, Jeddah di bawah anjuran FEDBG.

Pada minggu ini, MJBowlers bertembung dengan pasukan BCT Knights yang diketuai oleh Rommel Cagampang. Selain Rommel, pasukan lawan menurunkan Rey del Rosario, Ed Viray, Dodie Bulacita di posisi ‘driver’ dan Pio Valenzuela di posisi ‘hiding’.

MJBowlers menurunkan Suhaimie Leong di posisi ‘driver’, Wan Kamal, Zulkhairi Che Mat, dan Oto Shah di posisi ‘anchor’, manakala kapten liga Selasa Azmi Junaidi beraksi di posisi ‘hiding’.

Pasukan lawan tidak mampu untuk memanfaatkan kelebihan mata ‘handicap’ dan tewas di tangan MJBowlers dengan jumlah mata 4-18. Semangat juang MJBowlers nyata mematahkan semangat pasukan lawan yang memulakan perlawanan malam itu dengan baik namun kecundang akhirnya.

Permainan baik dari MVP malam itu, Wan Kamal (641 pin) dan Oto Shah (634 pin), membantu MJBowlers beraksi cemerlang, dan memastikan kutipan tambahan mata ranking maksimum sebanyak 16 mata untuk mengumpul sejumlah 34 mata bagi minggu ke-5.

MJBowlers mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga dengan 143 mata, diikuti oleh JBS Pro-S dengan 126 mata dan FBI (Friendly Bowlers Integrate) di tempat ketiga dengan 111 mata.

Minggu ke-6 akan menyaksikan MJBowlers bertembung dengan pasukan di tempat ketiga, FBI yang juga mempunyai kelebihan ‘handicap’ yang tinggi. Ayuh MJBowlers! Mari bersama2 kita mantapkan lagi permainan dan mengecapi kemenangan sekali lagi, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan pasukan BCT Knights 18-4
MJBowlers mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga

Kejohanan Bulanan FTBJ Februari 2019: Oto Shah Juara

Jeddah, 3 March 2019 – Kejohanan Bulanan Individu untuk Februari 2019 telah berlangsung di Bowling City pada Jumaat 1 March 2019 di bawah anjuran FTBJ.

Pemain2 MJBowlers mempamerkan aksi cemerlang untuk mendominasi kejohanan pada bulan ini. Oto Shah muncul juara keseluruhan untuk kategori lelaki, sementara Norimah Sidek pula muncul naib juara untuk kategori wanita.

Pemain MJBowlers mendominasi pusingan akhir kejohanan

Pusingan akhir kejohanan menyaksikan 4 orang pemain MJBowlers layak untuk merebut peluang kejuaraan.

Oto Shah layak ke pusingan akhir selepas menumpaskan pemain Filipina Eric Columa di separuh akhir kelas B. Turut serta di pusingan akhir ialah Azami Nordin yang mengalahkan Richard B Antonio di pusingan separuh akhir kelas A, dan Azmi Junaidi yang mencatat kemenangan ke atas pemain UK Marc Clifford di pusingan separuh akhir kelas C. Pemain Filipina Paolo Allego mewakili kelas O di pusingan akhir kejohanan.

Norimah Sidek menempah tempat ke pusingan akhir selepas menumpaskan Myrna Santoc di separuh akhir kelas C. Turut serta di pusingan akhir adalah Natty Caringal yang menumpaskan pemain muda MJBowlers Syeena Syahrizan di pusingan separuh akhir kelas B, dan Pinky Acato yang layak ke pusingan akhir sebagai wakil kelas A.

Pencapaian Penuh Pemain2

Kategori Lelaki

  1. Oto Shah – Juara
  2. Azmi Junaidi – Tempat Ketiga
  3. Azami Nordin – Tempat Keempat
  4. Mazlan Yaakob – Pusingan Playoff Kelas B
  5. Wan Kamal Azlan – Pusingan Playoff Kelas B
  6. Ahmad Shariffuddin – Pusingan Kelayakan Kelas B

Kategori Wanita

  1. Norimah Sidek – Naib Juara
  2. Syeena Syahrizan – Pusingan Separuh Akhir Kelas B
  3. Rozana Ahmad Zaini – Pusingan Playoff Kelas B
  4. Azhanawati Abdul Wahab – Pusingan Kelayakan Kelas B

Syabas buat semua pemenang2 dan semua pemain2 yang berani menyahut cabaran untuk kali ini. Semoga pencapaian kali ini menjadi pemangkin buat semua pemain2 untuk lebih gigih lagi berusaha dan mencapai kejayaan yang berterusan, InshaAllah.

~WKA~

Kategori Lelaki : Juara Oto Shah, Paolo Allego (2), Azmi Junaidi (3) dan Azami Nordin (4)
Kategori Wanita : Juara Natty Caringal, Norimah (2) dan Rozana (Pinky) Acato

TNCBL-22 Minggu 4: MJBowlers Kembali ke Tempat Pertama Liga

Jeddah, 27 Februari 2019 – Perlawanan minggu keempat liga TNCBL-22 berlangsung di Lane 15/16 Bowling City, menemukan MJBowlers dengan pasukan Con-FB Rhinos.

Pasukan lawan membariskan pemain2 dengan handicap yang tinggi, diketuai oleh kapten Rod Lofamia, Simeon Dellosa, Rene Balangue dan Omar Mosa. Namun peluang kelebihan ini tidak dapat diambil langsung oleh pasukan lawan saat bertembung dengan permainan cemerlang MJBowlers.

MJBowlers membariskan Azami Nordin di posisi ‘driver’, Azizan Abdul Aziz, Haji Rohaizat dan Suhaimie Leong di posisi ‘anchor’. Kapten Liga Selasa, Azmi Junaidi pula beraksi sebagai ‘hiding player’. Dengan kombinasi ini, MJBowlers mudah menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 22 tanpa apa2 balasan. MVP untuk malam Selasa ini adalah Suhaimie Leong dengan jumlah jatuhan sebanyak 644 pin.

Dengan tambahan mata ranking sebanyak 12 mata, MJBowlers berjaya mengumpul sejumlah 34 mata untuk kembali ke tempat pertama liga. MJBowlers (109) diikuti oleh pasukan Kolokoy (98) di tempat kedua, sementara pasukan Day Lights berada di tempat ketiga dengan 93 mata.

Lawan untuk minggu seterusnya adalah pasukan BCT Knights yang diketuai oleh Rommel Cagampang. Ayuh, MJBowlers! Kekalkan momentum ini dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan, InshaAllah.

~WKA~

Barisan pemain2 MJBowlers minggu ini: Haji Rohaizat, Azami Nordin, Suhaimie Leong dan Azizan Abdul Aziz bersama2 Kapten Utama MJBowlers, Abdul Rashid
Kapten Liga Selasa Azmi Junaidi beraksi di posisi hiding, ditemani rakan2 Oto Shah, Mazlan Yaakob dan Wan Kamal
Con-FB Rhinos Tumbang di tangan MJBowlers 22-0
MJBowlers Kembali ke Tempat Pertama Liga
Minggu ke-5 MJBowlers akan bertembung dengan pasukan BCT Knights

Keputusan Penuh Liga boleh dirujuk dalam laman FB JBS-PIP’S FEDBG Pro Shop.

TNCBL-22 : MJBowlers Tumpas Pada Minggu Ketiga

Jeddah, 20 Februari 2019 – Masuk minggu ketiga liga malam Selasa, TNCBL Siri 22 anjuran FEDBG, menembungkan pasukan MJBowlers dengan JBS Pro-S. Pasukan lawan menurunkan gandingan pemain2 di dalam kelas C untuk memanfaatkan kelebihan handicap. Jimmy Aragone bertindak sebagai ‘driver’, diikuti oleh Eric Columa, Cesar Pagtaluna, Jay Bengco di posisi ‘anchor’, dan James Paulme bermain sebagai ‘hiding player’.

Untuk mengatasi kelebihan pasukan JBS Pro-S ini, MJBowlers menurunkan gandingan Abdul Rashid sebagai ‘driver’, Azizan Abdul Aziz, Kapten Liga Selasa Azmi Junaidi, Oto Shah di posisi ‘anchor’, dan Haji Rohaizat beraksi sebagai ‘hiding player’.

Tentangan hebat diberikan semasa perlawanan, namun MJBowlers tumpas kepada JBS Pro-S yang berjaya mengutip keseluruhan mata perlawanan 22-0. Namun begitu, persaingan sengit antara kedua-dua pasukan teratas liga ini juga membuahkan hasil buat MJBowlers yang berjaya mengumpul mata ranking kedua tertinggi pada minggu ini, sebanyak 14 mata.

MJBowlers jatuh satu anak tangga ke tempat kedua pada minggu ketiga ini, berbeza hanya 4 mata sahaja dengan pendahulu liga, JBS Pro-S.

Liga ini masih lagi di peringkat awal, dan kekalahan minggu ini akan dijadikan iktibar untuk minggu2 yang seterusnya. Semoga semua pemain2 dapat meningkatkan lagi latihan bagi memperbaiki kelemahan. Semoga kejayaan menjadi milik kita, InshaAllah.

~WKA~

JBS Pro-S Berjaya Mengutip Keseluruhan Mata Penuh
MJBowlers Jatuh Satu Anak Tangga Ke Tempat Kedua
MJBowlers Beraksi Pada Liga Malam Selasa
Minggu Keempat Akan Menemukan MJBowlers Dengan Pasukan FB Rhinos

SPMBL-11 Minggu 12: Sengatan Berbisa Azizan ‘The Stinger’ Penyuntik Semangat MJBowlers

Jeddah, 17 Februari – Minggu ke-12 liga SPMBL Siri 11, yang berlangsung di Bowling City, menemukan pasukan MJBowlers dengan pencabar terdekat JBS Pro-S. Pasukan lawan menurunkan gandingan pemain kelas A Nezar Alhamwi, Ester Santoc, Jose Bay-ag dan Cesar Pagtaluna.

Bagi menangani kekuatan pasukan ini, MJBowlers menurunkan Azami Nordin di posisi ‘driver’ berserta Norashikin Ismail, Azizan Abdul Aziz dan Oto Shah di posisi ‘anchor’.

Sengatan Azizan Berbisa

Seperti yang di jangka, perlawanan antara kedua-dua pasukan teratas liga ini agak sengit. MJBowlers tumpas di Game 1 dengan hanya perbezaan 8 pin. Walaupun kalah di awal pusingan perlawanan, semangat juang pasukan MJBowlers tidak tergugat. Nyata, sengatan berbisa Azizan ‘The Stinger’ menjadi suntikan semangat untuk rakan2 sepasukan bangkit semula di perlawanan seterusnya. Dengan sejumlah 652 jatuhan pin, Azizan muncul MVP untuk MJBowlers pada minggu ini.

MJBowlers berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Berserta dengan 15 mata ranking, MJBowlers mengumpul sebanyak 33 mata pada minggu ke-12 ini.

Pasukan MJBowlers masih lagi kukuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 349 mata, diikuti oleh Triple XXX (315), manakala JBS Pro-S jatuh ke tangga ketiga dengan 300 mata.

Minggu seterusnya akan menyaksikan MJBowlers bertembung pula dengan pasukan Day Lights yang diketuai oleh pemain berpengalaman Lito Zamudio. Semoga kejayaan milik kita, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan JBS Pro-S 18-4 pada minggu ke-12 SPMBL-11

MJBowlers kekal di tempat pertama liga SPMBL-11

TNCBL-22 Minggu 2: MJBowlers Cemerlang, Melonjak ke Tempat Pertama

Jeddah, 13 Februari 2019 – Minggu kedua liga TNCBL-22 telah berlangsung di Bowling City pada 12 Februari, menemukan pasukan MJBowlers dengan pasukan Marc’s Bullocks.

Pasukan lawan yang diketuai oleh pemain berasal dari UK, Marc Clifford membariskan pemain2 berpengalaman untuk liga malam Selasa ini iaitu Amri, Sammy, Pancho Cuevas dan Rey Beltran.

Walaupun berhadapan dengan pasukan yang agak kuat, gandingan pasukan MJBowlers yang terdiri dari Azizan Abdul Aziz, Suhaimie Leong, Oto Shah, Wan Kamal dan Zulkhairi tidak langsung berasa gentar dan berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 20 berbalas 2.

Aksi cemerlang Suhaimie (666), Oto (613) dan Zulkhairi (613) juga membantu pasukan untuk mengutip mata ranking maksimum di dalam liga, sejumlah 16 mata. Dengan jumlah 36 mata keseluruhan untuk minggu kedua liga ini, MJBowlers berjaya melonjakkan diri ke tempat pertama.

Lawan seterusnya yang menunggu di minggu ketiga adalah JBS Pro-S, yang sekarang ini berada di tempat keempat liga. Kelebihan handicap pasukan lawan nyata akan menjadi salah satu faktor dalam pemikiran strategi pasukan MJBowlers untuk minggu hadapan. Semoga kejayaan milik kita, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menundukkan pasukan Marc’s Bullocks 20-2
MJBowlers kini berada di tempat pertama liga TNCBL-22
Lawan menanti pada Minggu ke-3 adalah JBS Pro-S

FEDBG SPMBL-11, Minggu 11: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

Jeddah, 11 Februari 2019 – MJBowlers berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama dalam liga SPMBL siri ke 11 pada pusingan minggu 11.

Berlangsung di Bowling City, perlawanan minggu ini menemukan MJBowlers dengan pasukan Lance 3rdy. Pasukan lawan dibarisi oleh kapten pasukan Evelyn Santoc, Steve Frogata, Eric Columa dan Robert Stone. MJBowlers pula menurunkan gandingan Suhaimie Leong, Oto Shah, Azhanawati dan Wan Kamal.

Dalam perlawanan sengit minggu ke-11 ini, MJBowlers berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 20 berbalas 2. Dengan tambahan 13 mata ranking, MJBowlers berjaya mengumpulkan sejumlah 33 mata untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama di dalam liga.

Minggu seterusnya akan menyaksikan MJBowlers bertembung dengan pasukan di tangga kedua, JBS Pro-S yang berusaha keras untuk mengejar tempat pertama. Nyata strategi untuk minggu hadapan agak kritikal untuk MJBowlers bagi menghadapi pasukan yang kuat ini. Semoga kejayaan milik MJBowlers, InshaAllah.

Respect All, Fear None, Roll High.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan Lance 3rdy 20-2 pada minggu 11 SPMBL-11
MJBowlers mengekalkan kedudukan di tempat pertama liga SPMBL-11

Kejohanan Bulanan FTBJ : Pasangan Azami dan Nurhayati mencipta sejarah MJBowlers

Jeddah, 10 Februari 2019 – Kejohanan Bulanan untuk Januari 2019 dibawah anjuran FTBJ telah berlangsung di Bowling City pada 8 Februari 2019 yang lalu. Kejohanan Bulanan ini disertai oleh pemain2 dari Filipina, Saudi Arabia, United Kingdom, Syria dan Malaysia.

Sejarah Tercipta

Pasangan suami-isteri Azami Nordin dan Nurhayati Kamarudin mencipta sejarah MJBowlers apabila masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita di dalam kejohanan ini. Kejohanan kali ini juga menyaksikan pemain2 MJBowlers berjaya merebut 2 tempat teratas kategori lelaki.

Azami Kekal Fokus

Pada peringkat awal pusingan kelayakan kumpulan kelas A, Azami menempatkan diri di tempat keempat untuk layak ke pusingan seterusnya. Selepas menumpaskan 3 peserta lain di pusingan playoff, Azami bertembung pula dengan Jhune Estefano yang layak sebagai peserta tertinggi pusingan kelayakan kelas A. Azami menumpaskan Jhune dengan jumlah mata 207 berbalas 187 untuk layak ke pusingan akhir.

Dalam pusingan akhir, Azami mengekalkan fokus bagi menjuarai kejohanan ini selepas berjaya menumpaskan rakan sepasukan MJBowlers Oto Shah, serta pemain Filipina William Virgo dan Jimmy Urbano.

Nurhayati Semangat Kental

Nurhayati berjaya melayakkan diri di tempat pertama pusingan kelayakan kelas C, sebelum bertembung dengan rakan sepasukan MJBowlers Norimah Mohd Sidek di dalam pusingan separuh akhir. Persaingan sengit antara kedua-dua pemain MJBowlers ini berakhir dengan Nurhayati menumpaskan Norimah dengan jumlah mata 158 berbalas 140.

Dalam pusingan akhir, walaupun berhadapan dengan pemain2 berpengalaman Thess Grandia dan Evelyn Santoc, dengan semangat kental, Nurhayati berjuang sehingga ke saat akhir untuk memenangi kejuaraan kategori wanita.

Juara2 memenangi hadiah berbentuk wang tunai dan t-shirt khas FTBJ Monthly Champion.

Syabas diucapkan buat semua pemenang2 dalam kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat buat rakan2 lain untuk meneruskan perjuangan bagi mengecapi kejayaan dan mengharumkan nama MJBowlers, InshaAllah.

Keputusan Penuh

Kategori Lelaki

  1. Azami Nordin – Juara
  2. Oto Shah – Naib Juara
  3. Suhaimie Leong – Playoff Kelas B
  4. Azmi Junaidi – Playoff Kelas C
  5. Wan Kamal – Pusingan Kelayakan Kelas B

Kategori Wanita

  1. Nurhayati – Juara
  2. Rozana – Separuh Akhir Kelas B
  3. Norimah – Separuh Akhir Kelas C
  4. Hasnah – Playoff Kelas B
  5. Azhanawati – Playoff Kelas B
  6. Syeena – Playoff Kelas B

~WKA~

Pasangan suami-isteri Azami dan Nurhayati menjuarai kategori lelaki dan wanita
Dari kiri: Juara Bulan Januari 2019 Azami Nordin, Oto Shah (Kedua), William (Ketiga) dan Jimmy (Keempat)

Dari kiri: Juara Bulan Januari 2019 Nurhayati, Thess Grandia (Kedua) dan Evelyn Santoc (Ketiga)

TNCBL Siri 22 Minggu Pertama: MJBowlers Mula Beraksi pada Liga Malam Selasa

Jeddah, 7 Februari 2019 – Tuesday Night Conference Bowling League (TNCBL) siri ke 22 bermula pada 5 Februari lepas di Bowling City. Pasukan MJBowlers yang diketuai oleh Azmi Junaidi selaku kapten, menurunkan Oto Shah, Azami Nordin dan Wan Kamal, bersama2 Zulkhairi yang kembali aktif dalam sukan bowling selepas pulih dari kecederaan.

Pada minggu pertama ini, MJBowlers bertembung dengan pasukan Kolokoy yang merupakan Naib Juara Siri 21. Pasukan lawan dibarisi oleh pemain Kelas O, Zaldy Bacero bersama2 Paolo Allego, Med Ramos dan Bing Amolo.

Walaupun berhadapan dengan kekuatan pasukan lawan yang juga merupakan bekas juara liga TNCBL dua kali berturut2, namun semangat juang pemain2 MJBowlers mengatasi segala kegentaran.

Pasukan MJBowlers berjaya menumpaskan Kolokoy dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Dengan tambahan 7 mata ranking liga, MJBowlers mengumpulkan sejumlah 25 mata keseluruhan untuk menempatkan diri di tempat keempat pada minggu pertama liga.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan Kolokoy 18-4
Kemaskini kedudukan liga TNCBL-22 Minggu Pertama
MJBowlers diwakili oleh (dari kiri): Zulkhairi, Azmi Junaidi, Wan Kamal, Oto Shah dan Azami Nordin