TNCBL Siri 22 Minggu Pertama: MJBowlers Mula Beraksi pada Liga Malam Selasa

Jeddah, 7 Februari 2019 – Tuesday Night Conference Bowling League (TNCBL) siri ke 22 bermula pada 5 Februari lepas di Bowling City. Pasukan MJBowlers yang diketuai oleh Azmi Junaidi selaku kapten, menurunkan Oto Shah, Azami Nordin dan Wan Kamal, bersama2 Zulkhairi yang kembali aktif dalam sukan bowling selepas pulih dari kecederaan.

Pada minggu pertama ini, MJBowlers bertembung dengan pasukan Kolokoy yang merupakan Naib Juara Siri 21. Pasukan lawan dibarisi oleh pemain Kelas O, Zaldy Bacero bersama2 Paolo Allego, Med Ramos dan Bing Amolo.

Walaupun berhadapan dengan kekuatan pasukan lawan yang juga merupakan bekas juara liga TNCBL dua kali berturut2, namun semangat juang pemain2 MJBowlers mengatasi segala kegentaran.

Pasukan MJBowlers berjaya menumpaskan Kolokoy dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Dengan tambahan 7 mata ranking liga, MJBowlers mengumpulkan sejumlah 25 mata keseluruhan untuk menempatkan diri di tempat keempat pada minggu pertama liga.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan Kolokoy 18-4
Kemaskini kedudukan liga TNCBL-22 Minggu Pertama
MJBowlers diwakili oleh (dari kiri): Zulkhairi, Azmi Junaidi, Wan Kamal, Oto Shah dan Azami Nordin