Tag: MJBowlers

TNCBL-22 Bermula Selasa Ini (5/2/19)

Jeddah, 4 Februari 2019 – Liga anjuran FEDBG, Tuesday Night Conference Bowling League (TNCBL) siri ke-22 akan bermula pada 5 Februari 2019.

Untuk siri ini, pasukan MJBowlers akan diketuai oleh Azmi Junaidi selaku kapten, dan dibantu oleh Azizan Abdul Aziz, sementara Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid Abdul Rahman bertindak sebagai penasihat strategi pasukan.

Liga ini akan berlangsung selama 14 minggu sebelum memasuki pusingan akhir. MJBowlers akan bertembung dengan 7 pasukan lain sepanjang liga ini. Semoga kejayaan milik MJBowlers, InshaAllah.

~WKA~

FEDBG SPMBL-11, Minggu 10 – MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

Jeddah, 4 Februari 2019 – Masuk minggu ke-10 bermulalah pusingan kedua Liga Saturday PM League (SPMBL) anjuran FEDBG, dibawah kelolaan Pip Planas.

Pada minggu ke-10 ini, MJBowlers bertembung semula dengan pasukan Lanes Snap Shot untuk kali kedua berturut2. Strategi pada kali ini adalah menurunkan 2 pemain wanita iaitu Lynn Lopez dan Carmen Bernaro untuk memanfaatkan kelebihan ‘handicap’ yang agak tinggi berbanding pemain2 MJBowlers. Pasukan lawan juga menurunkan pemain berpengalaman Jay Bengco dan Gary Raymundo bagi melengkapkan barisan pemain.

Walaupun berhadapan dengan strategi ini, MJBowlers mampu menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Gandingan pemain2 MJBowlers minggu ini, Wan Kamal (posisi driver), Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah (posisi anchor), juga berjaya mengutip sejumlah 14 mata ranking mingguan untuk mengumpul sejumlah 32 mata keseluruhan liga.

MJBowlers masih lagi utuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 283 mata, diikuti oleh JBS Pro-S (275), Triple XXX (248) dan Pinkyrosedelight (242). Semoga momentum yang baik ini dapat di kekalkan untuk minggu2 seterusnya, InshaAllah.

Persaingan semakin sengit diantara pasukan2, dan pasukan MJBowlers akan berhadapan dengan beberapa lagi pasukan2 yang agak kuat dan berpengalaman. Pemain2 disarankan untuk meneruskan latihan bagi memantapkan lagi permainan, InshaAllah.

~WKA~

Gandingan Wan Kamal, Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah berjaya menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot
Minggu-10: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

Fun Games bersama Yanbu Bowlers

Jeddah, 28 Januari 2019 – Selain latihan semasa pada petang Sabtu, pemain2 MJBowlers juga mengambil peluang bermain dalam acara Fun Games anjuran FEDBG. Acara ini memberi peluang untuk pemain2 menguji tahap permainan, fizikal dan mental, bagi memantapkan lagi mutu permainan.

Pemain2 dari pasukan Yanbu Bowlers, Suhaimi Abd Rahman, Raemy dan Azmi turut serta di dalam acara Fun Games pada minggu ini. Acara santai ini juga secara tidak langsung memupuk semangat kesukanan dan ukhwah antara pemain2. Semoga kita semua dapat mengambil peluang untuk turut serta di dalam acara2 lain seterusnya, InshaAllah.

~WKA~

Dari kiri: Azmi, Suhaimie Leong, Suhaimi Abd Rahman, Raemy, Abdul Rashid dan Wan Kamal

MJBowlers Juara Kejohanan Bowling KRMR di Riyadh

Riyadh, 27 Oktober 2018 – Pasukan MJBowlers mencipta sejarah apabila menjuarai kedua2 kategori pasukan lelaki dan wanita di kejohanan bowling anjuran dan tajaan Kelab Rakyat Malaysia Riyadh (KRMR), Kedutaan Besar Malaysia Riyadh, flynas dan Aman Cargo di Riyadh baru-baru ini. Kejohanan bowling ini telah berlangsung di Universal Bowling Center, Riyadh.

Kejohanan bowling yang julung kali disertai oleh pasukan MJBowlers diketuai oleh Rohaizat bin Kamisan, beserta rakan-rakan sepasukan lelaki Mohd Sharizan bin Mohamad Saberi, Ahmad Sharifuddin bin Muhammad, Norazami bin Nordin dan Wan Kamal Azlan bin Wan Abu Bakar. Pasukan wanita pula diwakili oleh Azhanawati Abdul Wahab, Norashikin Ismail dan Hayatie Kamarudin beserta pemain dari Riyadh, Noraini Mustafa dan Putri Intan Adora Mohamad.

Pemain lelaki MJBowlers, Mohd Sharizan, atau lebih dikenali dengan nama manja Oto Shah, muncul Naib Juara kategori perseorangan lelaki. Pemain wanita MJBowlers, Azhanawati menjuarai kategori perseorangan wanita di kejohanan ini, manakala rakan sepasukan Hayatie pula muncul pemain ketiga terbaik kategori wanita.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, YBhg. Datuk Zainol Rahim Zainuddin.

Pasukan MJBowlers mengucapkan terima kasih dan syabas atas kejayaan penganjuran kejohanan bowling KRMR 2018. Semoga ukhwah yang terjalin di kejohanan ini berkekalan, InshaAllah. Rakan2 sepasukan juga ingin mengucapkan setinggi2 terima kasih atas sokongan dan bimbingan dari Coach Mus (Shahwall Mustafa) dan Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid sepanjang persiapan, latihan dan semasa kejohanan ini. Tidak lupa juga sekalung terima kasih buat semua ahli-ahli MJBowlers, keluarga dan rakan2 yang tidak putus memberikan sokongan. Semoga kejayaan ini berterusan di masa hadapan, InshaAllah.

 

MJBowlers Juara Pasukan Lelaki

 

MJR Rising Together Juara Pasukan Wanita

 

Oto Shah Naib Juara Kategori Perseorangan Lelaki

 

Azhanawati Juara Kategori Perseorangan Wanita

 

Hayatie Tempat Ketiga Kategori Perseorangan Wanita

 

MJBowlers diwakili oleh Wan Kamal Azlan, Azami Nordin, Kapten Pasukan Rohaizat Kamisan, Mohd Sharizan dan Ahmad Sharifuddin

 

MJR Rising Together diwakili oleh Noraini Mustafa, Putri Intan Adora Mohamad, Azhanawati, Hayatie dan Norashikin

 

Keputusan Kejohanan