Category: ICBL-FTBJ

TSI teruskan momentum, Lance&3Rdy terkulai di minggu ke 11 -ICBL

Bowling City -Jeddah, – Perlumbaan di tempat pertama carta terus menghantui Lance&3rdy pada minggu ke 11 ini dengan kebangkitan TSI yang telah menghukum Lance&3Rdy . Kombinasi mantap dari barisan pemain TSI sperti Tariq, Azhanawati,Rozana, Azami,Abdul Rashid dan Mustafa.Minggu ke -11 ini, merupakan persembahan terbaik TSI di dalam kejohanan ICBL dengan sekali lagi menyandang ” Team Of The Week”.  Gelaran pasukan terbaik ini merupakan kali ke 5 disandang oleh TSI  pada setakat ini dan juga pasukan yang begitu menonjol  dalam kejohanan “Inter Company Bowling League”  Azhanawati telah di nobatkan sebagai “Bowler Of The Week” setelah mengalahkan semua ‘Bowlers’ Wanita  yang bertanding di minggu ke 11 ini dengan jumlah jatuhan baling pin sebanyak 619.

Di ‘game’ pertama, TSI yang menurunkan kapten pasukan Abdul Rashid telah membuat jatuhan pin 243  diikuti oleh Azami dengan jatuhan pin 224 manakala Mustafa dengan 215 telah menyumbangkan jumlah jatuhan pin sebanyak 1014. Manakala di game ke 2 pula pasukan TSI membuat jumlah jatuhan sebanyak 924 dan 903 di game yang ke -3.  

 Minggu Ke-11 ini, TSI telah berjaya mengutip 40 mata dari 3 game dan sekali gus berjaya berada di tangga teratas manakala musuh tradisi TSI telah merundum jatuh ke tangga ke 11.  Dengan kejatuhan Lance &3Rdy di minggu ke 11 ini, TSI terus memintas kedudukan carta dan berada di ‘ranking ‘ pertama. 

Kejohanan minggu ke 11 ini telah memasuki fasa ke-2 dan merupakan permulaan yang baik bagi TSI, sete;lah mengharungi 10 minggu sentiasa berada di ‘rank’ ke dua liga. Semoga pasukan TSI terus komited untuk menggekalkan kedudukan teratas liga ini dan meneruskan momentum yang telah di bentuk selama 11 minggu di kejohanan terbesar ini.

 

Sekali lagi “SPINOX8” dinobatkan sebagai “Team Of The Week”

25 Jan 2018, Bowling City Jeddah- Kejar mengejar kedudukan tangga teratas liga terus berlaku lagi di minggu ke 10 ini dan dua pasukan yang begitu kuat di kejohanan ICBL ini iaitu Lance & 3Rdy dan juga pendatang baru TSI ( The Synergy International) masing-masing terus mencorakkan strategi . TSI yang baru-baru ini telah melancarkan produk Spinox8 di pasaran global seolah-olah telah menyuntik semangat baru kepada pemain-pemain TSI untuk terus melakar  “Team of The Week” pada minggu ke 10 ini. 

“Team Of The Week” – bukanlah satu tugas yang mudah dilakukan pada minggu ke -10 ini kerana cabaran dari pasukan lain seperti JP Gilas, FGS Bowlers, Bowling City dan Ekis Reload di samping pendahulu liga Lance &3rdy. Ini dapat di lihat pada ‘game’ yang pertama TSI berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 1011, di ‘game’ kedua pula TSI terus mempertahankan kedudukan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1020. Manakala di ‘game’ yang ketiga, TSI nampak keletihan dan hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 992, dan berterima kasih kepada Wan Kamal (Buldozer) yang melakukan jatuhan pin sebanyak 212 dan membantu Mustafa ( 191) , Tariq (195), Azizan (160) , Grace (169) dan Rozana (156). 

Di minggu ke 10 juga,pemain harapan dari wanita iaitu Rozana  tidak dapat melakukan tugasan yang sempurna kerana masalah kecederaan kaki kiri dan sedikit sebanyak mencacatkan rentak balingan. Rozana hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 145, 146 dan 156 dan dibawah keupayaan sebenar beliau. Kemungkinan besar Rozana akan direhatkan pada minggu hadapan dan akan memberi laluan pemain wanita lain untuk menggantikan beliau. 

 

Lance &3Rdy masih terus selamat di tangga pertama liga dan diikuti rapat oleh TSI dengan hanya perbezaan 7.5 mata sahaja yang memisahkan antara dua pasukan ini. Di tempat ketiga yang jauh ketinggalan adalah  FGS Bowlers yang mengutip mata sebanyak 247.5 di minggu ke 10 ini.

 

TSI Bowlers gagal memintas pasukan Lance & 3Rdy

17 Jan 2018 – Bowling City Jeddah- TSI gagal memintas kedudukan Lance &3Rdy  dan permainan agak merosot pada hari jumaat yang lepas setelah  liga di mulakan semula selepas bercuti selama sebulan. Pasukan Lance &3Rdy menarik nafas lega kerana TSI gagal mengekalkan tekanan terhadap pasukan mereka. 

Lance &3Rdy yang dibarisi pemain  Evelyn, Shirley,Mhon,Ding,Panco dan Ric mendominasi minggu ke -9 ini dengan membuat jatuhan pin sebanyak 994 ,1028 dan 950 sekali gus membolehkan sekali lagi dinobatkan sebagai “Team of The Week”. Pada game pertama Lance &3Rdy telah mengutip 11 mata hasil dari jatuhan tinggi diikuti oleh JP Gilas yang menjatuhkan pin sebanyak 987,  Manakala TSI yang memula agak perlahan hanya mampu  membuat jatuhan pin sebanyak 963 dan mengutip mata sebanyak 7.5. Di game yang kedua pula barisan TSI  terus merosot dan tercicir dari persaingan dan hanya mampu mengutip 2 mata dan berada di kedua tercorot. Pada game yang ketiga, TSI yang mendominasi balingan dan  Mustafa mencetuskan momentum  dengan membuat jatuhan pin sebanyak 229, di ikuti oleh  Yazid dengan jatuhan pin 199  dan Tariq  bangkit semula dengan jatuhan pin sebanyak 191.  Kebangkitan pada game ke-3 ini sekurang-kurangnya membolehkan TSI  mengutip mata 26.5 dan berada di tangga ke 6 carta mingguan.

Dari segi kedudukan liga pula TSI masih kekal di tanga ke dua dan pendahulu liga terus memecut dengan perbezaan 12.5  diikuti oleh JP GIlas yang telah melonjak ke tangga ke 3 dengan  jumlah mata sebanyak 219. TSI harus bangkit untuk minggu ke 10 ini untuk mengejar kembali penghulu liga  dan terus menjarakkan diri dari JP Gilas yang telah kembali menemui sentuhan dari kapten pasukan Randy.

 

Pasukan TSI di nobatkan ” Team of The Week” pada minggu ke-8

Jeddah , Arab Saudi – ICBL ( Inter Company Bowling League) yang memasuki minggu yang ke-8  di mana barisan pemain TSI masih lagi mengekori rapat pendahulu liga iaitu Lance &3rdy dengan berkongsi mata sebantyak 257.5. 

TSI ( The Synergy International ) telah sekali lagi dinobatkan selaku “Team of The Week” . TSI dibarisi oleh kombinasi yang mantap dan mempunyai semangat melawan yang kuat iaitu  Tariq (RBA), Azzhana, Rozana, Faisal, Azizan dan juga Mustafa.

Dengan jumlah  jatuhan 3078 pin pada minggu ke-8, pasukan TSI terus mengekori rapat pendahulu liga  Lance &3rdy yang hanya terdaya menjatuhkan pin sebanyak 2956  meletakkan pasukan ini berada di kedudukan ke -4 di dalam minggu ke 8 ini.

Dengan kelebihan handicap 45, Azhanawati telah menunjukkan kebolehan mantap menjatuhkan pin sebanyak 635, di ikuti pleh Roazana  dengan 545. Manakala barisan lelaki yang di dahului oleh Tariq hanya mampu menjatuhkan sebanyak 581,  dikuti oleh Faisal yang nampak kepenatan hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 468. Azizan (Stinger) membuat permulaan yang agak perlahan hanya mampu membuat jatuhan pin di game pertama sebanyak 176 tetapi bangkit di game ke 2 dan ke 3 dengan jatuhan pin 211 dan 206. Mustafa sekali lagi di nobatkan “Bowlers of the Week” setelah  berjaya menjatuhkan pin sebanyak 678 meninggalkan pemain lain.

 Dari kutipan mata pula TSI  Bowlers terus unggul mengutip mata sebanyak 38.5 dan jauh meninggalkan pesaing lain dalam minggu ke -8 ini dan dari susunan carta pula  TSI telah menyamai jumlah mata yang dikutip oleh Lance &3rdy yang hanya mampu mengutip 31 mata pada kedudukan ke 4 mingguan.

 

TSI Bowlers masih bertahan di tangga ke 2

Jeddah , Arab Saudi – ICBL ( Inter Company Bowling League) yang memasuki minggu yang ke-7  di mana barisan pemain TSI masih lagi mengekori rapat pendahulu liga iaitu Lance &3rdy dengan perbezaan 3.5 mata.

Dengan jumlah balingan sebanyak 931,1005 dan 1025 dari pendahulu liga ( Lance & 3rdy) terus unggul hasil dari kombinasi baik dari pemain wanita Shirly yang membuat jatuhan pin sebanyak 636  dan sekali gus di nobatkan sebagai “Ladies Bowlers of the Week”. Pasukan Lance &3rdy ini juga telah dinobatkan sebagai “Team Of The Week”.

 

Manakala TSI yang dibarisi oleh  Abdul Rashid , Richard, Grace, Rozana, Azizan dan juga Mustafa tidak pulang tangan kosong, di mana jumlah balingan  sebanyak 965,1000 dan 916 tidak ketinggalan jauh dari pendahulu liga. Peranan besar di mainkan oleh Azizan alias “Stinger” banyak membantu menyerap tekanan yang diberikan. Walaupun pada game yang pertama Azizan (Stinger) agak gugup namun atas perbincangan “Tactical Strategy”  Azizan mampu mengatasi masalah “oiling” dan berjaya mumbuat balingan 184,191 dan 182.

Dari segi jumlah kutipan mata pada minggu ke -7 ini, TSI di ekori rapat oleh EKIS Reload, Dabarkads yang masing-masing memperolehi 34  dan 39. Manakala Lance &3rdy  dengan jumlah mata kutipan sebanyak  41 dan di ikuti pasukan TSI sebanyak 37 mata.

  

Kedudukan pasukan yang bertanding di kejohanan ini setakat pada minggu ke -7 ini, masih tidak ada sebarang perubahan yang begitu drastik mungkin disebabkan pemain-pemain sudah memasuki mood untuk bercuti panjang.  Lance &3rdy terus unggul membuat pecutan meninggalkan pasukan-pasukan lain dan di ikuti rapat oleh TSI  ( The Synergy International).

 

TSI terus unggul di tangga ke-2 dalam minggu ke 6.

Jeddah 24 November 2017, TSI, syarikat yang berpengkalan di Saudi Arabia ini terus unggul di minggu ke-6  pada kejohanan ICBL ini. TSI yang dibarisi oleh Tariq (RBA), Grace, Rozana, Suhaimie, Azizan dan Mustafa.   Grace dan Rozana merupakan penyumbang terbesar pada minggu ke 6 ini dengan jumlah jatuhan sebanyak 611 dan 569. 

 

Kutipan mata yang diperolehi dari Game 1,2 dan 3 sebanyak 2936 dan sekali gus ini adalah jatuhan ke-3 tertinggi dibandingkan dari pasukan-pasuakan yang bertanding di minggu ke-6 ini.

 

Pada kedudukan carta pula TSI masih kekal di tangga ke-2 liga, dan pasukan Lance &3rdy terus mendahului liga dengan perbezaan 3.5 mata dipisahkan dengan pasukan TSI. Manakala pasukan lain terus mengejar 2 kelompok diatas ini tetapi jurang semakin melebar ditinggalkan oleh Lance &3rdy dan juga TSI.

 

 

 

 

 

 

 

ICBL – Minggu ke 4

Jeddah  Arab Saudi 16 Nov.2017, Kejohanan antara syarikat ( Inter Company-ICBL) sudah memasuki minggu ke -4 yang mana kedudukan  TSI Bowlers terus menjadi tumpuan pasukan-pasukan lain yang bertanding pada kejohanan siri yang ke 39 ini.

TSI Bowlers di wakili oleh Tariq, Grace, Rozana, Rashid, Azizan dan juga Mustafa begitu unggul  dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 983 ,1033 dan 969. Gabungan Rozana dan juga Grace membolehkan pasukan TSI Bowlers menjadi ” Team Of The Week” dengan Rozana membuat balingan 150 , 200 dan 171. Manakala Grace membuat balingan 146,161 dan 147.

Dengan Kutipan mata yang diperolehi dari Game 1,2 dan 3 TSI Bowlers telah memperolehi markah tertinggi dibandingkan dari pasukan-pasukan yang bertanding,

“Team Of The Week” ini telah berjaya mengubah kedudukan liga  dari kedudukan ke 7 kepada kedudukan ke 2. Pencapaian yang begitu cemerlang dari TSI Bowlers yang mampu mengubah dan memperbaiki kedudukan liga. Nama Azizan Abd Aziz terus terukir sekali lagi dengan berjaya memperolehi ” Bowler Of The Week” untuk minggu ke -4 ini. Pada minggu sebelumnya juga Mustafa iaitu pemain TSI telah berjaya dinbatkan “Bowler of thew week-WK3”, 

ICBL – FTBJ MInggu -3

Arab Saudi 5 Nov 2017,  Inter Company Bowling League (ICBL) memasuki minggu ke-3 dan telah berlangsung pada 27 Oct 2017 dan pasukan TSI-MJ Bowlers telah di nobatkan “Team of the Week”. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan di awal permulaan musim ICBL yang ke 39 siri ini. 

TSI-MJ Bowlers di barisi oleh Tariq, Grace, Azhana, Suhaimie Leong, Wan Kamal dan Mustafa telah berjaya mengutip jatuhan pin sebanyak 2,887  dan sekali gus mengutip mata penuh pada siri minggu ke 3 ini. 

 

 

 

Pada minggu ke-3 ini TSI-MJ Bowlers masih lagi di kedudukan ke -7 tetapi hanya dipisahkan hanya 1 mata sahaja di kedudukan ke 6. Masih terlalu awal untuk diperkatakan kekuatan pihak lawan yang masa kebiasaan percaturan kapten pasukan lawan akan menguji percaturan pemainan dan cuba untuk memenuhi syarat wajib bermain sebanyak 12 game untuk di turunkan pemain ketika “Position Round” di minggu ke 19.

 

Keputusan minggu ke -6 FTBJ (07/10/2017)

,Jeddah Arab Saudi  Oct 11 2017. Liga sabtu pagi  FTBJ ( AM) yang berlangsung minggu ke-6 ini telah melihatkan cabaran kepada pasukan-pasukan yang lain yang mana  dengan kemunculan semula  Shawal Mustafa setelah berehat selama 5 minggu telah memberi suntikan baru untuk MJ Bowlers untuk mengejar pendahulu liga.

Kebolehan dan ketahanan mental pemain MJ Bowlers pada minggu ini mampu bertahan dan balingan konsisten telah membolehkan peningkatan  jumlah jatuhan pin. Jumlah jatuhan pin MJ Bowlers sebanyak 2328 telah berjaya  menduduki tempat ke-3 dengan mengutip 8 mata dibelakang RR Fullhouse dan Bowling City.  Dengan keputusan ini MJ Bowlers telah melonjak naik dari kedudukan ke -6 pada minggu ke-5 kepada tangga ke 3 pada minggu ke-6 hasil dari kutipan mata sebanyak 26 ,iaitu no-3 tertinggi dari 10 pasukan yang bertanding,