TSI Bowlers masih bertahan di tangga ke 2

Jeddah , Arab Saudi – ICBL ( Inter Company Bowling League) yang memasuki minggu yang ke-7  di mana barisan pemain TSI masih lagi mengekori rapat pendahulu liga iaitu Lance &3rdy dengan perbezaan 3.5 mata.

Dengan jumlah balingan sebanyak 931,1005 dan 1025 dari pendahulu liga ( Lance & 3rdy) terus unggul hasil dari kombinasi baik dari pemain wanita Shirly yang membuat jatuhan pin sebanyak 636  dan sekali gus di nobatkan sebagai “Ladies Bowlers of the Week”. Pasukan Lance &3rdy ini juga telah dinobatkan sebagai “Team Of The Week”.

 

Manakala TSI yang dibarisi oleh  Abdul Rashid , Richard, Grace, Rozana, Azizan dan juga Mustafa tidak pulang tangan kosong, di mana jumlah balingan  sebanyak 965,1000 dan 916 tidak ketinggalan jauh dari pendahulu liga. Peranan besar di mainkan oleh Azizan alias “Stinger” banyak membantu menyerap tekanan yang diberikan. Walaupun pada game yang pertama Azizan (Stinger) agak gugup namun atas perbincangan “Tactical Strategy”  Azizan mampu mengatasi masalah “oiling” dan berjaya mumbuat balingan 184,191 dan 182.

Dari segi jumlah kutipan mata pada minggu ke -7 ini, TSI di ekori rapat oleh EKIS Reload, Dabarkads yang masing-masing memperolehi 34  dan 39. Manakala Lance &3rdy  dengan jumlah mata kutipan sebanyak  41 dan di ikuti pasukan TSI sebanyak 37 mata.

  

Kedudukan pasukan yang bertanding di kejohanan ini setakat pada minggu ke -7 ini, masih tidak ada sebarang perubahan yang begitu drastik mungkin disebabkan pemain-pemain sudah memasuki mood untuk bercuti panjang.  Lance &3rdy terus unggul membuat pecutan meninggalkan pasukan-pasukan lain dan di ikuti rapat oleh TSI  ( The Synergy International).