ICBL – Minggu ke 4

Jeddah  Arab Saudi 16 Nov.2017, Kejohanan antara syarikat ( Inter Company-ICBL) sudah memasuki minggu ke -4 yang mana kedudukan  TSI Bowlers terus menjadi tumpuan pasukan-pasukan lain yang bertanding pada kejohanan siri yang ke 39 ini.

TSI Bowlers di wakili oleh Tariq, Grace, Rozana, Rashid, Azizan dan juga Mustafa begitu unggul  dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 983 ,1033 dan 969. Gabungan Rozana dan juga Grace membolehkan pasukan TSI Bowlers menjadi ” Team Of The Week” dengan Rozana membuat balingan 150 , 200 dan 171. Manakala Grace membuat balingan 146,161 dan 147.

Dengan Kutipan mata yang diperolehi dari Game 1,2 dan 3 TSI Bowlers telah memperolehi markah tertinggi dibandingkan dari pasukan-pasukan yang bertanding,

“Team Of The Week” ini telah berjaya mengubah kedudukan liga  dari kedudukan ke 7 kepada kedudukan ke 2. Pencapaian yang begitu cemerlang dari TSI Bowlers yang mampu mengubah dan memperbaiki kedudukan liga. Nama Azizan Abd Aziz terus terukir sekali lagi dengan berjaya memperolehi ” Bowler Of The Week” untuk minggu ke -4 ini. Pada minggu sebelumnya juga Mustafa iaitu pemain TSI telah berjaya dinbatkan “Bowler of thew week-WK3”,