Category: ICBL-FTBJ

Kedai Asia Juara Liga ICBL-42nd Conference

Jeddah, 31 Mac 2019 – Pasukan Kedai Asia muncul juara Liga Inter-Company Bowling League (ICBL), anjuran Filipino Ten-Pin Bowling Jeddah (FTBJ). Perlawanan akhir telah diadakan pada 29 Mac 2019, bertempat di Bowling City.

Selepas 19 minggu mengharungi pusingan liga, pasukan Kedai Asia layak ke peringkat akhir di tempat pertama, diikuti oleh pasukan tuan rumah Team Bowling City, dan pasukan Jay Jay Lane Buster. Dengan kelayakan teratas ini, Kedai Asia memegang kelebihan sebagai ‘top seeded team’ di dalam pusingan stepladder. Empat pasukan lagi mengharungi 2 perlawanan kelayakan bagi menempah tempat untuk ke pusingan stepladder, yang dimenangi oleh pasukan Dabarkadz.

Pasukan Dabarkadz meneruskan aksi cemerlang pada pusingan stepladder apabila menumpaskan pasukan Jay Jay Lane Buster, dan seterusnya pasukan tuan rumah Team Bowling City untuk menempah tempat di perlawanan akhir, bertemu dengan Kedai Asia.

Nyata percaturan kapten pasukan, Abdul Rashid Abdul Rahman berjaya mematahkan kemaraan dan semangat Dabarkadz apabila menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 968 berbalas 920 di perlawanan akhir bagi merebut kejuaraan mutlak liga ICBL kali ini. Selain kapten Abdul Rashid, pasukan Kedai Asia turut diwakili oleh Tariq (RBA) Antonio, Wan Kamal Azlan, Hasnah Mohamad Dan, dan Oto Shah.

Setinggi2 terima kasih buat CEO Kedai Asia, Haji Ahmad Imran Zainul Abidin atas segala sokongan dan bantuan kepada pasukan sepanjang liga ini berlangsung. Tidak lupa juga sekalung terima kasih buat Coach Mus (Shawall Mustafa), semua rakan2 sepasukan dan ahli keluarga yang memberi sokongan padu sepanjang liga dan pada pusingan akhir kali ini. Alhamdulillah, kejayaan milik kita.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk pencapaian berterusan di masa hadapan, InshaAllah.

~WKA~

ICBL 41st Conference, Minggu ke-15: Kedai Asia Kekal Di Tangga Teratas Liga

Jeddah, 29 Januari 2019 – Seusai minggu ke-15, pasukan Kedai Asia masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat pertama liga Inter Company Bowling League (ICBL) anjuran FTBJ.

Pada minggu ke-15 ini, gandingan Tariq Antonio (RBA) di posisi driver bersama Suhaimie Leong di posisi anchor berserta Azizan Abdul Aziz, Azhanawati dan Wan Kamal diturunkan untuk berentap dengan misi mengukuhkan kedudukan di persada liga.

Ternyata strategi ini membuahkan hasil apabila pasukan Kedai Asia berjaya mengumpul sejumlah 30 mata mingguan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2,952. Jumlah keseluruhan di tempat pertama setakat ini adalah sebanyak 467.5 mata, diikuti pencabar terdekat CEE BEE Aviation dengan 451.5 mata, dan Ekis Reload-5 di tempat ketiga dengan 398 mata.

Pusingan liga hanya berbaki 4 minggu sahaja lagi dan persaingan semakin sengit. Semoga semua pemain2 dapat meningkatkan lagi usaha untuk memantapkan permainan dan mengekalkan kedudukan sehingga akhir liga, InshaAllah.

~WKA~

Kedai Asia mengekalkan kedudukan di tempat pertama liga.
Kedai Asia mengumpulkan sejumlah 30 mata pada minggu ke-15 liga ICBL
Tariq Antonio, Suhaimie Leong, Azizan Abdul Aziz, Azhanawati dan Wan Kamal mewakili Kedai Asia minggu ke-15 liga ICBL

The Synergy International dinobatkan sebagai Juara ICBL 2018.

Bowling City -Jeddah, Pertandingan ICBL siri yang ke 39 ini melabuhkan tirai hari semalam dan TSI telah dinobatkan sebagai juara baru bagi tahun 2018 ini.  Penyertaan pasukan “The Synergy International” (TSI) adalah yang ulung kalinya bagi siri ke 39 ini dan pasukan ini dibarisi oleh pemain yang dianggap “underdog” jika dibandingkan dengan penyertaan pasukan yang lain dalam kejohanan ini.

Menyorot di awal-awal musim ke 39 ini, TSI begitu konsisten dari minggu pertama lagi dan sentiasa berada di kelompok atas pungutan mata pada setiap minggu. Malah TSI telah berjaya membolot beberapa gelaran dan anugerah pada kejohanan ini seperti mengumpul 7 kali/ minggu gelaran  “Team of The Week”. Beberapa pemain TSI juga mendapat gelaran “Bowler Of The Week”

Perjalanan melangkah ke pentas akhir ICBL 2018 ini  bukanlah satu tugas yang mudah bagi pemain, namun dengan komitmen, kesungguhan dan konsisten permainan dari seawal musim mampu melonjak pasukan ini di kedudukan teratas liga dan jauh meninggalkan pasukan-pasukan lain. Ini dapat dilihat pada minggu-minggu terakhir  pasukan TSI menjarakkan diri dengan meninggalkan pencabar terdekat  Lance &3Rdy dengan 55 mata  dan Ekis Reload dengan 114 mata.

Pada final step ladder  TSI bertemu dengan Ekis Reload, yang telah berjaya menjinakkan Lance &3Rdy di persaingan sebelumnya. Ekis Reload dibarisi pemain yang begitu pengalaman seperti Zaldy, George,Alma, Malu dan Faisal. Manakala bagi TSI dibarisi pemain  Tariq, Grace, Azzhanawati, Wan Kamal dan Mustafa.

Pasukan Ekis Reload berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 899 hasil dari balingan Zaldy (174),Alma (179),George (186), Malu (172) dan Faisal (188). TSI agak tertekan dengan kesungguhan juara bertahan ICBL 2017 iaitu Ekis Reload ini  yang mempamerkan permainan yang begitu baik di peringkat awal sebelum pertembungan dengan TSI di pentas akhir. Tariq yang mempunyai kelas A hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 166 diikuti oleh Azzhanawati yang juga agak gugup di pentas akhir ini dan hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 165. Wan Kamal yang begitu sinonim dengan gelaran “Bulldozer” berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 199 dan berjaya menyerap tekanan dari penyokong Ekis Reload. “Game Changer” datang dari Grace yang berjaya membuat  jatuhan pin sebanyak 174 yang membuat “double strike” di frame 10. Manakala Mustafa yang ditugaskan sebagai “Anchor’ team tidak mengecewakan dan meletakkan TSI sentiasa di hadapan pada setiap frame balingan. Mustafa berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 201 dan sekaligus berjaya menghalang Ekis Reload menggondol kejuaraan berganda untuk musim 2018.

TSI berjaya dinobatkan sebagai Juara ICBL bagi musim 2018 ini dengan mengalahkan Ekis Reload dengan jatuhan pin 905, perbezaan 6 mata sahaja “scratch points” pada final ICBL ini.  Di bawah ini disertakan illustrasi Step ladder final 2018.

 

 

 

 

TSI terus mempertahankan tahta liga di minggu ke 18

Bowling City -Jeddah, Dengan permainan liga berbaki 2 minggu lagi sebelum knock out round, TSI terus mempertahankan tahta yang telah di sandang dari awal minggu ke 2 lagi. Dengan mempunyai gelaran “Team of The Week” selama 7 kali di sepanjang kejohanan ini membuatkan TSI merupakan pasukan yang begitu konsisten.

Pada minggu ke -18 ini,  barisan pemain adalah seperti Tariq, Azzhanawati, Rozana, Azizan, kamal dan Azami. Mustafa ditugaskan sebagai backup player dan azami diletakkan di bahagian “hiding”.

Di game pertama jumlah jatuhan pin hanya 793 dengan rata-rata pemain TSI gagal menyesuaikan keadaan lane  namun Azami membuat jatuhan pin sebanyak 181. Manakala di game kedua, Azizan dikeluarkan dan digantikan oleh Mustafa, namun permainan sedikit meningkat dari game pertama dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 931.  Di game ketiga, pemain mendapat semula sentuhan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 990  dan sekaligus jumlah jatuhan pin pada minggu ke 18 ini sebanyak 2802.

Bagi pungutan mata di minggu ke 18 ini, TSI telah menempatkan diri di kedudukan kedua walaupun permulaan agak perlahan namun masih  berjaya memperolehi 34 mata di belakang Lance &3Rdy.

Kedudukan pasukan dalam carta liga pula menampakan perubahan di tangga ke 3 dan ke 4 di mana Ekis Reload -4 telah melonjakkan diri ke tangga ke 3 dan Bowling City tercicir ke tangga ke 4. Dengan  permainan berbaki lagi satu minggu ( positioning round) , TSI begitu selesa di kedudukan pertama liga dan tempat 2 dan ke 3 menjadi buruan pasukan seperti Bowling City dan Ekis Reload.

 

Minggu ke -16 , TSI terus mengukuhkan diri di tahta liga.

Bowling  City- Jeddah,  Minggu ke 16 bagi siri liga ICBL telah berlalu dan seperti biasa pasukan TSI turun dengan azam yang jitu untuk mempertahankan kedudukan yang telah disemai dari awal musim lagi.  Kekuatan pasukan TSI adalah kerana “Team Work”  yang mencukupi kekurangan masing-masing untuk membolehkan TSI mampu memberi saingan dalam siri liga yang terbesar di Jeddah ini.

Pada perancangan awalnya, kapten pasukan telah membarisi pemain seperti Tariq, Hasnah, Azzhanawati, Kamal, Suhaimie dan Mustafa tetapi di saat akhir berlaku sedikit kemalangan kepada pemain ‘Anchor’  iaitu Mustafa dan ‘lineup’ pemain ditukarkan dan memasukkan Yazid ke dalam pasukan menggantikan Mustafa yang perlu direhatkan. Mustafa @Mus  akan direhatkan dalam beberapa minggu untuk mengembalikan kecergasan bagi acara final pada 4 May 2018 nanti.

Walaupun ketiadaan Mustafa dalam minggu ke 16 ini, pasukan TSI  telah mampu keluar sebagai “Team Of The Week” dengan kemampuan pemain TSI  berada di bawah tekanan dengan ketiadaan “Anchor Player”. 

Pada game pertama jatuhan pin sebanyak 958  hasil dari sumbangan Azzhanawati ( 167), Hasnah (174), Wan Kamal ( 180), Tariq (183) dan pemain ‘Hiding’ yazid ( 138). Di game kedua, TSI telah menemukan rentak permainan dengan berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 1065 dan seterusnya di game ke-3 1052 

Manakala dari segi kutipan mata di minggu ke 16 ini, TSI telah berjaya memperolehi 39 mata dan sekaligus meninggalkan jauh pencabar lain dalam seri ICBL ke 39 ini. Walaupun Lance &3RDY menghidu akan kekurangan barisan pemain TSI namun rentak masih sama yang diberikan oleh TSI bagi menafikan penguasaan Lance & 3Rdy.

Dari kedudukan liga pula , TSI masih belum begitu selesa  dengan kedudukan mata dengan hanya perbezaan 78 mata  antara tempat pertama dan kedua. TSI harus mengekalkan rentak di minggu ke 17 yang akan berlangsung pada 30 March ini.  Sekiranya minggu ke 17 itu nanti  TSI terus tidak dicabar  maka kedudukan ini bakal kekal sehingga ke minggu “positioning round ” iaitu di minggu ke 19 nanti.

Sedikit info terkini bagi perlawanan berbaki untuk TSI :

Suhaimie “BOOSTER” membawa TSI -“Team Of The Week”

Bowling City-Jeddah,  Minggu ke -15 sekali lagi TSI ( The Synergy International) mengungguli pasukan yang lain dalam pertembungan kali ini dengan dinobatkan sebagai “Team Of The Week”. TSI yang dibarisi oleh Tariq, Hasnah, Rozana, Yazid, Suhaimie dan Mustafa.

Percaturan memasukan Hasnah dan Suhaimie membuahkan hasil apabila Hasnah berjaya membuat jatuhan sebanyak 573, manakala Suhaimie membuat jatuhan pin sebanyak 652. Jatuhan pin  bagi Tariq ( 623), Yazid (462) dan Mustafa (615) melengkapi penguasaan TSI pada minggu ke 15 ini. Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2967 , TSI berjaya sekali lagi menggondol “Team Of The Week”. Gelaran yang ke 6 di sepanjang kejohanan ini membuatkan TSI begitu digeruni oleh pasukan-pasukan yang bertanding.

Suhaimie “Booster”  juga meletakkan nama beliau di kalangan pemain yang yang telah berjaya menjadi “Bowler Of The Week” pada minggu ke 15 ini dengan jatuhan pin 652.

Sebanyak 42 mata dikutip oleh  TSI pada minggu ini dan diikuti rapat oleh Ekis Reload, Mixed Nuts  yang mencabar kedudukan TSI, namun tidak memberikan apa-apa kesan secara langsung kerana pencabar-pencabar ini berada jauh dari carta liga.

Kedudukan carta liga, TSI terus unggul di tempat pertama dan dengan jumlah mata dikutip minggu ini telah menjarakkan lagi perbezaan mata dari pesaing terdekat iaitu Lance & 3Rdy dan Bowling City. 

Kemaskini keputusan minggu ke 14 – TSI masih unggul

Bowling City – Jeddah,  Kejohanan ICBL- “InterCompany Bowling League”  memasuki minggu yang ke 14 dan pada minggu ke 14 ini memperlihatkan pasukan yang berada di tangga ke 7 dan ke 4 telah menurunkan pemain-pemain “hardcore” untuk mengejar pasukan yang berada di kelompok 3 teratas liga dan juga menempatkan pasukan dari tersingkir dari 5 pasukan yang akan mengharungi “knock out round” di minggu ke 18 nanti.

Pada minggu ke -14 ini juga, Bowling City memperlihatkan keseimbangan barisan pemain yang diturunkan dengan barisan wanita  iaitu  Matet dan Marie  yang begitu konsisten dengan jatuhan pin 578 bagi Matet dan 642 bagi Marie. Kedua pemain ini penyumbang terbesar jatuhan pin bagi pasukan Bowling City. Bowling City juga menurunkan Igna  Salgado (493), Mohd Amri (602), Yaseer (623) dan pemain “hiding” Ryan  (489).  Dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin 2934 , minggu ke -14 ini Bowling City telah berjaya dinobatkan sebagai “Team of  the Week” dan juga pemainnya juga berjaya menjadi “Bowler of the Week”.

Bagi pasukan TSI pula, minggu ke 14 ini yang dibarisi pemain – Tariq, Grace, Azhanawati,Wan Kamal, Nor Azami dan Mustafa telah berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 2878.  Namun begitu,Mustafa hanya mampu membuat jatuhan 158 di game pertama dan dibawah prestasi sebenar beliau dan pada game kedua Mustafa  telah membuat beberapa pengubahsuaian permainan dan membolehkan membuat jatuhan pin (224,232). Hanya Azhanwati mampu mengekori Mustafa dengan jumlah jatuhan pin 173,159,155 yang berjaya membuat jumlah jatuhan pin peribadi sebanyak 601. 

Sungguhpun begitu dengan semangat berpasukan, pasukan TSI mampu  bersaing dari game pertama sehingga lah ke game 3 dan berjaya berada di kedudukan kedua bagi pungutan di bawah pasukan Bowling City. Hanya dipisahkan dengan 8 mata sahaja antara TSI dan Bowling City. Lance &3Rdy pula terperosok di tangga  ke 8 dalam kutipan mata  dan hanya mampu mengutip 20 mata.  


Dengan kutipan mata sebanyak 31,telah membolehkan TSI menjarakkan dari kelompok pasukan yang lain dari segi kedudukan liga.  TSI terus unggul di tahta pertama dan di ekori  di nombor kedua iaitu Lance &3Rdy dan tempat ketiga pula dari pasukan Bowling City. Ruang perbezaan mata terus bertambah besar antara pencabar-pencabar TSI  dan jumlah 443.0 sudah pasti memeritkan pasukan lain untuk cuba memintas TSI dengan kejohanan masih berbaki 5 minggu lagi untuk ditamatkan. Namun pasukan TSI harus memastikan kedudukan ini terus dipertahankan dan pemain-pemain  memberi komitmen yang tinggi demi menggalas cabaran TSI di “39th Conference” ini.

TSI terus bertahan di minggu ke 13- ICBL

Bowling City-Jeddah,  Inter Company Bowling League (ICBL) telah memasuki fasa penting setelah  tamatnya minggu ke 13 dengan memperlihatkan kesungguhan pasukan yang bertanding untuk memperbaiki kedudukan carta.  Ini dapat dilihat dari kesungguhan  pasukan seperti JP GIlas,Crime Buster dan Ekis Reload yang berjaya memungut markah tertinggi dalam saingan minggu ke 13 ini. Randy Mata yang mengetuai pasukan JP Gilas telah dinobatkan sebagai  “Team Of The Week”  setelah berjaya mendominasi minggu ke 13 ini dengan jatuhan pin sebanyak 2968.

Pasukan TSI yang dibarisi oleh Abdul Rashid, Tariq, Grace, Rozana, Azami dan Mustafa agak kaku sedikit dan menghadapi masalah bagi menyesuaikan diri dengan “Oil Condition” yang begitu mencabar.  Dengan jatuhan pin sebanyak 898 di game pertama,937 di game kedua dan 990 di game yang ketiga membolehkan TSI masih lagi mampu memberi saingan kepada pasukan yang bertanding. 

 

Manakala dalam kutipan mata, JP Gilas mengungguli  dengan kutipan 41.5 mata diikuti oleh Crime Buster 40 , Ekis Reload 29. TSI berada di kedudukan ke-4 dengan kutipan mata sebanyak 27  dan masih lagi berada di carta pertama liga dengan jumlah mata sebanyak 412 dan diikuti oleh Lance&3Rdy  (376.5)  dan Bowling City (328.0)

 Lance &3rdy terus terkebelakang minggu ini dan membolehkan TSI menjarakkan diri kelompok pasukan-pasukan yang bertanding dan memandangkan liga  berbaki 6 minggu lagi sebelum ‘Knock Out Round’ maka pecutan perlulah dikekalkan bagi membolehkan TSI terus berada di tahta liga. 

 

Sentuhan serba tak menjadi- punca TSI lemah di minggu ke -12

Bowling City -13 Feb 2018- Di minggu ke 12 ini, memperlihatkan TSI seolah-olah kehilangan punca dari seawal game yang pertama dan hanya bernasib baik dengan keupayaan Mustafa yang membuat balingan 232,202 dan gagal mengekalkan rentak di game ke tiga dan hanya mampu menjatuhkan pin sebanyak 161. Begitu juga kepada Yazid yang diturunkan kembali  di minggu ke 12 ini, masih mencari-cari momentum dan hanya membuat balingan 122, 166 dan 150.Begitu juga dengan Grace dan Rozana yang hanya mampu membuat jatuhan sebanyak 552 (Grace), dan 547 ( Rozana) jauh dari keupayaan sebenar. Manakala Azizan dan Tariq juga kelihatan kehilangan rentak seperti ditunjukkan di minggu-minggu sudah dengan hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 539 ( Azizan) dan  544 (Tariq).

Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2795, TSI hanya mampu berada di tangga ke -6 dalam pungutan mata dan memperlihatkan Bowling City mendominasi minggu ke 12 ini dengan pungutan mata sebanyak 41 jauh meninggalkan pasukan lain. 

Dengan pungutan mata sebanyak 41 , Bowling city telah dinobatkan pertama kali sebagai “Team Of The Week” dan telah membuat persaingan yang sengit pada kejohanan kali ini.

Walaupun persembahan TSI  yang serba tidak menjadi di minggu ke -12 ini , namun dari segi kedudukan carta  tidak berubah  yang mana TSI masih lagi kekal di tangga teratas liga dan TSI terus meninggalkan jauh Lance &3Rdy yang terus merundum di minggu ke-12 ini dengan hanya mampu mengutip 10 mata sahaja.