Sekali lagi “SPINOX8” dinobatkan sebagai “Team Of The Week”

25 Jan 2018, Bowling City Jeddah- Kejar mengejar kedudukan tangga teratas liga terus berlaku lagi di minggu ke 10 ini dan dua pasukan yang begitu kuat di kejohanan ICBL ini iaitu Lance & 3Rdy dan juga pendatang baru TSI ( The Synergy International) masing-masing terus mencorakkan strategi . TSI yang baru-baru ini telah melancarkan produk Spinox8 di pasaran global seolah-olah telah menyuntik semangat baru kepada pemain-pemain TSI untuk terus melakar  “Team of The Week” pada minggu ke 10 ini. 

“Team Of The Week” – bukanlah satu tugas yang mudah dilakukan pada minggu ke -10 ini kerana cabaran dari pasukan lain seperti JP Gilas, FGS Bowlers, Bowling City dan Ekis Reload di samping pendahulu liga Lance &3rdy. Ini dapat di lihat pada ‘game’ yang pertama TSI berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 1011, di ‘game’ kedua pula TSI terus mempertahankan kedudukan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1020. Manakala di ‘game’ yang ketiga, TSI nampak keletihan dan hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 992, dan berterima kasih kepada Wan Kamal (Buldozer) yang melakukan jatuhan pin sebanyak 212 dan membantu Mustafa ( 191) , Tariq (195), Azizan (160) , Grace (169) dan Rozana (156). 

Di minggu ke 10 juga,pemain harapan dari wanita iaitu Rozana  tidak dapat melakukan tugasan yang sempurna kerana masalah kecederaan kaki kiri dan sedikit sebanyak mencacatkan rentak balingan. Rozana hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 145, 146 dan 156 dan dibawah keupayaan sebenar beliau. Kemungkinan besar Rozana akan direhatkan pada minggu hadapan dan akan memberi laluan pemain wanita lain untuk menggantikan beliau. 

 

Lance &3Rdy masih terus selamat di tangga pertama liga dan diikuti rapat oleh TSI dengan hanya perbezaan 7.5 mata sahaja yang memisahkan antara dua pasukan ini. Di tempat ketiga yang jauh ketinggalan adalah  FGS Bowlers yang mengutip mata sebanyak 247.5 di minggu ke 10 ini.