TSI Bowlers gagal memintas pasukan Lance & 3Rdy

17 Jan 2018 – Bowling City Jeddah- TSI gagal memintas kedudukan Lance &3Rdy  dan permainan agak merosot pada hari jumaat yang lepas setelah  liga di mulakan semula selepas bercuti selama sebulan. Pasukan Lance &3Rdy menarik nafas lega kerana TSI gagal mengekalkan tekanan terhadap pasukan mereka. 

Lance &3Rdy yang dibarisi pemain  Evelyn, Shirley,Mhon,Ding,Panco dan Ric mendominasi minggu ke -9 ini dengan membuat jatuhan pin sebanyak 994 ,1028 dan 950 sekali gus membolehkan sekali lagi dinobatkan sebagai “Team of The Week”. Pada game pertama Lance &3Rdy telah mengutip 11 mata hasil dari jatuhan tinggi diikuti oleh JP Gilas yang menjatuhkan pin sebanyak 987,  Manakala TSI yang memula agak perlahan hanya mampu  membuat jatuhan pin sebanyak 963 dan mengutip mata sebanyak 7.5. Di game yang kedua pula barisan TSI  terus merosot dan tercicir dari persaingan dan hanya mampu mengutip 2 mata dan berada di kedua tercorot. Pada game yang ketiga, TSI yang mendominasi balingan dan  Mustafa mencetuskan momentum  dengan membuat jatuhan pin sebanyak 229, di ikuti oleh  Yazid dengan jatuhan pin 199  dan Tariq  bangkit semula dengan jatuhan pin sebanyak 191.  Kebangkitan pada game ke-3 ini sekurang-kurangnya membolehkan TSI  mengutip mata 26.5 dan berada di tangga ke 6 carta mingguan.

Dari segi kedudukan liga pula TSI masih kekal di tanga ke dua dan pendahulu liga terus memecut dengan perbezaan 12.5  diikuti oleh JP GIlas yang telah melonjak ke tangga ke 3 dengan  jumlah mata sebanyak 219. TSI harus bangkit untuk minggu ke 10 ini untuk mengejar kembali penghulu liga  dan terus menjarakkan diri dari JP Gilas yang telah kembali menemui sentuhan dari kapten pasukan Randy.