MJBowlers Juara Kejohanan Bowling KRMR di Riyadh

Riyadh, 27 Oktober 2018 – Pasukan MJBowlers mencipta sejarah apabila menjuarai kedua2 kategori pasukan lelaki dan wanita di kejohanan bowling anjuran dan tajaan Kelab Rakyat Malaysia Riyadh (KRMR), Kedutaan Besar Malaysia Riyadh, flynas dan Aman Cargo di Riyadh baru-baru ini. Kejohanan bowling ini telah berlangsung di Universal Bowling Center, Riyadh.

Kejohanan bowling yang julung kali disertai oleh pasukan MJBowlers diketuai oleh Rohaizat bin Kamisan, beserta rakan-rakan sepasukan lelaki Mohd Sharizan bin Mohamad Saberi, Ahmad Sharifuddin bin Muhammad, Norazami bin Nordin dan Wan Kamal Azlan bin Wan Abu Bakar. Pasukan wanita pula diwakili oleh Azhanawati Abdul Wahab, Norashikin Ismail dan Hayatie Kamarudin beserta pemain dari Riyadh, Noraini Mustafa dan Putri Intan Adora Mohamad.

Pemain lelaki MJBowlers, Mohd Sharizan, atau lebih dikenali dengan nama manja Oto Shah, muncul Naib Juara kategori perseorangan lelaki. Pemain wanita MJBowlers, Azhanawati menjuarai kategori perseorangan wanita di kejohanan ini, manakala rakan sepasukan Hayatie pula muncul pemain ketiga terbaik kategori wanita.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, YBhg. Datuk Zainol Rahim Zainuddin.

Pasukan MJBowlers mengucapkan terima kasih dan syabas atas kejayaan penganjuran kejohanan bowling KRMR 2018. Semoga ukhwah yang terjalin di kejohanan ini berkekalan, InshaAllah. Rakan2 sepasukan juga ingin mengucapkan setinggi2 terima kasih atas sokongan dan bimbingan dari Coach Mus (Shahwall Mustafa) dan Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid sepanjang persiapan, latihan dan semasa kejohanan ini. Tidak lupa juga sekalung terima kasih buat semua ahli-ahli MJBowlers, keluarga dan rakan2 yang tidak putus memberikan sokongan. Semoga kejayaan ini berterusan di masa hadapan, InshaAllah.

 

MJBowlers Juara Pasukan Lelaki

 

MJR Rising Together Juara Pasukan Wanita

 

Oto Shah Naib Juara Kategori Perseorangan Lelaki

 

Azhanawati Juara Kategori Perseorangan Wanita

 

Hayatie Tempat Ketiga Kategori Perseorangan Wanita

 

MJBowlers diwakili oleh Wan Kamal Azlan, Azami Nordin, Kapten Pasukan Rohaizat Kamisan, Mohd Sharizan dan Ahmad Sharifuddin

 

MJR Rising Together diwakili oleh Noraini Mustafa, Putri Intan Adora Mohamad, Azhanawati, Hayatie dan Norashikin

 

Keputusan Kejohanan