Category: utama

Kejohanan Bulanan FTBJ : Pasangan Azami dan Nurhayati mencipta sejarah MJBowlers

Jeddah, 10 Februari 2019 – Kejohanan Bulanan untuk Januari 2019 dibawah anjuran FTBJ telah berlangsung di Bowling City pada 8 Februari 2019 yang lalu. Kejohanan Bulanan ini disertai oleh pemain2 dari Filipina, Saudi Arabia, United Kingdom, Syria dan Malaysia.

Sejarah Tercipta

Pasangan suami-isteri Azami Nordin dan Nurhayati Kamarudin mencipta sejarah MJBowlers apabila masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita di dalam kejohanan ini. Kejohanan kali ini juga menyaksikan pemain2 MJBowlers berjaya merebut 2 tempat teratas kategori lelaki.

Azami Kekal Fokus

Pada peringkat awal pusingan kelayakan kumpulan kelas A, Azami menempatkan diri di tempat keempat untuk layak ke pusingan seterusnya. Selepas menumpaskan 3 peserta lain di pusingan playoff, Azami bertembung pula dengan Jhune Estefano yang layak sebagai peserta tertinggi pusingan kelayakan kelas A. Azami menumpaskan Jhune dengan jumlah mata 207 berbalas 187 untuk layak ke pusingan akhir.

Dalam pusingan akhir, Azami mengekalkan fokus bagi menjuarai kejohanan ini selepas berjaya menumpaskan rakan sepasukan MJBowlers Oto Shah, serta pemain Filipina William Virgo dan Jimmy Urbano.

Nurhayati Semangat Kental

Nurhayati berjaya melayakkan diri di tempat pertama pusingan kelayakan kelas C, sebelum bertembung dengan rakan sepasukan MJBowlers Norimah Mohd Sidek di dalam pusingan separuh akhir. Persaingan sengit antara kedua-dua pemain MJBowlers ini berakhir dengan Nurhayati menumpaskan Norimah dengan jumlah mata 158 berbalas 140.

Dalam pusingan akhir, walaupun berhadapan dengan pemain2 berpengalaman Thess Grandia dan Evelyn Santoc, dengan semangat kental, Nurhayati berjuang sehingga ke saat akhir untuk memenangi kejuaraan kategori wanita.

Juara2 memenangi hadiah berbentuk wang tunai dan t-shirt khas FTBJ Monthly Champion.

Syabas diucapkan buat semua pemenang2 dalam kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat buat rakan2 lain untuk meneruskan perjuangan bagi mengecapi kejayaan dan mengharumkan nama MJBowlers, InshaAllah.

Keputusan Penuh

Kategori Lelaki

  1. Azami Nordin – Juara
  2. Oto Shah – Naib Juara
  3. Suhaimie Leong – Playoff Kelas B
  4. Azmi Junaidi – Playoff Kelas C
  5. Wan Kamal – Pusingan Kelayakan Kelas B

Kategori Wanita

  1. Nurhayati – Juara
  2. Rozana – Separuh Akhir Kelas B
  3. Norimah – Separuh Akhir Kelas C
  4. Hasnah – Playoff Kelas B
  5. Azhanawati – Playoff Kelas B
  6. Syeena – Playoff Kelas B

~WKA~

Pasangan suami-isteri Azami dan Nurhayati menjuarai kategori lelaki dan wanita
Dari kiri: Juara Bulan Januari 2019 Azami Nordin, Oto Shah (Kedua), William (Ketiga) dan Jimmy (Keempat)

Dari kiri: Juara Bulan Januari 2019 Nurhayati, Thess Grandia (Kedua) dan Evelyn Santoc (Ketiga)

FEDBG SPMBL-11, Minggu 10 – MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

Jeddah, 4 Februari 2019 – Masuk minggu ke-10 bermulalah pusingan kedua Liga Saturday PM League (SPMBL) anjuran FEDBG, dibawah kelolaan Pip Planas.

Pada minggu ke-10 ini, MJBowlers bertembung semula dengan pasukan Lanes Snap Shot untuk kali kedua berturut2. Strategi pada kali ini adalah menurunkan 2 pemain wanita iaitu Lynn Lopez dan Carmen Bernaro untuk memanfaatkan kelebihan ‘handicap’ yang agak tinggi berbanding pemain2 MJBowlers. Pasukan lawan juga menurunkan pemain berpengalaman Jay Bengco dan Gary Raymundo bagi melengkapkan barisan pemain.

Walaupun berhadapan dengan strategi ini, MJBowlers mampu menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Gandingan pemain2 MJBowlers minggu ini, Wan Kamal (posisi driver), Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah (posisi anchor), juga berjaya mengutip sejumlah 14 mata ranking mingguan untuk mengumpul sejumlah 32 mata keseluruhan liga.

MJBowlers masih lagi utuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 283 mata, diikuti oleh JBS Pro-S (275), Triple XXX (248) dan Pinkyrosedelight (242). Semoga momentum yang baik ini dapat di kekalkan untuk minggu2 seterusnya, InshaAllah.

Persaingan semakin sengit diantara pasukan2, dan pasukan MJBowlers akan berhadapan dengan beberapa lagi pasukan2 yang agak kuat dan berpengalaman. Pemain2 disarankan untuk meneruskan latihan bagi memantapkan lagi permainan, InshaAllah.

~WKA~

Gandingan Wan Kamal, Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah berjaya menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot
Minggu-10: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

MJBowlers League 2018 Bowlfest : Oto Shah Juara Lelaki; Norashikin Ismail Juara Wanita

12 Januari 2019, Jeddah – Seusai 5 bulan pusingan kelayakan MJBowlers League 2018 Bowlfest, satu pertandingan akhir telah diadakan bertempat di Bowling City, Jeddah untuk menentukan kejuaraan diantara pemain-pemain MJBowlers. Didalam pertandingan akhir tersebut, Oto Shah muncul juara kategori lelaki, manakala Norashikin Ismail menjuarai kategori wanita.

Oto Shah Tenang Menumpaskan Lawan

Seramai 10 pemain layak ke pusingan akhir kejohanan untuk kategori lelaki. 3 pemain tempat teratas pusingan kelayakan, Azami Nordin (1), Oto Shah (2), dan Wan Kamal (3) mendapat kelebihan menunggu di peringkat akhir “sudden death step-ladder”. 7 pemain lain, Abdul Rashid (4), Ahmad Sharifuddin (5), Azizan (6), Suhaimie (7), Rohaizat (8), Mazlan (9) dan Azmi Junaidi (10) memasuki pusingan “play-off” bagi merebut empat tempat ke pusingan “sudden death step-ladder”.

Selepas 3 permainan pusingan “play-off”, Abdul Rashid berjaya merebut tempat teratas, diikuti oleh Rohaizat dan Suhaimie. Satu pusingan “sudden-death roll-off” dijalankan diantara Ahmad Sharifuddin dan Azmi Junaidi yang seri selepas 3 permainan, untuk menentukan tempat terakhir yang layak untuk masuk ke pusingan seterusnya. Keadaan agak tegang apabila kedua-dua pemain terus seri,  yang akhirnya dimenangi oleh Azmi Junaidi selepas balingan kelima.

Di pusingan seterusnya, Azmi Junaidi berjaya menumpaskan Suhaimie dengan jumlah mata 182 berbalas 152. Namun di pusingan berikutnya, Azmi Junaidi tumpas pula kepada Rohaizat dengan jumlah mata 156 berbalas 190. Rohaizat meneruskan aksi hebatnya dengan mengalahkan Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid dengan jumlah mata 181 berbalas 156 sebelum menumpaskan Wan Kamal di pusingan seterusnya dengan jumlah mata 185 berbalas 167. Aksi hebat Rohaizat tamat di peringkat separuh akhir apabila Oto Shah dengan tenang memenangi perlawanan dengan jumlah mata 191 berbalas 215.

Oto Shah memastikan kejuaraan mutlak milik beliau dengan mengalahkan Azami Nordin di peringkat akhir kejohanan dengan jumlah mata 233 berbalas 189. Dengan kejuaraan ini, Oto Shah memenangi hadiah bola bowling Motiv Trident sumbangan Coach Mus (Shawall Mustafa), beserta piala, wang tunai dan barangan kelengkapan bowling.

 

Aksi “Giant Killer” Norashikin Menggegarkan Suasana

7 pemain wanita layak ke pusingan akhir kejohanan pada kali ini, menggunakan format pertandingan “sudden-death stepladder” untuk menentukan kejuaraan mutlak kategori ini. Azhanawati layak di tempat pertama pusingan kelayakan, diikuti oleh Syeena, beserta Rozana (3), Hasnah (4), Norashikin (5), Yatie (6) dan Norimah (7).

Di permainan pertama, Yatie berjaya menumpaskan Norimah dengan jumlah mata 138 berbalas 116, untuk bertembung dengan Norashikin di peringkat seterusnya. Namun Yatie tumpas pula di peringkat ini kepada Norashikin dengan jumlah mata 144 berbalas 153. 

Dengan semangat kemenangan ini, Norashikin memulakan aksi hebat “giant killer” beliau menuju ke puncak kejayaan. Di permainan ketiga, selepas seri dengan jumlah mata 162-162, Norashikin menumpaskan Hasnah selepas satu pusingan “sudden death roll-off” dijalankan. Di pusingan seterusnya, kedua-dua pemain menggegarkan arena bowling oleh satu pertandingan sengit yang berakhir apabila Norashikin menumpaskan Rozana dengan jumlah mata 223 berbalas 191.

Norashikin mengorak langkah ke pusingan akhir apabila berjaya menumpaskan bintang muda MJBowlers Syeena di peringkat separuh akhir dengan jumah mata 191 berbalas 184. Di peringkat akhir yang agak tegang, Norashikin berjaya memastikan kejuaraan mutlak milik beliau apabila menumpaskan Azhanawati dengan jumlah mata 149 berbalas 120. Dengan kejuaraan ini, Norashikin memenangi hadiah bola bowling Brunswick Nexxus sumbangan Coach Mus (Shawall Mustafa), beserta piala, wang tunai dan barangan kelengkapan bowling.

Tahniah diucapkan buat semua pemain-pemain diatas aksi-aksi hebat di pusingan akhir, dan sepanjang kejohanan ini. Diharap kejohanan seperti ini sedikit sebanyak dapat memperbaiki mutu permainan semua pemain-pemain di masa hadapan, InshaAllah.

Untuk keputusan penuh, dan gambar-gambar peserta, sila skrol kebawah.

Layari laman FB MJBowlers untuk melihat lebih banyak gambar-gambar sepanjang kejohanan didalam album.

~WKA~

Keputusan Penuh Kategori Lelaki: Oto Shah Muncul Juara
Keputusan Penuh Kategori Wanita: Norashikin Muncul Juara
5 pemain teratas pusingan kelayakan kategori lelaki  (dari kiri): Ahmad Sharifuddin (5), Abdul Rashid (4), Wan Kamal (3), Oto Shah (2) dan Azami Nordin (1)
5 pemain teratas pusingan kelayakan kategori wanita (dari kiri): Norashikin (5), Hasnah (4), Rozana (3), Syeena (2), Azhanawati (1)
Pemenang-pemenang kategori lelaki (dari kiri): Juara Oto Shah, Naib Juara Azami Nordin, Tempat Ketiga Haji Rohaizat, Wan Kamal (4), Abdul Rashid (5), Azmi Junaidi (6) dan Suhaimie Leong (7)
Pemenang-pemenang kategori wanita (dari kiri): Juara Norashikin, Naib Juara Azhanawati, Tempat Ketiga Syeena, Rozana (4) dan Hasnah (5)
Hadiah Kejohanan MJBowlers 2018 Bowlfest
Juara Kategori Lelaki: Oto Shah bersama Norimah Sidek dan Nuh
Juara Kategori Wanita Norashikin bersama Ahmad Sharifuddin

Keputusan FTBJ Monday Night League: MJBowlers Naib Juara

Jeddah, 8 Januari 2019 – Satu perlawanan pusingan akhir telah berlangsung pada hari Isnin, 7 Januari 2019 sebagai penutup tirai Kejohanan Monday Night League, anjuran Filipino Tenpin Bowling Jeddah (FTBJ). Untuk liga ini, pasukan MJBowlers diketuai oleh Ahmad Sharifuddin bin Muhammad selaku kapten pasukan, sambil dibantu oleh Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai penasihat teknikal dan strategi.

Seusai 15 pusingan liga, pasukan MJBowlers berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir “stepladder” di tempat kedua di belakang pasukan Bowling City yang diketuai oleh Igna Salgado. Pasukan-pasukan lain pula berentap di “play-off round” untuk mencari satu pasukan lagi yang akan memasuki pusingan “stepladder”. Selepas saingan sengit sebanyak 2 perlawanan, pasukan Deaf Club Jeddah (DCJ) dari Saudi Arabia berjaya menempatkan diri di tangga teratas pusingan “play-off round” dan melayakkan diri untuk bertemu pasukan MJBowlers di dalam “stepladder finals”.

Pasukan MJBowlers diwakili oleh Mohd Sharizan (Oto) di posisi driver, bersama-sama Azizan Abdul Aziz, Abdul Rashid dan Norazami Nordin bermain di posisi anchor. Pasukan DCJ pula diwakili oleh pemain-pemain tempatan, Mohsein, Bilal, Fahd dan Bassam. Dalam perlawanan ini, strategi MJBowlers untuk menyekat kemaraan DCJ dengan mengawal permainan sejak dari awal lagi, dan mematahkan rentak pemain-pemain DCJ yang lebih selesa dengan permainan yang pantas. 

Di pusingan akhir, MJBowlers bertembung pula dengan pasukan tempat yang layak di tempat pertama, Bowling City. Pasukan BC ini diwakili oleh pemain kelahiran Saudi Arabia, Kamal Felemban (Kemo) bersama-sama Romel Gallasinao Agbayani, Igna Salgado dan Sammy. Kemo baru-baru ini telah menjuarai Kejohanan Bowling Saudi Arabia Ke-15, anjuran Persatuan Bowling Saudi Arabia. Pasukan MJBowlers mengekalkan pemain-pemain dari perlawanan pertama dengan hanya pertukaran strategi minimal dimana Wan Kamal bermain di posisi anchor.

Walaupun memberikan tentangan yang sengit, pasukan MJBowlers tumpas dengan jumlah mata scratch 776 berbalas 813.

Perjalanan dan perjuangan MJBowlers masih belum tamat, dan pencapaian pasukan dibawah bimbingan Ahmad Sharifuddin untuk musim ini boleh dibanggakan. Semoga pencapaian ini menjadi pencetus semangat dan pemangkin untuk semua pemain-pemain berusaha dengan lebih giat untuk mengharumkan nama pasukan MJBowlers di masa hadapan, InshaAllah.

Pasukan MJBowlers juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih buat Coach Mus (Shawall Mustafa) yang sentiasa sudi dan sabar untuk memberikan bimbingan dan dorongan sepanjang perjalanan liga ini. Tidak lupa juga penghargaan buat ahli keluarga MJBowlers yang turut datang memberikan sokongan semasa pertandingan akhir dan juga sepanjang kejohanan ini.

Untuk pusingan seterusnya, pasukan MJBowlers akan di pimpin oleh pemain berkaliber, Mazlan Yaakob, serta dibantu oleh Azizan Abdul Aziz. Semoga kejuaraan milik MJBowlers pula kali ini, InshaAllah.

~WKA~

Pasukan MJBowlers (dari kiri): Norazami Nordin (OSU), Mohd. Shahrizan (Oto), Wan Kamal (Bulldozer), Hj. Rohaizat Kamisan, Mazlan Yaakob, Kapten Liga Isnin Ahmad Sharifuddin, Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid dan Azizan Abdul Aziz (The Stinger).
Keptutusan Perlawanan Akhir MJBowlers tumpas kepada Bowling City 776 – 813

 

Skrol ke bawah untuk melihat gambar-gambar sekitar perlawanan akhir Liga Monday Night.

 

 

Bowling Berpasukan 2017

Salam semua warga Malaysia di Jeddah / Wilayah Barat Saudi Arabia. Satu Pertandingan Bowling akan di adakan pada 22/4 bertempat di Jeddah lane,Jeddah. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama Kelab Malaysia Hijazi (KMH) dan MJ Bowlers. Secara sepintas lalu pertandingan ini merupakan TEAM EVENT dan di bawah ini ingin saya kongsikan serba ringkas cara pertandingan ini akan di jalankan :

1. Team dengan format 3 lelaki +1 wanita atau 2 lelaki +2 Wanita atau semua 4 orang wanita. Sekirannya pasukan menghantar 4 peserta lelaki potongan markah sebanyak 40 mata.

– Bagi wanita ( bukan MJ) kita akan berikan HC sebyk 30 mata, manakala lelaki (bukan MJ ) HC sebanyak 20 mata. Mata/Markah tambahan ini akan diberikan pada setiap game dan akan di campur pada jumlah balingan individu pemain.

Manakala semua pemain MJ bowlers tidak akan diberikan sebarang HC baik lelaki ataupun wanita,

2. Pertandingan sebanyak 3 game series.

3. Kejohahan ini akan merebut :
a. Juara /N,Juara / Ketiga – Team Event.
b. Juara Perseorangan /N.Juara /Ketiga – Lelaki dan Wanita

4. Pasukan yang bertanding diwajibkan menggunakan pakaian seragam tetapi wanita dikecualikan. – Potongan sebanyak 10 mata sekiranya gagal memakai pakaian seragam.

4. Tarikh yang dicadangkan : 22/4/2017

5. Lokasi yang dicadangkan : Jeddah Lane atau Ice Land

6. Bayaran penyertaan SR200 untuk satu pasukan.

Syarat-syarat dan Format

Kejohanan Bowling Agong 2016

Kejohanan Piala Agong ini merupakan acara kemuncak bagi seri pertandingan bowling di wilayah selatan Jeddah. Pertandingan ini diilhamkan oleh Konsulat Malaysia Jeddah, manakala MJ Bowlers telah diamanahkan untuk menguruskan
pertandingan ini. Piala Agong ini merupakan acara tahunan dan beberapa kategori yang di pertandingkan.

Kategori yang di pertandingkan untuk kejohanan Piala Agong:

a. Kategori Lelaki A
b. Kategori Lelaki B
c. Golden Bowler
d. Kategori Wanita A
e. Kategori Wanita B
f. Kanak-Kanak.

Kategori Lelaki A:
Untuk Kategori ini melibatkan penyertaan dari peserta yang mempunyai purata jatuhan pin minimum 170 keatas, dan kebanyakan peserta ini mewakili rakyat Malaysia yang bermain di liga antarabangsa.

Kategori Lelaki B:
Kategori ini dibuka untuk pemain novice yang purata jatuhan pin sekitar 160 ke bawah. Kategori ini merupakan asas bagi kami untuk melihat potensi peserta yang boleh diserapkan dan diketengahkan untuk liga-liga antrabangsa yang diadakan di Jeddah Arab saudi.

Kategori Golden Bowler:
Kategori ini merupakan acara baru yang diperkenalkan tahun ini, ianya mendapat maklum balas dari rakyat Malaysia yang mana had umur 48 tahun keatas ingin bertanding dan dikelaskan sebagai Golden Bowler.

Kategori Wanita A:
Untuk Kategori ini melibatkan penyertaan dari peserta yang mempunyai purata jatuhan pin minimum 110 keatas, dan kebanyakan peserta ini mewakili rakyat Malaysia yang bermain di liga antarabangsa.

Kategori Wanita B:
Kategori ini dibuka kepada yang berumur 13 tahun keatas dan penyertaan terbuka kepada warga Malaysia di wilayah selatan Arab Saudi.

Kategori Kanak-kanak:
Kategori ini dibuka kepada kanak-kanak berumur di bawah umur 13 tahun. Minimum umur untuk penyertaan kejohahan ini adalah 6 tahun ke atas.

Riadah Mingguan -MJ Bowlers

Sudah menjadi kebiasaan bagi ahli MJ Bowlers berkumpul di hujung minggu samada dengan acara makan-makan ataupun berkumpul di Bowling Center untuk sesi latihan mingguan.

Aktiviti lain seperti acara berkonvoi ke madinah ataupun berkumpul di “Private Compound” untuk majlis BBQ atau pun acara keagamaan.

 

Pendaftaran Kejohanan Bowling Agong 2016

Kejohanan ini akan berlangsung pada 21/5/2016 bersamaan pada hari sabtu bertempat di Jeddah Lane. Pertandingan ini akan berlangsung dari pukul 08:00 pagi sehingga 16:30 petang.

Setakat pada 10/5/2015 (tarikh tutup) kami telah menerima penyertaan sebanyak 150 dari semua kategori yang diiklankan.

Apa yang disediakan kepada peserta:

-Bayaran sebanyak SR20 dikenakan untuk menampung bayaran lane.Tiada unsur judi dalam pertandingan ini yang mana yuran dibayar hanya untuk lane, manakala hadiah pertandingan adalah hasil dari sponsor-sponsor
-Peserta akan menerima kupon makan yang anggaran bernilai SR 30.
-Peserta akan menerima kupon cabutan bertuah.
-Peserta akan diberi baju kejohanan percuma (bergantung kepada stock dan saiz yang ada)
-Ruang billiards (8 meja) telah ditempah dan boleh diguna secara percuma dari pukul 11 pagi hingga 16:30 petang.Billiards ini dibayar oleh pengurusan pertandingan bagi membolehkan peserta yang merehatkan diri sambil menunggu sehingga kejohahan ini tamat.
-6 Kategori kejuaraan dipertandingkan.

Untuk mengetahui lokasi dan aturcara pertandingan: -> Kejohanan Bowling Agong 2016