Category: Saturday PM FEDBJ

SPMBL-11 : MJBowlers Muncul Naib Juara Keseluruhan

Jeddah, 15 April 2019 – Pasukan MJBowlers muncul Naib Juara Liga Kejohanan SPMBL siri ke-11 anjuran FEDBG. Pusingan akhir stepladder akhir kejohanan telah berlangsung pada 13 April 2019, di Bowling City. 3 pasukan teratas pusingan kelayakan kejohanan, Triple XXX (seed pertama), MJBowlers (seed kedua) dan Darbakadz (seed ketiga), menunggu di pusingan akhir stepladder.

3 pasukan lagi, Lance & 3rdy, PinkyRose Delights dan Bowlfriends, perlu mengharungi 1 perlawanan penentuan bagi menempah tempat untuk layak ke pusingan akhir stepladder. Perlawanan 3 penjuru itu menyaksikan pasukan Bowlfriends layak ke pusingan akhir stepladder, untuk mencabar pasukan seed ketiga, Dabarkadz.

Nyata kelebihan handicap pasukan ‘underdog’ Bowlfriends yang diketuai oleh Allan Narciso, membantu untuk menumpaskan pasukan berpengalaman Dabarkadz, yang diketuai oleh Leo Edjer, dan menempah tempat untuk bertembung pula dengan pasukan MJBowlers di peringkat seterusnya.

Pasukan MJBowlers membariskan pemain berpengalaman Suhaimie Leong di posisi driver, beserta Azhanawati Abdul Wahab, Azmi Junaidi, dan pemain berbakat Oto Shah di posisi anchor untuk menggalas cabaran kejohanan. Gandingan mantap ini mudah menundukkan pasukan Bowlfriends, yang seakan-akan ketandusan idea untuk menangani serangan dari pasukan MJBowlers.

MJBowlers seterusnya berhadapan dengan pasukan seeded pertama, Triple XXX, di pusingan akhir bagi merebut kejohanan mutlak SPMBL siri ke-11 ini. Pasukan lawan membariskan pemain kebangsaan Saudi Arabia, Kamal (Kemo) Filimban di posisi driver, beserta Natty Caringal, Rene Punzalan, dan pemain berpengalaman Rey Beltran (RXB) di posisi anchor. Triple XXX mempunyai kelebihan “twice to beat”, sebagai pasukan seeded pertama, di mana mereka perlu dikalahkan dua kali berturut-turut untuk MJBowlers memenangi perlawanan akhir ini.

Pertembungan akhir antara pasukan terkuat kejohanan ini menyaksikan perlawanan yang sengit, di mana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan bertukar kedudukan pendahuluan. Walaupun berhadapan dengan tentangan kuat dari Triple XXX, pasukan MJBowlers masih mampu menyahut cabaran, dan berjuang sehingga ke balingan terakhir.

Perlawanan akhir tamat dengan memihak kepada Triple XXX yang mengumpul sejumlah 761 mata berbalas 756 mata yang dikumpulkan oleh MJBowlers. Dengan kemenangan ini, Triple XXX dinobatkan sebagai juara keseluruhan liga SPMBL siri ke-11.

Syabas diucapkan buat semua pemain-pemain MJBowlers yang berjuang pada peringkat akhir ini, dan juga sepanjang kejohanan ini berlangsung. Sekalung terima kasih juga kepada rakan-rakan dan keluarga MJBowlers di Saudi Arabia dan Malaysia, beserta Coach Mus (Shawall Mustafa), yang tidak putus dan jemu memberikan sokongan dan dorongan. Semoga kejayaan yang lebih besar dan berpanjangan menanti buat pasukan MJBowlers pada masa hadapan nanti, InshaAllah.

Saksikan rakaman siaran langsung FB Live di laman FB MJBowlers, klik di sini.

  1. Perlawanan MJBowlers vs Bowlfriends : minit ke 00:35:00 seterusnya
  2. Perlawanan MJBowlers vs Triple XXX : minit ke 1:39:25 seterusnya.

~WKA~

 

Barisan pemain2 pusingan akhir: Azmi Junaidi, Oto Shah, Suhaimie Leong dan Azhanawati Abdul Wahab, bersama2 AJK media Wan Kamal Azlan dan Kapten MJBowlers Abdul Rashid

Format pertandingan akhir liga SPMBL-11
Keputusan Penuh Perlawanan antara MJBowlers dan Bowlfriends
Keputusan Penuh Perlawanan Akhir MJBowlers dan Triple XXX

SPMBL-11 Minggu 17: MJBowlers Kekal Tempat Pertama

Jeddah, 26 Mac 2019 – Minggu ke-17 liga SPMBL-11 anjuran FEDBG menyaksikan MJBowlers kekal di tempat pertama selepas menumpaskan pasukan Bowlfriends.

Dengan kemenangan minggu ini, MJBowlers mencatatkan kemenangan untuk 2 minggu berturut2. Azmi Junaidi muncul MVP untuk minggu ini dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 645. Turut beraksi pada minggu ini adalah Kapten MJBowlers, Abdul Rashid berserta Oto Shah dan Norashikin Ismail.

Liga hanya berbaki 1 minggu sahaja lagi untuk semua pasukan memastikan posisi masing2 sebelum memasuki pusingan akhir stepladder. Nyata strategi untuk minggu seterusnya amat kritikal bagi memastikan MJBowlers kekal di tempat teratas. Tiada yang mustahil bagi pasukan MJBowlers untuk mencapai kejayaan, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan pasukan Bowlfriends untuk kekal di tempat pertama liga
16 mata memisahkan antara MJBowlers di tempat pertama dan Triple XXX

SPMBL-11 Minggu 15: MJBowlers Tumpas Lagi, Yakin Boleh Bangkit Semula

Jeddah, 10 March 2019 – Minggu ke-15 SPMBL-11 berlangsung di Bowling City, menyaksikan MJBowlers bertemu dengan pasukan Dabarkadz yang diketuai oleh Leo Edjer. Selain Leo, pasukan lawan menurunkan 2 pemain kelas B, Bing Amolo dan Rommel Cagampang, bersama2 Tess Grandia.

MJBowlers membariskan Mazlan Yaakob di posisi ‘driver’, Hayati Kamaruddin, Azmi Junaidi dan Oto Shah bertindak sebagai pemain ‘anchor’. Walaupun memberikan tentangan yang kuat, MJBowlers tumpas di tangan Dabarkadz dengan jumlah mata perlawanan 2-20.

Permainan cemerlang Bing Amolo yang menjatuhkan sejumlah 656 pin berserta kapten pasukan Leo (612) nyata membuahkan hasil bagi menumbangkan pasukan MJBowlers.

Walaupun jatuh ke tempat kedua dengan kekalahan minggu ini, MJBowlers masih lagi berpeluang untuk merampas semula tempat pertama liga. Lawan untuk minggu seterusnya adalah pasukan Triple XXX yang mendahului liga dengan perbezaan 5 mata sahaja dengan MJBowlers. Ternyata minggu ke-16 yang akan datang ini amat penting dan kritikal.

Dengan usaha semua pemain2 dan semangat juang yang tinggi, pasukan MJBowlers pasti boleh bangkit semula dan mencapai kejayaan sekali lagi untuk minggu seterusnya, InshaAllah. Ayuh MJBowlers!

Respect All, Fear None, Roll High.

~WKA~

MJBowlers Tumpas Kepada Dabarkadz 20-2
MJBowlers Berada Di Tempat Kedua Dengan Perbezaan 5 Mata
Minggu ke-16 akan menyaksikan perlawanan antara 2 pasukan teratas liga, MJBowlers vs Triple XXX

SPMBL-11 Minggu 14: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Walaupun Tumpas

Jeddah, 3 March 2019 – Pusingan minggu ke-14 liga SPMBL-11 berlangsung di Bowling City, Sabtu lalu dibawah anjuran FEDBG.

Untuk pusingan minggu ke-14 ini, MJBowlers bertembung dengan pasukan BCT Strivers yang membariskan pemain Amri, Edward Botardo, Romel Agbayani dan Melody Agbayani. MJBowlers mengekalkan barisan pemain2 dari minggu lepas iaitu Suhaimie Leong, Hasnah Mohamad Dan, Oto Shah dan Kapten MJBowlers Abdul Rashid.

Malangnya strategi kali ini kurang menjadi apabila MJBowlers tumpas kepada pasukan lawan dengan jumlah mata perlawanan 8-14. Dengan jumlah mata tambahan dari ranking mingguan sebanyak 9 mata, MJBowlers berjaya mengumpul sejumlah 17 mata untuk minggu ke-14 ini.

MJBowlers masih lagi utuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 408 mata, diikuti oleh Triple XXX (383) dan Dabarkadz (341).

Ayuh MJBowlers! Mari sama2 kita berusaha lebih keras lagi untuk memantapkan permainan dan bangkit dari kekalahan ini. Dengan semangat dan usaha dari semua pemain2, InshaAllah kejayaan akan menjadi milik kita.

MJBOWLERS : Respect All, Fear None, Roll High

~WKA~

Barisan Pemain MJBowlers minggu ke-14, dari kiri: Suhaimie Leong, Oto Shah, Abdul Rashid dan Hasnah, bersama2 Azami Nordin (tengah)
MJBowlers Tumpas Kepada BCT Strivers dengan jumlah mata 8-14
MJBowlers masih kekal di tempat pertama liga SPMBL-11

SPMBL-11 Minggu 13: MJBowlers Cemerlang, Oto Shah MVP

Jeddah, 24 Februari 2019 – Minggu ke-13 liga SPMBL-11 menyaksikan pertembungan MJBowlers dengan pasukan Day Lights yang diketuai oleh Lito Zamudio.

Untuk minggu ini, pasukan Day Lights menurunkan barisan pemain Lito Zamudio di posisi ‘driver’, pemain kelas Ladies B+ Lourdes Punzalan, Jaime Reynoso dan Joey Calapatia di posisi ‘anchor’.

Namun strategi ini tidak menjadi apabila MJBowlers menang mudah dengan membelasah pasukan lawan dengan jumlah mata 22 berbalas kosong. Aksi cemerlang barisan pemain2 MJBowlers: Suhaimie Leong di posisi ‘driver’, Hasnah Mohamad Dan, Kapten MJBowlers Abdul Rashid dan Oto Shah di posisi ‘anchor’ juga memastikan mata ranking maksimum milik MJBowlers pada minggu ini. Oto Shah muncul MVP untuk pasukan MJBowlers pada minggu ini dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 647 mata.

MJBowlers mengekalkan rekod tanpa kalah selama 9 minggu berturut2 untuk mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga dengan sejumlah 391 mata. Di tempat kedua adalah Triple XXX (341 mata) dan diikuti oleh Pinkyrosedelight (324 mata) di tempat ketiga.

Lawan menanti pada minggu ke-14 adalah pasukan BCT Strivers. Pemain2 MJBowlers disarankan untuk meneruskan latihan bagi memantapkan permainan. InshaAllah dengan usaha keras dari semua pemain2, kejayaan akan menjadi milik kita.

~WKA~

Barisan pemain MJBowlers, dari kiri: Abdul Rashid, Suhaimie Leong, Hasnah dan Oto Shah
MJBowlers menumpaskan pasukan Day Lights 22-0
MJBowlers mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga

SPMBL-11 Minggu 12: Sengatan Berbisa Azizan ‘The Stinger’ Penyuntik Semangat MJBowlers

Jeddah, 17 Februari – Minggu ke-12 liga SPMBL Siri 11, yang berlangsung di Bowling City, menemukan pasukan MJBowlers dengan pencabar terdekat JBS Pro-S. Pasukan lawan menurunkan gandingan pemain kelas A Nezar Alhamwi, Ester Santoc, Jose Bay-ag dan Cesar Pagtaluna.

Bagi menangani kekuatan pasukan ini, MJBowlers menurunkan Azami Nordin di posisi ‘driver’ berserta Norashikin Ismail, Azizan Abdul Aziz dan Oto Shah di posisi ‘anchor’.

Sengatan Azizan Berbisa

Seperti yang di jangka, perlawanan antara kedua-dua pasukan teratas liga ini agak sengit. MJBowlers tumpas di Game 1 dengan hanya perbezaan 8 pin. Walaupun kalah di awal pusingan perlawanan, semangat juang pasukan MJBowlers tidak tergugat. Nyata, sengatan berbisa Azizan ‘The Stinger’ menjadi suntikan semangat untuk rakan2 sepasukan bangkit semula di perlawanan seterusnya. Dengan sejumlah 652 jatuhan pin, Azizan muncul MVP untuk MJBowlers pada minggu ini.

MJBowlers berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Berserta dengan 15 mata ranking, MJBowlers mengumpul sebanyak 33 mata pada minggu ke-12 ini.

Pasukan MJBowlers masih lagi kukuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 349 mata, diikuti oleh Triple XXX (315), manakala JBS Pro-S jatuh ke tangga ketiga dengan 300 mata.

Minggu seterusnya akan menyaksikan MJBowlers bertembung pula dengan pasukan Day Lights yang diketuai oleh pemain berpengalaman Lito Zamudio. Semoga kejayaan milik kita, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan JBS Pro-S 18-4 pada minggu ke-12 SPMBL-11

MJBowlers kekal di tempat pertama liga SPMBL-11

FEDBG SPMBL-11, Minggu 11: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

Jeddah, 11 Februari 2019 – MJBowlers berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama dalam liga SPMBL siri ke 11 pada pusingan minggu 11.

Berlangsung di Bowling City, perlawanan minggu ini menemukan MJBowlers dengan pasukan Lance 3rdy. Pasukan lawan dibarisi oleh kapten pasukan Evelyn Santoc, Steve Frogata, Eric Columa dan Robert Stone. MJBowlers pula menurunkan gandingan Suhaimie Leong, Oto Shah, Azhanawati dan Wan Kamal.

Dalam perlawanan sengit minggu ke-11 ini, MJBowlers berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 20 berbalas 2. Dengan tambahan 13 mata ranking, MJBowlers berjaya mengumpulkan sejumlah 33 mata untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama di dalam liga.

Minggu seterusnya akan menyaksikan MJBowlers bertembung dengan pasukan di tangga kedua, JBS Pro-S yang berusaha keras untuk mengejar tempat pertama. Nyata strategi untuk minggu hadapan agak kritikal untuk MJBowlers bagi menghadapi pasukan yang kuat ini. Semoga kejayaan milik MJBowlers, InshaAllah.

Respect All, Fear None, Roll High.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan Lance 3rdy 20-2 pada minggu 11 SPMBL-11
MJBowlers mengekalkan kedudukan di tempat pertama liga SPMBL-11

FEDBG SPMBL-11, Minggu 10 – MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

Jeddah, 4 Februari 2019 – Masuk minggu ke-10 bermulalah pusingan kedua Liga Saturday PM League (SPMBL) anjuran FEDBG, dibawah kelolaan Pip Planas.

Pada minggu ke-10 ini, MJBowlers bertembung semula dengan pasukan Lanes Snap Shot untuk kali kedua berturut2. Strategi pada kali ini adalah menurunkan 2 pemain wanita iaitu Lynn Lopez dan Carmen Bernaro untuk memanfaatkan kelebihan ‘handicap’ yang agak tinggi berbanding pemain2 MJBowlers. Pasukan lawan juga menurunkan pemain berpengalaman Jay Bengco dan Gary Raymundo bagi melengkapkan barisan pemain.

Walaupun berhadapan dengan strategi ini, MJBowlers mampu menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Gandingan pemain2 MJBowlers minggu ini, Wan Kamal (posisi driver), Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah (posisi anchor), juga berjaya mengutip sejumlah 14 mata ranking mingguan untuk mengumpul sejumlah 32 mata keseluruhan liga.

MJBowlers masih lagi utuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 283 mata, diikuti oleh JBS Pro-S (275), Triple XXX (248) dan Pinkyrosedelight (242). Semoga momentum yang baik ini dapat di kekalkan untuk minggu2 seterusnya, InshaAllah.

Persaingan semakin sengit diantara pasukan2, dan pasukan MJBowlers akan berhadapan dengan beberapa lagi pasukan2 yang agak kuat dan berpengalaman. Pemain2 disarankan untuk meneruskan latihan bagi memantapkan lagi permainan, InshaAllah.

~WKA~

Gandingan Wan Kamal, Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah berjaya menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot
Minggu-10: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

FEDBG SPMBL-11, Minggu 9: MJBowlers Sapu Bersih Lagi, Teguh Di Tempat Pertama

Jeddah, 28 Januari 2019 – Kemaskini minggu ke-9 Saturday PM Bowling League (SPMBL) anjuran FEDBG, pasukan MJBowlers meneruskan aksi cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga.

Lawan kali ini adalah pasukan Lanes Snap Shot yang diwakili oleh pemain2 berkebolehan tinggi, dimana Richard B. Antonio dan Lynn Lopez masing2 merupakan Juara FEDBG Bowler of the Year 2018 kategori lelaki dan wanita, bersama2 Jay Bengco dan Gary Raymundo.

Permainan MJBowlers yang mantap dari gandingan Hasnah, Azami Nordin, Oto Shah dan Azmi Junaidi nyata dapat mematahkan strategi pasukan lawan dengan menyapu bersih keseluruhan markah perlawanan 22 mata berbalas kosong. Dengan markah tambahan ranking berjumlah 10 mata, pasukan MJBowlers berjaya mengumpul sejumlah 32 mata pada minggu ini untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama.

Persaingan kedudukan liga agak sengit di mana hanya sejumlah mata kecil sahaja yang membezakan antara pasukan2 teratas: MJBowlers (251), JBS Pro-S (240), Triple XXX (212).

Semoga permainan mantap minggu ini dapat di teruskan untuk minggu2 seterusnya, InshaAllah. Pemain2 MJBowlers digalakkan untuk meneruskan latihan intensif bagi meningkatkan lagi mutu permainan.

~WKA~

Nota tepi: Terdapat kesilapan dari pihak FEDBG sebelum ini. Artikel telah dikemaskini untuk memperbetulkan kedudukan dan jumlah mata semua pasukan di dalam liga.

MJBowlers menyapu bersih keseluruhan mata perlawanan 22 berbalas kosong
MJBowlers mengukuhkan kedudukan di tempat pertama

 

FEDBG SPMBL-11, Minggu 8: MJBowlers Menguatkan Kedudukan Di Persada Liga

Jeddah, 22 Januari 2019 – Kemaskini minggu ke-8 Saturday PM League anjuran FEDBG, pasukan MJBowlers mempamerkan aksi cemerlang untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama liga kejohanan. 

Bertempat di Bowling City Sabtu lepas (19/01/19), pasukan MJBowlers bertembung dengan pasukan Dabarkads yang diwakili oleh pemain berpengalaman Lito Zamudio, Bing Amolo, Leo Edejer dan Tess Grandin. Namun, gandingan mantap Suhaimie Leong, Hasnah, Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid dan Juara Bowlfest 2018 Oto Shah mudah menundukkan pasukan lawan dengan jumlah mata maksimum 22 berbalas kosong.

Pasukan MJBowlers juga meraih mata maksimum ranking liga untuk minggu ini dengan jatuhan pin terbanyak 2,395 (dan 2,638 bersama handicap).

Syabas diucapkan untuk pemain2 MJBowlers yang menyerlah pada minggu ini. Semoga permainan mantap ini di teruskan untuk minggu2 yang seterusnya, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menundukkan Dabarkads dengan jumlah mata 22-0

    MJBowlers mengukuhkan kedudukan di tempat pertama liga SPMBL-11