Category: Saturday PM FEDBJ

Pertembungan MJ Bowlers dengan Lanes Snap di Minggu ke -2 FEDBG

Bowling City – Kejohanan FEDBG  siri ke -10 telah berlangsung pada sabtu yang lepas iaitu pada 5 Mei 2018 dengan pertembungan  MJ Bowlers selaku Naib Juara pada siri ke -9 yang lepas. Pada siri ke -10 ini bebarapa muka baru diketengahkan dalam barisan MJ Bowlers iaitu Nazre ( Acong) dan Ima yang akan mengalas cabaran MJ Bowlers pada temasaya siri ke 10 ini. Barisan MJ Bowlers juga diperkuatkan dengan kemasukan Din (Snake) , Rohaizat , Suhaimie, Oto, Azami , Azmi(J) dan Mazlan.  Manakala ladies bowlers yang akan menyertai MJ Bowlers adalah yatie dan Hasnah. 

Di minggu ke -2 ini, pertembungan antara Lanes Snap dan MJ Bowlers, di atas kertas sepatutnya memihak 100% milik MJ Bowlers selaku penyandang Naib Juara siri ke 10, namun kegugupan pemain MJ Bowlers masih dalam penyesuaian  menyaksikan kesilapan mudah yang harus diperbaiki.  Kombinasi MJ Bowlers yang diwakili oleh Suhaimie, Yatie, Achong dan Azmi  mempunyai handicap yang besar berbanding Lanes Snap iaitu 123 berbanding 99. Manakala pasukan Lanes Snap yang diketuai oleh Gary, Richard,Lyn dan Med merupakan nama-nama besar dalam  pertubuhan FEDBG ini.

MJ Bowlers gagal memperolehi mata penuh dari pertemuan ini dengan Lanes Snap berjaya mencuri 9 mata manakala MJ Bowlers hanya berpuas hati memiliki 13 mata. Pemain MJ Bowlers agak terlalu kaku terutama muka baru yang dipertengahkan iaitu Acong yang hanya mampu membuat jatuhan pin 135,137 dan 136 jauh dari sasaran awal yang dipertaruhkan. Manakala Suhaimie yang membuat jatuhan 212,200 dan 162 dan diikuti oleh Azami yang membuat jatuhan pin 162,175 dan 195 membantu setidak-tidaknya MJ Bowlers dimalukan di minggu ke 2 ini.

Dari segi kedudukan liga setakat minggu ke 2 ini, MJ Bowlers berada di tangga ke 8 jauh terperosok di bawah pesaing-pesaing utama dengan kutipan mata sebanyak 34. Manakala juara bertahan AFM Delight terus memecut meninggalkan Dabarkadz  dan Lance &3Rdy di kedudukan 3 teratas liga.

Perjuangan masih terlalu awal untuk MJ Bowlers dan masih banyak perlu diperbaiki untuk terus mendaki carta liga. Pemain MJ Bowlers perlu mempertingkatkan latihan untuk terus mengharung cabaran-cabaran. Pasukan yang bertemu MJ Bowlers sudah tentu mempunyai azam membenam dan mengalahkan cabarfan MJ Bowlers.

Untuk minggu terakhir iaitu minggu ke 3 sebelum pertandingan ini ditutup dalam bulan Ramadan, MJ Bowlers akan bertemu dengan penghulu liga iaitu AFM Delight dan juga penyandang Juara siri ke 9 yang lepas. Pertembungan ini merupakan kali kedua setelah MJ Bowlers tewas di pertandingan akhir siri ke 9 yang lepas.

 

Naib Juara SPMBL-9 Milik MJ Bowlers.

Bowling City- Jeddah, Pada hari sabtu yang lepas iaitu bersamaan dengan 7 April 2018, satu lagi kejayaan dijelmakan dari barisan pemain MJ Bowlers yang bertarung di “Final Step Ladder” SPMBL siri ke 9 ini. Kejohanan yang dianjurkan secara liga selama 18 minggu  dan berakhir pada sabtu yang lepas.

Siri ke 9 ini menampilkan 8 pasukan yang bertanding  dan dalam siri kali ini MJ Bowlers tidak begitu mencabar kedudukan liga dari seawal minggu pertama dijalankan.   MJ Bowlers banyak menengahkan muka-muka baru dan memberi pendedahan kepada skuad pelapis untuk ditampilkan pada kejohanan besar yang lain. Disebabkan itulah kedudukan MJ Bowlers sentiasa berada di sekitar kedudukan ke 5 dan ke 6 sahaja sehinggalah ke minggu ke 16 iaitu minggu “Knock Out Round”.

Di Minggu -16 “Knock Out Round”  MJ Bowlers sudah mengorak langkah awal dengan  terselamat dari penyingkiran dan merupakan  pasukan ke 5 layak ke “Final Step Ladder” dan 3 pasukan lain tercicir iaitu  pasukan Triple XXX, BCT OM,JBS-PPS Bowl. Mengiringi  MJ Bowlers dari “Knock out Round” ini adalah pasukan  SNAP CREATION.

 

Perlawanan pertama “Step Ladder” antara MJ Bowlers dan SNAP Creation yang  berlangsung hanya 1 game sahaja untuk terus melangkah dan mencabar pasukan seterusnya dari pasukan Nilobabes.

Snap Creation boleh dikira pasukan Favourite untuk mengatasi MJ Bowlers yang mana Snap Creation diperkuatkan oleh pemain yang berkalibar dibarisi pemain seperti OCA ( Kelas O), Lyn ( kelas D), Chesar ( Kelas C) dan  Gary ( kelas C). Manakala percaturan MJ Bowlers untuk di “Final Step Ladder” ini menampilkan Suhaimie ( Kelas C), Yatie ( Kelas D), Azizan ( Kelas C) dan Azami ( kelas C).

Kapten MJ Bowlers membawa masuk “Ayam Laga” MJ Bowlers iaitu Azizan untuk membuat kejutan dan percaturan yang mana Azizan adalah pemain tangan kidal dan sudah tentu memberikan sedikit positif impak pada pasukan MJ Bowlers, manakala Yatie adalah pemain wanita yang julung-julung kali dimasukkan di pentas akhir ini  dan ditugaskan mengimbangi pemain Snap Creation iaitu Lyn.

 

Percaturan MJ Bowlers berjaya menjinakkan Snap Creation dengan jumlah jatuhan pin  675 berbalas 642  dan seperti yang diperkatakan sebelum ini “Ayam Laga” MJ Bowlers begitu mudah menyerap tekanan yang diberikan oleh Snap Creation.

Lawan Seterusnya adalah pertemuan antara MJ Bowlers dan Nilobabes yang mana Nilobabes juga membariskan pemain yang berkualiti iaitu Nezar, Lito, Lou dan Macky. Bagi MJ Bowlers pula percaturan baru digunakan dengan memasukkan Hasnah dan mengeluarkan Yatie bagi mengimbangi Lou yang begitu konsisten sepanjang musim ini. Menurut pandangan kapten MJ Bowlers,Hasnah dan Lou adalah penentu bagi pertembungan ini.

 

Pengamatan kapten MJ Bowlers tepat sekali lagi, yang kemampuan hasnah memberikan tekanan dan saingan  kepada Lou dengan mengikat mata demi mata yang cuba dikutip oleh jatuhan pin Lou. Azizan pula terus mengorak langkah dengan bergaya dan membuat balingan 215 diikuti oleh Suhaimie 203 dan Azami pula dengan 179   MJ Bowlers telah mengorak langkah seterusnya setelah berjaya menafikan Nilobabes dengan jumlah jatuhan pin 780 berbalas  768.

Pertembungan seterusnya adalah antara Lance &3Rdy dan lawan MJ Bowlers, Lance &3Rdy adalah salah  satu dari musuh tradisi bagi  MJ Bowlers di beberapa kejohanan yang lain selain di SPMBL ini. Kekuatan Lance &3Rdy ini boleh dikatakan seimbang dan di kemudi oleh Ric pemain kelas O dan pemain wanita nya yang baru-baru ini dinobatkan sebagai “Champion Of The Month” iaitu Evelyn. Pasukan ini diperkuatkan oleh muka baru iaitu Jayme dan Med ( Kelas B).  MJ Bowlers terus mengekalkan barisan pemain yang sudah menampakkan kesesuaian setelah menewaskan Nilobabes diperingkat sebelum ini.

 

MJ Bowlers terus bergaya dengan membuat jatuhan pin sebanyak 714 berbalas 623. Kali ini Azami dan Azizan menghukum pasukan Lance 3Rdy dengan balingan padu masing-masing 191 dan 214 sekali gus MJ Bowlers mara ke peringkat penentu iaitu bertemu AFM Delights yang menunggu dengan penuh debaran atas kemaraan MJ Bowlers seawal pukul 2 petang lagi.

AFM Delights  merupakan pasukan yang terkuat di dalam pertandingan siri ke-9 ini dan ini boleh dilihat dari kemampuan bertahan di tangga pertama liga selama 16 minggu tanpa digugat oleh mana-mana pasukan. Kekuatan pasukan ini terletak kepada 2 pemain utama iaitu Zaldy (Kelas O) dan Pinky ( Kelas A) dan ditambah lagi dengan AbdulFatah dan Dilon . Peringkat akhir ini, MJ Bowlers terus mengekalkan pemain iaitu Suhaimie, Hasnah, Azizan dan Azami.

AFM Delights seolah-olah sudah menjangka “Final Showdown” ini  banyak mengenai cara mendominasi lane yang sudah sedikit kering dan ini dapat diperhatikan pemain-pemain AFM mencuba pelbagai bola semasa “Shadow Bowl” dijalankan.

Dengan keadaan lane yang kering, balingan yang banyak tersasar samada “overhook ” atau “Flat Washout” memperlihatkan jumlah balingan begitu rendah bagi kedua-dua pasukan samada dari AFM Delights maupun MJ Bowlers.

MJ Bowlers tewas  ditangan AFM Delight dengan 683 berbalas 649 dan dilihat Azizan ” Ayam Laga” MJ Bowlers terus berjaya mengekalkan momentum tangan kidalnya sehingga ke akhir pertandigan. Suhaimie dan Azami gagal mengimbangi Zaldy dan AbdulFatah  yang juga boleh dikatakan agak menurun permainan akibat “OIL Condition”.  Hasnah pula banyak melepaskan peluang  “Spare”  yang boleh merubah markah di scoreboard. 

Perbincangan kapten dan jurulatih Mustafa akan prestasi pemain di pentas akhir ini banyak berkisar kepada meningkatkan keupayaan “SPARE” dan mampu membuat keputusan menukar bola sekiranya Lane Condition tidak mengizinkan. Pemain harus bersedia untuk membuat “adjustment” bagi berhadapan situasi seperti ini di kemudian hari.

Namun begitu kegagalan ini bukan lah dianggap kegagalan mutlak tetapi ianya merupakan kejayaan jati diri pemain. Bermain dari “Step Ladder” awal dan mengharungi satu demi satu pasukan lawan haruslah dibanggakan oleh warga MJ Bowlers.  Ketenangan pemain mengawal degupan jantung dan darah gemuruh dan dalam masa yang sama mampu menumpaskan pasukan yang jauh lebih kuat keupayaannya. 

Kedudukan naib juara dalam SPMBL siri ke-9 ini telah memperbaiki rekod peribadi MJ Bowlers yang mana sebelum ini iaitu pada SPMBL siri -8 MJ Bowlers hanya mampu berada di tempat ketiga.  Di Kejohanan ini Azizan atau dikenali sebagai “Stinger” banyak memainkan peranan  membantu pasukan MJ Bowlers sebagai “Team Work” yang boleh diharapkan seperti carta prestasi pemain yang direkodkan.

 

 

 

 

MJ Bowlers mara ke Step Ladder – SPMBL 9th Conference.

Bowling City-Jeddah, Semalam berlangsung  pertembungan 5 pasukan bagi merebut 2 slot terakhir  untuk bermain di STEP LADDER final minggu hadapan  pada 7 April 2018. Pasukan yang bertanding semalam iaitu  MJ Bowlers , Snap Creation,Triple XXX,BCT OM dan JBS-PPS.

MJ Bowlers di barisi pemain seperti , Suhaimie Leong, Mazlan , Yatie dan Mazlan agak perlahan sedikit dengan pungutan mata 651 di mana Suhaimi berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 180 diikuti Mazlan 155 , Yatie pula 138 dan Azami  sebanyak 178. Dari segi jumlah pungutan mata MJ Bowlers sedikit ke belakang dibandingkan dengan SNAP CREATION yang hanya bermain dengan 3 orang dan menggunakan 1 ‘blind player’ dan mampu mendahului MJ Bowlers dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 679. 

Di game yang ke dua pula, ancaman SNAP CREATION berterusan dengan  mempertaruhkan pemain harapan mereka iaitu OCA yang terus menyinar dengan jatuhan pin sebanyak 203, diikuti oleh Lyn dengan jatuhan pin 176 diikuti oleh Jimmy 191 dan 135 untuk “blind”. MJ Bowlers sedar akan kekalahan tipis di game pertama,  telah memulakan langkah awal dengan Mazlan meledak di game ke dua dengan jatuhan pin sebanyak 258 dan diikuti oleh Azmi sebanyak 212. Suhaimie pula dengan jatuhan pin sebanyak 177  dan diikuti oleh Yatie dengan jatuhan pin 149 dan sekali gus MJ Bowlers memintas SNAP CREATION untuk mendahului dari 5 pasukan yang bertanding.

Game Ketiga adalah penentu bagi MJ Bowlers dan Yatie pula memainkan peranan dan dengan jatuhan pin sebanyak 182 dan merupakan personal rekod peribadi tertinggi  membolehkan MJ Bowlers terus ke hadapan dan sekali lagi Azmi meledak dengan balingan mantap 207 dan membolehkan MJ Bowlers di senaraikan berjaya dalam “Knockout Round” ini dan pasukan lain yang layak mengiring MJ Bowlers adala SNAP CREATION.
Dibawah ini senarai keputusan lengkap pasukan yang bertanding di “Knock Out Round “:

MJ Bowlers dan SNAP CREATION akan bertanding di Step ladder final minggu ke hadapan bagi membolehkan bertemu pasukan di tempat ke 3 iaitu NILOBABES dan seterusnya LANCE & 3RDY  yang kini berada di kedudukan ke -2 liga. Pasukan yang menjadi pendahulu liga adalah AFM DELIGHTS yang menunggu di pentas akhir Step Ladder ini  dan mempunyai kelebihan “twice to beat”  bagi yang mengejar dari bawah Step Ladder.

 

 

SPMBL – Minggu ke -8

Bowling City -Jeddah: Liga  FEDBG  ini sudah memasuki minggu ke -8  dan pada minggu ini MJ Bowlers menurunkan seorang lagi muka baru iaitu Yatie. Beliau merupakan pemain wanita yang diketengahkan dalam kejohanan kali ini bagi melengkapkan 2 pemain wanita yang tersenarai  ( Yatie dan Hasnah) dalam skuad MJ Bowlers di liga SPMBL ini. 

Pada minggu ke -8 ini, MJ Bowlers menurunkan Suhaimie Leong, Mazlan, Azami dan Yatie dan menentang pasukan yang kuat dan berkedudukan di tangga ke -2 carta iaitu AFM Delight.  AFM Delight yang diwakili oleh Zaldy, Tommy, Abdul Fatah dan Pinky begitu konsisten dari seawal musim dan tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan MJ Bowlers.

Di game pertama, AFM Delight agak tersentap dengan saingan yang diberi sehinggakan membolehkan MJ Bowlers mengutip 4 mata dengan balingan padu dari semua pemain MJ Bowlers. Dengan Suhaimie membuat jatuhan pin sebanyak 201 dan Yatie pula 181 dibantu oleh Azami dan Mazlan dengan masing-masing 166 dan 152 jatuhan. Terkejut dengan kekalahan di game pertama, AFM Delight  telah memperhebatkan balingan di game ke -2 , dan dengan mudah menjinakkan MJ Bowlers hasil dari sumbangan Zaldy, Tommy dan Abdul Fatah yang bejaya menjatuhkan 753 pin berbanding 608 oleh Mj Bowlers. Begitu juga halnya berlaku di game penentu yang mana AFM Delight tidak menoleh ke belakang dan berjaya mengutip lagi 4 mata dari kemenangan di game yang ke-3.

Dengan Kekalahan di minggu ke-8 ini , kedudukan MJ Bowlers terus berada di tangga ke -5 dengan kutipan mata sebanyak 131 dan pendahulu liga masih lagi Lance &3Rdy yang begitu unggul di atas tahta liga.

 

 

SPMBL minggu ke -5.

Bowling City-Jeddah 20 Jan 2018, FEDBJ telah memulakan semula pertandingan liga setelah sebulan bercuti semperna sambutan perayaan krismas. Pertandingan SPMBL yang telah memasuki minggu ke 5 ini menemukan  MJ Bowlers dengan Snap Creation yang di pimpin oleh Garry.

Dengan ketiadaan Suhamie atas urusan rasmi, MJ Bowlers telah membuat sedikit percaturan baru meletakkan OTO  menjadi “driver”. Pemain lain telah  diturunkan adalah Hasnah, Azami dan juga Faisal ( Pacai) tidak mengecewakan dan hasil dari usaha sebagai “team work’.

Azami yang diletakkan pemain ketiga di dalam pasukan MJ Bowlers ini yang telah ditugaskan sebagai ‘Jokey’ telah  membuatkan  Garry kehilangan punca walaupun membariskan Oca sebagai driver namun gagal menyekat kemaraan MJ Bowlers. Dengan kehadiran Faisal aka “Skipper” menambahkan kesulitan Garry sebagai team kapten untuk mencorakkan kembali permainan setelah kecundang di game pertama dan hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 707 manakala MJ Bowlers menbuat jatuhan pin sebanyak 722. Pada game yang ke dua pula MJ Bowlers di hadapan lagi dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 746 mengatasi Snap Creation yang hanya mampu menjatuhkan pin sebanyak 721. Derita Snap Creation terus ditambah lagi di game yang ke tiga dengan keupayaan Azami terus mencorakkan pasukan MJ Bowlers dengan balingan padu dengan sumbangan peribadi jatuhan pin sebanyak 221 membolehkan MJ Bowlers memperolehi 22 mata penuh dari Snap Creation.

 

Dari kedudukan liga setelah 5 minggu ini, MJ Bowlers berada di kedudukan ke-tiga di belakang AFM Delight dan mendahului liga adalah pasukan “Favorite” iaitu Lance &3Rdy.  

Pada minggu ke -6 , pertembungan penting bagi MJ Bowlers yang mana MJ Bowlers akan bertemu dengan Nilobabes dan melibatkan percaturan penting untuk mengekalkan kedudukan terkini dan mengikut percaturan di atas kertas Nilobabes mudah akan meratah MJ Bowlers pada minggu yang ke 6 nanti.

 

 

SPMBL – FEDGB Minggu ke-3

Jeddah 03 December 2017, Liga SPMBL anjuran FEDBG semalam iaitu sabtu sudah memasuki minggu ke 3 dan pertembungan MJ Bowlers dengan Lance &3rdy.  MJ Bowlers dibarisi pemain senior iaitu Ahmad Shariffudin (Din) dan Sykin, Azami dan Oto.  Manakala Lance &3rdy dibarisi pemain yang tak asing lagi iaitu Evelyn , She, Med dan Mnon  yang mana pasukan ini telah dinorbatkan naib juara pada liga yang sama musim lepas. 

Dari segi percaturan dan keseimbangan pemain agak sama cuma kelebihan MJ Bowlers mempunyai handicap besar sedikit dari pasukan lawan iaitu 117 berbalas 100 dengan format MJ Bowlers 3 lelaki 1 wanita , manakala pasukan lawan menggunakan format 2 wanita dan 2 lelaki.

Pada game yang pertama  MJ Bowlers  bertindak garang di awal 5 frame yang pertama tetapi pemain seperti kehilangan momentum dan  gagal membuat spare-spare mudah akhirnya tewas dengan jumlah pin yang sedikit iatu 635 berbalas 681.  Pada game yang kedua , MJ Bowlers terus dirundung serba tak menajadi dan Ahmad Sharifuddin(Din) hanya mampu menyudahkan game dengan balingan 149 manakala pemain lain pula 171, 166 dan 154 .  Game penentuan pada set ke -3, persembahan MJ Bowlers terus hambar dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 626 dengan sekali gus Lance &3rdy memenangi pertemuan ini dengan kutipan penuh mata dari MJ Bowlers.

Dari segi kedudukan carta pula, MJ Bowlers masih lagi di tangga ke -3 setelah mengharungi minggu ke-3. Pasukkan lain sudah mula membuat percaturan untuk mendekati pendahulu liga.  Perbezaan mata setiap pasukan terlalu dekat dan begitu mudah untuk membuat pendakian pada minggu-minggu yang mendatang.

Di harap MJ Bowlers akan terus focus untuk mengharungi liga yang masih baru ini dan jangan mudah selesa dengan  kemampuan di luar kejohanan rasmi ini. Coach Mustafa ditanya pada hari sabtu yang lepas, banyak yang harus ditekan kan semula. Pemain seolah-olah hilang arah dan berbalik ke “habit lama”.  Sungguhpun begitu coach Mustafa masih yakin MJ Bowlers masih mampu memberikan saingan jitu untuk kejohahan ini.

SPMBL – FEDBJ (Step Ladder and Championship)

Saudi Arabia 6 November 2017- Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 4 November 2017, tirai SPMBL (FEDBJ) telah melabuhkan tirai bagi musim ke 8 dalam kalender FEDBJ. Sebanyak 5 pasukan yang layak untuk berada di pusingan  ‘STEP LADDER’ iaitu pasukan 
MJ Bowlers , JPS@PPS Bowl,Lance &3RDY,AFM Delight dan NiloBabes.

Perlawanan pertama ” STEP LADDER” adalah pertemuan pasukan di tangga ke -5 iaitu MJ Bowlers dan pasukan yang berada di tangga ke 4 iaitu JPS@PPS Bowl. MJ Bowlers membariskan pemain Suahimie Leong , Rozana, Wan Kamal dan Mustafa ,manakala JPS@PPS Bowl di barisi pemain seperti Maf, Carmen,James dan Garry. Percaturan pemain ini membezakan handicap sebanyak 93 MJ Bowlers manakala JPS@PPS Bowl sebanyak 103.   Kapten MJ Bowlers membuat saat-saat akhir pertukaran memasukkan Wan Kamal yang berada di kelas D bowler dan untuk mengimbangi perbezaan ketara handicap sekiranya barisan pemain yang sama digunakan pada peringkat “Position Round”.

Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 743 (termasuk handicap) MJ Bowlers telah mara ke Step Ladder seterusnya bertemu dengan Lance &3RDY .

Di pertemuan tangga ke 3 dan ke-4 dengan Lance &3Rdy , MJ Bowlers telah tewas dengan perbezaan 46 pin yang membolehlah Lance &3RDY layak untuk bertemu pasukan di tangga ke 2 iaitu AMF Delight.  

Juara pada kejohanan ini adalah milik Nilobabes setelah AMF Delight berjaya mengalahkan Lance&3Rdy dan bertemu dengan Nilobabes di pusingan akhir. 

Walaupun MJ Bowlers kalah di peringkat step ladder namum prestasi pemain MJ Bowlers boleh dibanggakan. Terima kasih juga diucapkan kepada Dsaji atas sumbangan untuk pasukan MJ Bowlers. LIga ini akan di mulakan semula dalam beberapa minggu lagi.

 

MJ Bowlers mengesahkan tempat untuk ke “Step Ladder- FEDBJ”

30 Oct 2017, Jeddah Arab Saudi- Pada hari sabtu bersamaan dengan 28 Oct 2017 yang lepas , satu lagi kejayaan manis di kecapi oleh pasukan MJ Bowlers yang telah layak menyertai kelompok 5 pasukan teratas untuk melayakkan diri ke pusingan ‘STEP LADDER’.

Kejayaan ini di jelmakan dari kejayaan MJ Bowlers di peringkat “Position Round”  yang berjaya menempatkan diri di kedudukan ke dua setelah mengharungi ‘3 Games’. MJ Bowlers dibarisi pemain Abdul Rashid , Suhaimie Leong , Rozana dan Mustafa telah berjaya mengekalkan momentum dari seawal permainan untuk membolehkan MJ Bowlers terus kekal di 2 tangga teratas.

Pujian harus diberikan kepada MJ Bowlers wanita iaitu Rozana Ahmad Zaini yang telah membuat balingan  127, 213 dan 145 yang telah berjaya menjarakkan kedudukan mata dari pasukan yang bertanding.

Sabtu ,4 November 2017-MJ Bowlers akan bermain di slot pertama bertemu JBS@PPS.Bowl dalam perhitungan 1 game dan pemenang pertandingan ini akan bertemu pasukan LANCE & 3RDY yang menunggu di kedudukan ke -3. 

 

 

 

 

Keputusan Minggu ke-14 (End of 2nd round)

Jeddah 21 Oct 2017, Minggu ke 14 merupakan minggu terakhir untuk pasukan menempatkan diri di 3 kedudukan teratas untuk layak secara automatik ke step ladder yang akan berlangsung pada  4 November 2017.

Pasukan MJ Bowlers menyudahkan kempen pada minggu ke 14 ini di kedudukan 4 tangga terbaik liga yang mana MJ Bowlers tewas nipis dengan pasukan tangga ke -3 iaitu Lance &3RDY. Dengan perbezaan mata 3.5 sahaja MJ Bowlers gagal menempatkan diri di kelompok 3 teratas liga.

 MJ Bowlers akan melalui satu lagi peluang untuk beraksi di pentas akhir dengan melayakkan diri di “Positioning Round”  yang mana pada minggu ini bersamaan 28 Oct ini 5 pasukan akan mengharungi  3 games untuk menentukan 2 pasukan sahaja yang akan mengiringi  3 pasukan yang telah layak secara automatik ke step ladder.

Pasukan yang akan bertanding di position round ,MJ Bowlers, JBS,Four Season,BCT dan The Master.  Senarai pemain MJ Bowlers yang layak diturunkan untuk positioning round adalah seperti berikut.

 

SPMBL – Minggu ke 13

Oct 15 2017, Bowling City-  Minggu ke-13  pasukan pendahulu liga  Nilobabes menekan pasukan MJ Bowlers dengan memperolehi 21 dan MJ Bowlers hanya mampu mengutip 1 mata. Dari segi kedudukan liga MJ Bowlers masih lagi di kedudukan ke -4 carta di belakang Lance &3RDY yang semakin jauh menjarakkan diri dari MJ Bowlers.

Minggu ke-14 pada 21 oct ini merupakan pertandingan terakir untuk membezakan 3 pasukan teratas dalam senarai pasukan menunggu dan baki pasukan yang lain akan melalui pusingan “Positioning”.