Category: Slider_latest

FTBJ Monthly Tournament April: Azhanawati Naib Juara

Jeddah, 11 Mei 2019 – Kejohanan Bulanan Individu anjuran FTBJ bagi bulan April 2019 telah berlangsung di Bowling City pada 10 Mei 2019.

Dalam kejohanan tersebut, pemain MJBowlers Azhanawati Abdul Wahab muncul Naib Juara kategori wanita.

Azhanawati beraksi di kategori kelas B wanita, yang menyaksikan beliau layak ke pusingan playoff bersama2 rakan pemain MJBowlers Rozana berserta Evelyn Santoc. Azhanawati berjaya melayakkan ke separuh akhir untuk bertembung dengan pemain Filipina, Lynn Lopez. Selepas menumpaskan Lynn dengan jumlah mata 160 berbalas 145, Azhanawati bertemu pula pemain kelas A Pinky Acato dan pemain kelas C Myrna Soriano. Myrna menumpaskan pemain MJBowlers Hayati di peringkat separuh akhir untuk layak ke pusingan akhir.

Myrna muncul juara keseluruhan kategori wanita dengan jumlah mata bersama handicap 192, diikuti Azhanawati (190) dan Pinky (160).

Syabas diucapkan buat Azhanawati atas kejayaan kali ini, dan di harap keputusan kali ini akan menjadi pemangkin buat semua pemain2 MJBowlers untuk berusaha lagi untuk mencapai kejayaan, InshaAllah.

~WKA~

Juara Myrna bersama2 Azhanawati dan Pinky

Keputusan Penuh di laman FB FTBJ Bowlers

 

Oto, Azami dan Kamal Bakal Menggalas Cabaran di SBF17

Jeddah, 8 Mei 2019 – 3 pemain MJBowlers, Oto Shah, Azami Nordin dan Wan Kamal Azlan bakal berangkat ke Dammam-Al Khobar bagi menggalas cabaran di Kejohanan Bowling Terbuka Ke-17 anjuran Saudi Bowling Federation.

Ketiga-tiga pemain dijangka beraksi di dalam skuad terakhir pusingan kelayakan pada Khamis, 9 Mei 2019 bermula pada jam 8.30 malam. Seramai 141 pemain menyertai kejohanan pada kali ini, yang terdiri dari pemain2 tempatan, residen dan antarabangsa.

Pusingan kelayakan memerlukan pemain2 melepasi had kelayakan 48 pemain terbaik selepas 6 game, untuk meneruskan perjuangan di peringkat separuh akhir. Sejumlah 8 game perlu dilalui pada peringkat separuh akhir bagi melayakkan diri di dalam kelompok 18 pemain teratas untuk memasuki peringkat akhir. Di peringkat akhir, pemain2 akan mengharungi 8 game lagi untuk merebut peluang ke pusingan stepladder finals yang akan menyaksikan 5 pemain terbaik kejohanan bertarung untuk merebut kejuaraan.

Semoga semua keluarga dan rakan2 MJBowlers dapat mendoakan kejayaan cemerlang buat pemain2 ini, InshaAllah.

~WKA~

“Oil pattern” kejohanan kali ini sepanjang 41 kaki.
Format kejohanan SBF 17

MJBowlers Menggegarkan Kejohanan KRMR-VERDI BOWLING DAY 2019

Jeddah, 8 May 2019 – Aksi pemain-pemain pasukan MJBowlers nyata menggegarkan kejohanan KRMR-VERDI Bowling Day yang telah berlangsung di Universal Bowling Center, Riyadh pada 27 Apil 2019. Dalam kejohanan tersebut, pasukan MJBowlers Ladies muncul juara kategori wanita, dan sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan dengan pungutan 1,605 jatuhan pin. MJBowlers Ladies diwakili oleh Azhanawati, Hasnah, Rozana, Norashikin dan Norimah. 

Keputusan penuh seperti berikut:

Kategori Pasukan Lelaki Pro

  1. MJBowlers A – Abdul Rashid, Kamal, Azizan, Oto, Din
  2. KSMY – Azmi, Raemyzan, Ahmad, Faizal, Yea
  3. MJBowlers B – Suhaimie, Azmi, Shuhaimi, Amad, Fazlee

Kategori Pasukan Wanita Novice

  1. MJBowlers Ladies – Azhana, Hasnah, Norashikin, Rozana, Norimah
  2. Ladies BBB – Dila, Syeena, Mira, Aizal, Fiza
  3. NGHA (Riyadh)

Kategori Individu Lelaki

  1. Azmi (KSMY) 
  2. Suhaimie (MJB) 
  3. Azmi (MJB) 

Kategori Individu Wanita

  1. Azhana (MJ Ladies) 
  2. Hasnah (MJ Ladies)
  3. Dila (Ladies BBB)

Jatuhan Pin Tertinggi

  1. Lelaki – Suhaimie (223)
  2. Wanita – Azhana (230)

 

~WKA~

 

MJBowlers Ladies Muncul Juara Keseluruhan Kejohanan

 

Pasukan MJBowlers Lelaki A dan MJBowlers Ladies
Pasukan MJBowlers Lelaki B dan Ladies BBB

TNCBL-22 : MJBowlers Layak Ke Peringkat Akhir Di Tempat Kedua

Jeddah, 8 Mei 2019 – Selepas 14 minggu bertarung di dalam liga malam Selasa TNCBL Siri ke-22, pasukan MJBowlers berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir stepladder di tempat kedua.

Masuk minggu-minggu terakhir, bahang saingan liga semakin terasa apabila beberapa pasukan aktif merebut tiga tempat teratas liga dengan jurang perbezaan mata yang kecil. Pasukan MJBowlers memerlukan kemenangan yang besar di minggu akhir ini, bagi menempah tiket di posisi “waiting” untuk pusingan akhir liga TNCBL ini.

Nyata strategi kapten liga TNCBL Azmi Junaidi dan penasihat Abdul Rashid berhasil apabila MJBowlers membenam pasukan Con-FB Rhinos dengan jumlah mata 20 berbalas kosong. MJBowlers menurunkan Azami di posisi “driver”, Wan Kamal, Suhaimie Leong dan Oto Shah di posisi “anchor”, sementara Azmi Junaidi beraksi sebagai pemain “hiding”. Pasukan lawan menurunkan Simeon Dellosa, Rod Lofamia, Rene Balangue dan Omar Mosa. 

Dengan tambahan jumlah mata ranking sebanyak 14 mata, MJBowlers berjaya mengumpul 34 mata untuk minggu ke-14. MJBowlers layak ke pusingan akhir stepladder finals dengan jumlah keseluruhan 347 mata, di belakang pasukan Day Lights (361) dan diikuti rapat oleh pasukan Kolokoy (342). Pasukan pendahulu awal liga Marc’s Bullocks pula gagal mempertahankan kedudukan dan jatuh ke tempat keempat.

Bagi pasukan2 di luar tempat ketiga teratas, mereka perlu bertarung di pusingan playoff dijangkakan pada minggu hadapan, bagi menempah tempat ke pusingan akhir. Pusingan akhir dijangka diadakan pada 21 Mei 2019. Semoga kejayaan cemerlang dimiliki oleh pasukan MJBowlers pada kali ini, InshaAllah.

~WKA~

 

MJBowlers menumpaskan pasukan Con-FB Rhinos 20-2

 

MJBowlers Layak Ke Peringkat Akhir Di Tempat Kedua

TNCBL-22 Minggu 12: Bahang Liga Semakin Terasa

Jeddah, 24 April 2019 – Liga malam Selasa masuk minggu ke-12, dan perlawanan antara pasukan2 merebut tempat teratas liga semakin sengit. Perlawanan minggu ke-12 liga TNCBL siri ke-22 telah berlangsung di Bowling City, pada 23 April 2019, menemukan pasukan MJBowlers dengan JBS-Pro S.

Pasukan JBS-Pro S membariskan Jimmy Aragones di posisi “driver”, Eric Columa, Cesar Pagtaluna, dan Mhon Laxamana di posisi “anchor”, sementara kapten pasukan Edward Botardo bertindak sebagai pemain “hiding”. Bagi menangani strategi ini, pasukan MJBowlers menurunkan Azami Nordin di posisi “driver”, Wan Kamal, Abdul Rashid, dan Oto Shah di posisi “anchor”. Kapten liga malam Selasa, Azmi Junaidi pula bertugas di posisi “hiding”.

Nyata perlawanan antara kedua2 pasukan ini sengit, apabila saling berulang kali bertukar jumlah jatuhan pin pendahuluan sepanjang perlawanan pada malam tersebut. Walaupun diberikan tentangan yang hebat, gandingan mantap MJBowlers berjaya mengutip mata penuh perlawanan, 22 berbalas kosong. Dengan tambahan jumlah mata ranking sebanyak 15 mata, MJBowlers berjaya mengumpul sejumlah 37 mata liga pada malam tersebut. Azami Nordin muncul MVP untuk pertembungan ini dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 665, diikuti oleh Oto Shah (646), Wan Kamal (614), Abdul Rashid (608) dan Azmi Junaidi (562).

Dengan jumlah mata liga malam itu, MJBowlers sekarang ini berada di tempat ketiga liga, walaupun terikat pada jumlah mata yang sama (306) dengan pasukan Daylights di tangga kedua. Pendahulu liga, pasukan Marc’s Bullocks pula hanya mendahului liga dengan perbezaan satu mata sahaja. Pusingan kelayakan liga sebelum memasuki peringkat akhir stepladder hanya berbaki  2 minggu sahaja, dan jurang untuk merebut tempat teratas liga amat rapat. 

MJBowlers selepas ini akan bertembung dengan pasukan FBI (Friendly Bowlers) pada minggu ke-13, dan FB Rhinos pada minggu ke-14 liga. Pasti strategi bagi menangani pasukan2 ini agak kritikal, bagi merebut peluang untuk merampas tempat pertama liga. Sama2 kita doakan pasukan MJBowlers mencapai kejayaan cemerlang di dalam liga ini, InshaAllah. 

~WKA~

MJBowlers membenam JBS-Pro S 22-0
Hanya 1 mata membezakan pendahulu liga pasukan Marc’s Bullocks, dengan pasukan Daylights dan MJBowlers

Kejohanan Bulanan FEDBG Februari 2019: Azmi Junaidi dan Hasnah Juara

Jeddah, 24 April 2019 – Kejohanan Bulanan Februari 2019 anjuran FEDBG telah berlangsung pada 20 April 2019, bertempat di Bowling City. Kejohanan pada kali ini menyaksikan pemain2 MJBowlers mendominasi tempat teratas dalam kedua2 kategori lelaki dan wanita.

Kejohanan kali ini memerlukan pemain2 berentap dalam format “3-Game Series” bagi menentukan kejuaraan. Azmi Junaidi muncul juara keseluruhan kategori lelaki, dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 722 (bersama handicap), sementara Hasnah muncul juara kategori wanita  dengan jumlah pin sebanyak 607 (bersama handicap). Norashikin Ismail pula muncul pemain ketiga terbaik dalam kategori wanita, dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 553 (bersama handicap).

Syabas diucapkan buat semua pemenang2 kejohanan kali ini. Semoga kejayaan kali ini akan berterusan dan menjadi pemangkin buat teman2 sepasukan, InshaAllah.

Keputusan penuh bagi ahli2 MJBowlers seperti di bawah.

Kategori Lelaki

  1. Azmi Junaidi – Juara
  2. Abdul Rashid – Tempat ke-5
  3. Oto Shah – Tempat ke-6
  4. Ahmad Sharifuddin – Tempat ke-11
  5. Azizan Abdul Aziz – Tempat ke-14
  6. Wan Kamal Azlan – Tempat ke-16
  7. Suhaimie Leong – Tempat ke-19
  8. Azami Nordin – Tempat ke-28
  9. Mazlan Yaakob – Tempat ke-29
  10. Ahmad Najhan – Tempat ke-30

Kategori Wanita

  1. Hasnah – Juara
  2. Norashikin – Tempat ke-3
  3. Norimah – Tempat ke-8
  4. Hayatie – Tempat ke-9
  5. Amira – Tempat ke-11
  6. Nurul Ain – Tempat ke-13
  7. Rozana – Tempat ke-14
  8. Azhanawati – Tempat ke-15

~WKA~

Oto Shah bersama Juara Bulan Februari Azmi Junaidi
Suhaimie Leong bersama Juara Bulan Februari Hasnah

SPMBL-11 : MJBowlers Muncul Naib Juara Keseluruhan

Jeddah, 15 April 2019 – Pasukan MJBowlers muncul Naib Juara Liga Kejohanan SPMBL siri ke-11 anjuran FEDBG. Pusingan akhir stepladder akhir kejohanan telah berlangsung pada 13 April 2019, di Bowling City. 3 pasukan teratas pusingan kelayakan kejohanan, Triple XXX (seed pertama), MJBowlers (seed kedua) dan Darbakadz (seed ketiga), menunggu di pusingan akhir stepladder.

3 pasukan lagi, Lance & 3rdy, PinkyRose Delights dan Bowlfriends, perlu mengharungi 1 perlawanan penentuan bagi menempah tempat untuk layak ke pusingan akhir stepladder. Perlawanan 3 penjuru itu menyaksikan pasukan Bowlfriends layak ke pusingan akhir stepladder, untuk mencabar pasukan seed ketiga, Dabarkadz.

Nyata kelebihan handicap pasukan ‘underdog’ Bowlfriends yang diketuai oleh Allan Narciso, membantu untuk menumpaskan pasukan berpengalaman Dabarkadz, yang diketuai oleh Leo Edjer, dan menempah tempat untuk bertembung pula dengan pasukan MJBowlers di peringkat seterusnya.

Pasukan MJBowlers membariskan pemain berpengalaman Suhaimie Leong di posisi driver, beserta Azhanawati Abdul Wahab, Azmi Junaidi, dan pemain berbakat Oto Shah di posisi anchor untuk menggalas cabaran kejohanan. Gandingan mantap ini mudah menundukkan pasukan Bowlfriends, yang seakan-akan ketandusan idea untuk menangani serangan dari pasukan MJBowlers.

MJBowlers seterusnya berhadapan dengan pasukan seeded pertama, Triple XXX, di pusingan akhir bagi merebut kejohanan mutlak SPMBL siri ke-11 ini. Pasukan lawan membariskan pemain kebangsaan Saudi Arabia, Kamal (Kemo) Filimban di posisi driver, beserta Natty Caringal, Rene Punzalan, dan pemain berpengalaman Rey Beltran (RXB) di posisi anchor. Triple XXX mempunyai kelebihan “twice to beat”, sebagai pasukan seeded pertama, di mana mereka perlu dikalahkan dua kali berturut-turut untuk MJBowlers memenangi perlawanan akhir ini.

Pertembungan akhir antara pasukan terkuat kejohanan ini menyaksikan perlawanan yang sengit, di mana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan bertukar kedudukan pendahuluan. Walaupun berhadapan dengan tentangan kuat dari Triple XXX, pasukan MJBowlers masih mampu menyahut cabaran, dan berjuang sehingga ke balingan terakhir.

Perlawanan akhir tamat dengan memihak kepada Triple XXX yang mengumpul sejumlah 761 mata berbalas 756 mata yang dikumpulkan oleh MJBowlers. Dengan kemenangan ini, Triple XXX dinobatkan sebagai juara keseluruhan liga SPMBL siri ke-11.

Syabas diucapkan buat semua pemain-pemain MJBowlers yang berjuang pada peringkat akhir ini, dan juga sepanjang kejohanan ini berlangsung. Sekalung terima kasih juga kepada rakan-rakan dan keluarga MJBowlers di Saudi Arabia dan Malaysia, beserta Coach Mus (Shawall Mustafa), yang tidak putus dan jemu memberikan sokongan dan dorongan. Semoga kejayaan yang lebih besar dan berpanjangan menanti buat pasukan MJBowlers pada masa hadapan nanti, InshaAllah.

Saksikan rakaman siaran langsung FB Live di laman FB MJBowlers, klik di sini.

  1. Perlawanan MJBowlers vs Bowlfriends : minit ke 00:35:00 seterusnya
  2. Perlawanan MJBowlers vs Triple XXX : minit ke 1:39:25 seterusnya.

~WKA~

 

Barisan pemain2 pusingan akhir: Azmi Junaidi, Oto Shah, Suhaimie Leong dan Azhanawati Abdul Wahab, bersama2 AJK media Wan Kamal Azlan dan Kapten MJBowlers Abdul Rashid

Format pertandingan akhir liga SPMBL-11
Keputusan Penuh Perlawanan antara MJBowlers dan Bowlfriends
Keputusan Penuh Perlawanan Akhir MJBowlers dan Triple XXX

Kedai Asia Juara Liga ICBL-42nd Conference

Jeddah, 31 Mac 2019 – Pasukan Kedai Asia muncul juara Liga Inter-Company Bowling League (ICBL), anjuran Filipino Ten-Pin Bowling Jeddah (FTBJ). Perlawanan akhir telah diadakan pada 29 Mac 2019, bertempat di Bowling City.

Selepas 19 minggu mengharungi pusingan liga, pasukan Kedai Asia layak ke peringkat akhir di tempat pertama, diikuti oleh pasukan tuan rumah Team Bowling City, dan pasukan Jay Jay Lane Buster. Dengan kelayakan teratas ini, Kedai Asia memegang kelebihan sebagai ‘top seeded team’ di dalam pusingan stepladder. Empat pasukan lagi mengharungi 2 perlawanan kelayakan bagi menempah tempat untuk ke pusingan stepladder, yang dimenangi oleh pasukan Dabarkadz.

Pasukan Dabarkadz meneruskan aksi cemerlang pada pusingan stepladder apabila menumpaskan pasukan Jay Jay Lane Buster, dan seterusnya pasukan tuan rumah Team Bowling City untuk menempah tempat di perlawanan akhir, bertemu dengan Kedai Asia.

Nyata percaturan kapten pasukan, Abdul Rashid Abdul Rahman berjaya mematahkan kemaraan dan semangat Dabarkadz apabila menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 968 berbalas 920 di perlawanan akhir bagi merebut kejuaraan mutlak liga ICBL kali ini. Selain kapten Abdul Rashid, pasukan Kedai Asia turut diwakili oleh Tariq (RBA) Antonio, Wan Kamal Azlan, Hasnah Mohamad Dan, dan Oto Shah.

Setinggi2 terima kasih buat CEO Kedai Asia, Haji Ahmad Imran Zainul Abidin atas segala sokongan dan bantuan kepada pasukan sepanjang liga ini berlangsung. Tidak lupa juga sekalung terima kasih buat Coach Mus (Shawall Mustafa), semua rakan2 sepasukan dan ahli keluarga yang memberi sokongan padu sepanjang liga dan pada pusingan akhir kali ini. Alhamdulillah, kejayaan milik kita.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk pencapaian berterusan di masa hadapan, InshaAllah.

~WKA~

TNCBL-22 Minggu 8: MJBowlers Kekal Di Atas

Jeddah, 27 Mac 2019 – Liga Malam Selasa TNCBL Siri ke-22 anjuran FEDBG masuk pusingan kedua, menemukan pasukan MJBowlers dengan pasukan BCT Knights.

Seperti perlawanan sebelum ini di pusingan pertama, MJBowlers berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata perlawanan 18 berbalas 4. Walaupun tewas pada Game 1, pasukan MJBowlers bangkit semula di peringkat seterusnya untuk mengutip semua baki mata perlawanan.

Perubahan kondisi lane yang cepat berubah juga menjadi satu cabaran untuk kedua2 pasukan pada malam tersebut, namun pemain MJBowlers berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan ini lebih baik dari pemain2 pasukan lawan.

MJBowlers akan bertemu dengan pasukan di tempat kedua, Marc’s Bullocks pada minggu seterusnya. Nyata perlawanan minggu hadapan agak kritikal bagi memastikan kedudukan di atas dikekalkan. Pemain2 disarankan untuk meneruskan usaha bagi memantapkan permainan untuk mencapai kejayaan, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan pasukan BCT Knights 18-4
Hanya 7 mata membezakan antara tempat pertama dan kedua liga TNCBL-22

SPMBL-11 Minggu 17: MJBowlers Kekal Tempat Pertama

Jeddah, 26 Mac 2019 – Minggu ke-17 liga SPMBL-11 anjuran FEDBG menyaksikan MJBowlers kekal di tempat pertama selepas menumpaskan pasukan Bowlfriends.

Dengan kemenangan minggu ini, MJBowlers mencatatkan kemenangan untuk 2 minggu berturut2. Azmi Junaidi muncul MVP untuk minggu ini dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 645. Turut beraksi pada minggu ini adalah Kapten MJBowlers, Abdul Rashid berserta Oto Shah dan Norashikin Ismail.

Liga hanya berbaki 1 minggu sahaja lagi untuk semua pasukan memastikan posisi masing2 sebelum memasuki pusingan akhir stepladder. Nyata strategi untuk minggu seterusnya amat kritikal bagi memastikan MJBowlers kekal di tempat teratas. Tiada yang mustahil bagi pasukan MJBowlers untuk mencapai kejayaan, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menumpaskan pasukan Bowlfriends untuk kekal di tempat pertama liga
16 mata memisahkan antara MJBowlers di tempat pertama dan Triple XXX