Monday Night League – Kemaskini Minggu ke-9

24 April 2018, Bowling City- Jeddah,  “Monday Night League” merupakan salah satu pertandingan liga yang disertai oleh MJBowlers, dengan misi memberikan pendedahan dan pengalaman pertandingan secara berpasukan untuk pemain-pemain MJBowlers. Secara tidak langsung, pertandingan sebegini dapat menerapkan dan meningkatkan semangat berpasukan dalam setiap pemain-pemain yang mewakili MJBowlers. Dalam pertandingan liga setiap hari Isnin ini, MJBowlers diketuai oleh Nur Yazid.

Setakat minggu ke-8, MJBowlers berada dikedudukan ke-2, dibelakang pendahulu liga, Star Market. Pada minggu ke-9 ini, MJBowlers membariskan pemain-pemain utama yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam sesi latihan bersama Coach Mus dan Kapten MJBowlers, Abdul Rashid, iaitu Haji Rohaizat, Otto Shahrizan, Suhaimie Leong, Nor Azami dan ketua pasukan yang juga tonggak utama pasukan, Nur Yazid.

Keadaan “lane oiling” yang berubah pada minggu ini, membuatkan pemain-pemain MJBowlers bermula dengan agak kekok, kerana masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan “fresh oil” pada permulaan pertandingan, dimana jumlah jatuhan pin pada “Game 1” agak rendah berbanding keupayaan pemain-pemain. Namun, pemain MJBowlers bangkit semula pada pusingan seterusnya dengan jumlah jatuhan pin 973 dan 887 di dalam “Game 2” dan “Game 3”.

Jumlah jatuhan pin sekeluruhan sebanyak 2,639 sumbangan Haji Rohaizat (483), Otto (574), Suhaimie (537), Azami (532), dan Yazid (513), meletakkan MJBowlers di tempat ke-7 berbanding pasukan lain pada malam tersebut. Dari segi kedudukan liga, MJ Bowlers jatuh satu anak tangga di bawah pendahulu liga Star Markets dan pasukan Lions yang berjaya memintas dengan jumlah kutipan jatuhan pin terbanyak pada malam tersebut, sebanyak 2,849.

Diharap pemain-pemain akan meneruskan latihan intensif bersama Coach Mus untuk meningkatkan lagi prestasi dan corak permainan yang versatil, sesuai dengan keadaan “oil lane” yang sentiasa berubah.