Category: FTBJ

FTBJ Bowler of The Year 2018: Syeena Syahrizan Mencapai Tempat Keempat

Jeddah, 26 Mac 2019 – Kejohanan bowling individu tahunan anjuran FTBJ, 2018 Bowler of The Year telah berlangsung pada 22 Mac 2019 bertempat di Bowling City.

Kejohanan kali ini disertai oleh seramai 41 pemain lelaki dan 25 pemain wanita, yang layak ke pusingan akhir selepas mengharungi pusingan suku-akhir dan separuh akhir pada minggu2 sebelumnya.

Dalam kejohanan tahun ini, pemain muda MJBowlers Syeena Syahrizan berjaya merebut tempat keempat kategori wanita, selepas layak ke pusingan stepladder. Pemain Filipina Melody Agbayani muncul juara kejohanan ini. Kategori lelaki dimenangi oleh pemain kelas O, Ric Reformado yang menumpaskan Mhon Laxamana di pusingan akhir stepladder.

Syabas diucapkan buat Syeena atas kejayaan kali ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin buat semua pemain2 MJBowlers untuk berusaha lagi untuk mencapai kejayaan, InshaAllah.

Pencapaian penuh pemain2 MJBowlers disenaraikan di bawah.

Kategori Wanita

  1. Syeena Syahrizan – Tempat ke-4
  2. Hasnah – Tempat ke-6
  3. Hayati – Tempat ke-17
  4. Rozana – Tempat ke-22
  5. Norimah – Tempat ke-24
  6. Azhanawati – Tempat ke-25

Kategori Lelaki

  1. Wan Kamal Azlan – Tempat ke-12
  2. Ahmad Shariffuddin – Tempat ke-15
  3. Azami Nordin – Tempat ke-19
  4. Oto Shah – Tempat ke-20
  5. Mazlan Yaakob – Tempat ke-21
  6. Suhaimie Leong – Tempat ke-31

~WKA~

Senarai pemenang2 FTBJ Bowler of The Year 2018

FTBJ Friday Night League : MJBowlers Are 2nd Runner-up (ENG)

Jeddah, 26th March 2019 – MJBowlers finished as 2nd Runner-up in the FTBJ Friday League 57th Conference, behind Dabarkadz and eventual Champion Team Bowling City.

After 18 weeks of league play, MJBowlers qualified for the stepladder finals of the FTBJ Friday League as one of the top two league teams, together with Team Bowling City.

Captained by Oto Shah, with MJBowlers main Captain Abdul Rashid in advisory role, the team was also represented by Richard B Antonio, Azami Nordin, Azizan Abdul Aziz, Rozana Zaini and Syeena Syahrizan in the finals lineup.

The stepladder finals was held on Friday, 15th March 2019 in Bowling City, Jeddah.

The MJBowlers team expressed gratitude and thankfulness to all friends and family members that came down to support the team. A special thanks to Coach Mus (Shawall Mustafa) for his never ending support and guidance throughout the league.

MJBowlers: Respect All, Fear None, Roll High

~WKA~

NB: Article was updated from earlier published article on 14th March 2019, to reflect final results.

Keputusan FTBJ Monday Night League: MJBowlers Naib Juara

Jeddah, 8 Januari 2019 – Satu perlawanan pusingan akhir telah berlangsung pada hari Isnin, 7 Januari 2019 sebagai penutup tirai Kejohanan Monday Night League, anjuran Filipino Tenpin Bowling Jeddah (FTBJ). Untuk liga ini, pasukan MJBowlers diketuai oleh Ahmad Sharifuddin bin Muhammad selaku kapten pasukan, sambil dibantu oleh Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai penasihat teknikal dan strategi.

Seusai 15 pusingan liga, pasukan MJBowlers berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir “stepladder” di tempat kedua di belakang pasukan Bowling City yang diketuai oleh Igna Salgado. Pasukan-pasukan lain pula berentap di “play-off round” untuk mencari satu pasukan lagi yang akan memasuki pusingan “stepladder”. Selepas saingan sengit sebanyak 2 perlawanan, pasukan Deaf Club Jeddah (DCJ) dari Saudi Arabia berjaya menempatkan diri di tangga teratas pusingan “play-off round” dan melayakkan diri untuk bertemu pasukan MJBowlers di dalam “stepladder finals”.

Pasukan MJBowlers diwakili oleh Mohd Sharizan (Oto) di posisi driver, bersama-sama Azizan Abdul Aziz, Abdul Rashid dan Norazami Nordin bermain di posisi anchor. Pasukan DCJ pula diwakili oleh pemain-pemain tempatan, Mohsein, Bilal, Fahd dan Bassam. Dalam perlawanan ini, strategi MJBowlers untuk menyekat kemaraan DCJ dengan mengawal permainan sejak dari awal lagi, dan mematahkan rentak pemain-pemain DCJ yang lebih selesa dengan permainan yang pantas. 

Di pusingan akhir, MJBowlers bertembung pula dengan pasukan tempat yang layak di tempat pertama, Bowling City. Pasukan BC ini diwakili oleh pemain kelahiran Saudi Arabia, Kamal Felemban (Kemo) bersama-sama Romel Gallasinao Agbayani, Igna Salgado dan Sammy. Kemo baru-baru ini telah menjuarai Kejohanan Bowling Saudi Arabia Ke-15, anjuran Persatuan Bowling Saudi Arabia. Pasukan MJBowlers mengekalkan pemain-pemain dari perlawanan pertama dengan hanya pertukaran strategi minimal dimana Wan Kamal bermain di posisi anchor.

Walaupun memberikan tentangan yang sengit, pasukan MJBowlers tumpas dengan jumlah mata scratch 776 berbalas 813.

Perjalanan dan perjuangan MJBowlers masih belum tamat, dan pencapaian pasukan dibawah bimbingan Ahmad Sharifuddin untuk musim ini boleh dibanggakan. Semoga pencapaian ini menjadi pencetus semangat dan pemangkin untuk semua pemain-pemain berusaha dengan lebih giat untuk mengharumkan nama pasukan MJBowlers di masa hadapan, InshaAllah.

Pasukan MJBowlers juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih buat Coach Mus (Shawall Mustafa) yang sentiasa sudi dan sabar untuk memberikan bimbingan dan dorongan sepanjang perjalanan liga ini. Tidak lupa juga penghargaan buat ahli keluarga MJBowlers yang turut datang memberikan sokongan semasa pertandingan akhir dan juga sepanjang kejohanan ini.

Untuk pusingan seterusnya, pasukan MJBowlers akan di pimpin oleh pemain berkaliber, Mazlan Yaakob, serta dibantu oleh Azizan Abdul Aziz. Semoga kejuaraan milik MJBowlers pula kali ini, InshaAllah.

~WKA~

Pasukan MJBowlers (dari kiri): Norazami Nordin (OSU), Mohd. Shahrizan (Oto), Wan Kamal (Bulldozer), Hj. Rohaizat Kamisan, Mazlan Yaakob, Kapten Liga Isnin Ahmad Sharifuddin, Kapten Utama MJBowlers Abdul Rashid dan Azizan Abdul Aziz (The Stinger).
Keptutusan Perlawanan Akhir MJBowlers tumpas kepada Bowling City 776 – 813

 

Skrol ke bawah untuk melihat gambar-gambar sekitar perlawanan akhir Liga Monday Night.

 

 

Monday Night League – Kemaskini Minggu ke-9

24 April 2018, Bowling City- Jeddah,  “Monday Night League” merupakan salah satu pertandingan liga yang disertai oleh MJBowlers, dengan misi memberikan pendedahan dan pengalaman pertandingan secara berpasukan untuk pemain-pemain MJBowlers. Secara tidak langsung, pertandingan sebegini dapat menerapkan dan meningkatkan semangat berpasukan dalam setiap pemain-pemain yang mewakili MJBowlers. Dalam pertandingan liga setiap hari Isnin ini, MJBowlers diketuai oleh Nur Yazid.

Setakat minggu ke-8, MJBowlers berada dikedudukan ke-2, dibelakang pendahulu liga, Star Market. Pada minggu ke-9 ini, MJBowlers membariskan pemain-pemain utama yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam sesi latihan bersama Coach Mus dan Kapten MJBowlers, Abdul Rashid, iaitu Haji Rohaizat, Otto Shahrizan, Suhaimie Leong, Nor Azami dan ketua pasukan yang juga tonggak utama pasukan, Nur Yazid.

Keadaan “lane oiling” yang berubah pada minggu ini, membuatkan pemain-pemain MJBowlers bermula dengan agak kekok, kerana masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan “fresh oil” pada permulaan pertandingan, dimana jumlah jatuhan pin pada “Game 1” agak rendah berbanding keupayaan pemain-pemain. Namun, pemain MJBowlers bangkit semula pada pusingan seterusnya dengan jumlah jatuhan pin 973 dan 887 di dalam “Game 2” dan “Game 3”.

Jumlah jatuhan pin sekeluruhan sebanyak 2,639 sumbangan Haji Rohaizat (483), Otto (574), Suhaimie (537), Azami (532), dan Yazid (513), meletakkan MJBowlers di tempat ke-7 berbanding pasukan lain pada malam tersebut. Dari segi kedudukan liga, MJ Bowlers jatuh satu anak tangga di bawah pendahulu liga Star Markets dan pasukan Lions yang berjaya memintas dengan jumlah kutipan jatuhan pin terbanyak pada malam tersebut, sebanyak 2,849.

Diharap pemain-pemain akan meneruskan latihan intensif bersama Coach Mus untuk meningkatkan lagi prestasi dan corak permainan yang versatil, sesuai dengan keadaan “oil lane” yang sentiasa berubah.

Kemunculan semula Ahmad Sharifudin aka ” Snake”

Bowling City- Jeddah,  “Monday Night League” terus menjadi tumpuan MJ Bowlers untuk terus mengekalkan pencapaian dan kemasukan semula din menyuntik semangat pemain MJ Bowlers yang lain.

Barisan pemain MJ Bowlers diwakili oleh Wan Kamal, Din, Azizan, Azami dan Yazid dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2904 hasil dari sumbangan Wan kamal (558),Din (573),Azami (645), Azizan (570) dan Yazid 558).

Manakala dari segi kedudukan pula MJ Bowlers terus kekal di tangga ke dua liga dan berada tempat ke dua jatuhan pin terbanyak di belakang Bowling City yang mengutip 3,022 jatuhan pin.

Perbezaan 56 pin sahaja dipisahkan MJ Bowlers dan Lion setakat di minggu ke 6 ini dan tidak mustahil MJ Bowlers boleh menduduki tahta teratas liga di minggu-minggu mendatang sekira pencapaian ini dipertingkatkan lagi.

 

Kemas Kini “Monday Night League” bagi minggu ke -2

Bowling City ,Jeddah – 11/03./2018 : MJ Bowlers telah menghantar wakil bagi kejohanan “Monday League” anjuran FTBJ yang di hoskan oleh Igna yang juga mewakili pasukan Bowling CIty ( Host Team).Kejohanan ini merangkumi 18 minggu siri pertandingan  yang mana melibatkan 8 pasukan yang bertanding, Di antara pasukan yang bertanding adalah pasukan Lion,Star Market,Batang-Angas,MJ Bowlers,Nilobabes,Bowling City,Lodi-KKB dan Al-Mottawer Meg,

Berikut adalah lineup pasukan yang menyertai kejohanan ini dengan kedudukan kelas yang terkini:

MJ Bowlers pada minggu ke -2 ini , di wakili oleh Abdul Rashid, Oto, Wan Kamal, (Rohaizat) dan Azami berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 2752 yang merupakan yang ke -6 tertinggi dari 8 pasukan yang bertanding, manakala “Lion’ telah menduduki tempat pertama dengan jatuhan pin sebanyak 3036.

 

 

Siri pertandingan ini sudah memasuki minggu ke -2 yang mana kedudukan terkini memihak kepada pasukan “Lion” yang dianggap pasukan terkuat dan pasukan yang diramal akan terus mengungguli tahta liga. Namun  liga ini masih baru untuk dimuktamadkan selain barisan pasukan yang lain sedang mencari kesesuaian dan keserasian pemain.