TCBL-20 Minggu ke-8 – Keputusan Apr 24, 2018

Dengan keadaan “lane oil” yang baru, kedua-dua pasukan bermula dengan agak kekok, namun MJBowlers dapat menumpaskan pasukan JBS dengan jumlah jatuhan pin di “Game 1” sebanyak 665-623 (scratch) dan 750-686 (dengan handicap) untuk mengutip 4 mata perlawanan. Di “Game 2”, pemain MJBowlers meneruskan kecemerlangan permainan, walaupun menghadapi cabaran “lane oil” yang berubah, dan  menewaskan pasukan lawan dengan jumlah jatuhan pin 741-658 (scratch) dan 826-729 (dengan handicap) untuk mengutip 4 mata perlawanan seterusnya. Pada “Game 3”, dengan keadaan “lane oil” yang kering, MJ Bowlers tewas tipis kepada pasukan lawan dengan jumah jatuhan pin 673-703 (scratch) dan 762-774 (dengan handicap). Dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan 2079 (scratch) dan 2338 (dengan handicap), pasukan MJBowlers berjaya mengutip jumlah mata perlawanan sebanyak 18 berbanding dengan pasukan lawan yang mengutip sebanyak 4 mata.

Secara keseluruhan keputusan liga pada malam tersebut, pasukan MJBowlers berjaya mengutip 8 mata tambahan untuk mengumpul sejumlah 26 mata, untuk jumlah markah liga sebanyak 223 mata. MJBowlers berjaya mengekalkan kedudukan di tempat kedua, dibelakang pendahulu liga, pasukan Day Lights, dan meluaskan jarak dari pasukan yang lain.

Pada minggu ke-9, pasukan MJBowlers akan bertembung pula dengan pasukan BCT Knights, yang telah memberikan permainan yang memberasangkan pada malam minggu ke-8. Pemain-pemain MJBowlers disarankan agar meneruskan latihan intensif bersama Coach Mus, untuk mempertingkatkan mutu permainan, dan mengembangkan corak permainan ke arah lebih versatil. Dengan keadaan “lane oil” yang sentiasa berubah-ubah, pemain-pemain seharusnya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan berlainan pada setiap perlawanan. Seperti yang dinasihatkan oleh Coach Mus dalam setiap sesi latihan: “You have to bring your A-Game, B-Game, and C-Game.”