Pencapaian pada minggu ke -14 (SAT-AM-FTBJ)

Bowling City -Jeddah,  Liga sabtu pagi sudah memasuki minggu ke 14 dan hanya berbaki 4 minggu lagi untuk melangkah ke “Positioning Round”  iaitu pada 12 Mei 2018 dan minggu berikutnya merupakan STEP Ladder Championship yang juga jatuh pada bulan Ramadan.

Kedudukan semasa MJ Bowlers pada minggu ke -14 ini, masih kekal di tahta pertama dengan diikuti rapat oleh Bowling City dan Lance &3Rdy.  MJ Bowlers yang diwakili oleh  Tariq, Azzhanawati, Wan Kamal dan Yazid  telah membuat jatuhan pin sebanyak 742, 729 dan 740.  Azzhanawati begitu menyerlah pada minggu ke 14 ini  dan  begitu konsisten membuat penyudah dan membantu pasukan untuk berada di kelompok ke 3 dari pasukan bertanding dari segi kutipan mata. 

Sungguhpun keputusan agak kurang menggalakkan  dari segi prestasi, namun semangat berpasukan yang diterapkan dapat membantu menempatkan MJ Bowlers di kedudukan ke 3 dengan 27 mata hasil dari 3 game  siri. Pasukan Jowett dan Lance &3Rdy  masing-masing mengutip 30 dan 28 mata. 

Bagi kedudukan pasukan-pasukan yang bertanding, MJ Bowlers terus unggul di tahta liga dengan meninggalkan  Bowling City, Lance &3Rdy. Namun begitu dengan perbezaan 12 mata dari Bowling City, kedudukan MJ Bowlers tidaklah begitu selamat dan selesa.  Bowling City terus mengejar dan menunggu kesilapan  bagi mencantas kedudukan MJ Bowlers.