Pencapaian MJ Bowlers sepanjang tahun 2017

Tahun 2017 baru sahaja melabuhkan tirainya dan sepanjang tahun 2017, pasukan MJ Bowlers begitu komited dalam meletakkan penanda aras bagi sukan Bowling di negara Arab saudi ini. Walaupun penyertaan  MJ Bowlers ini hanyalah memenuhi masa terluang dan juga merapatkan silaturrahim  di antara rakyat Malaysian yang bekerja di sini, tetapi sikap dan komitmen yang diberikan sungguh membanggakan.  Ahli MJ Bowlers yang bergerak secara satu pasukan samada dalam urusan kekeluargaan maupun dalam urusan pengendalian kejohanan yang di amanahkan.  Dalam tahun 2017 , Konsulat Malaysia telah mengamanahkan MJ Bowlers untuk menganjurkan beberapa sukan yang besar seperti  Pertandingan Piala Agung, Kejohanan KMH 2017 dan Kejohanan Hari Sukan Negara. Tugasan ini dipikul dengan baik dan penganjuran telah berjaya mencapai sasaran pihak konsulat dengan terkumpulnya seramai 150-170 warga Malaysia di wilayah barat berkumpul bagi menjayakan kejohanan tersebut.

Dengan dana yang terhad, MJ Bowlers mampu menjayakan semua tugasan kejohanan di samping MJ Bowlers sendiri  mencari sumbangan dana dari syarikat-syarikat dan juga orang persendirian bagi menampung perbelanjaan sepanjang 2017. Penaung MJ Bowlers Tuan Khairul Annuar yang bertugas di MATRADE banyak membantu memperkenalkan MJ Bowlers kepada syarikat-syarikat di Jeddah dan dengan usaha beliau MJ Bowlers telah memperolehi penaja utama dalam siri kejohanan antarabangsa.  

Felda Dsaji merupakan syarikat pertama yang memberi kepercayaan kepada MJ Bowlers dan menaja pasukan MJ Bowlers bagi menyertai kejohanan SAT-AM FTBJ (Philippine Ten Pin Bowling Jeddah) 2017. Kejohanan  ini berlangsung selama 6 bulan dan MJ Bowlers telah berjaya dinobatkan sebagai juara. Disepanjang kejohanan berlangsung MJ Bowlers telah membuat promosi kewujudan restoran Malaysia di Jeddah dengan memperagakan jesey Restoran Dsaji. Kejohanan ini merupakan “Main Event” di Jeddah dan sentiasa mendapat liputan kerana penglibatan dari warga Saudi, Philippine, Syria dan Canada yang turut sama menyertai kejohanan ini.

MJ Bowlers terus mendapat pengiktirafan  pada tahun 2017 yang mana satu lagi syarikat besar telah menaja MJ Bowlers iaitu  Syarikat Penerbangan tambang murah dari Singapura iaitu ” SCOOT AIR”. Dengan penajaan SCOOT AIR, MJ Bowlers telah memasuki pertandingan  SAT-AM FTBJ dan pada 16 Dis 2017 MJ Bowlers sekali lagi berada di “Championship Round” bagi mengulangi  kejayaan bersama DSAJI sebelum ini, tetapi telah tewas tipis dengan pasukan  Lance&3Rdy di peringkat “STEP LADDER”. MJ Bowlers hanya mampu meraih tempat ketiga. Sungguhpun kalah dan berada di tempat ke-3, namun pencapaian masih boleh dibanggakan kerana pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini  menampilkan pemain yang berkualiti.    

   

Manakala di kejohanan SPMBL-FEDBJ, nama pasukan MJ Bowlers ini terus meniti dibibir-bibir pasukan yang bertanding kerana pasukan ini dikira ” Pasukan Mentah” tetapi sering kali memberikan tentangan kepada pasukan lain yang dianggap “senior” kerana peningkatan prestasi bagi setiap kejohanan yang disertai. Bagi kejohanan  SPMBL-FEDBJ   ini MJ Bowlers berjaya ke “STEP LADDER” dan tersekat di tangga ke 4 setelah gagal menjinakkan Lance&3RDY di tangga ke 3 carta.  Pencapaian masih boleh dibanggakan kerana dari awal kejohanan ini, kapten pasukan tidak meletakan sasaran besar kerana objektif utama adalah pendedahan beberapa pemain baru di dalam pasukan MJ Bowlers.

Kejayaan terus di ukir disetiap penyertaan dan tugasan ini bukanlah mudah kerana percaturan dan juga usaha gigih pemain dipertaruhkan dan didambakan.  Atas kesedaran itulah prestasi pemain haruslah dipertingkatkan dari masa ke semasa dan dengan adanya  Shahwall Mustafa @ Coach Mus yang secara suka rela untuk melatih ahli MJ Bowlers memperbetulkan teknik dan memantapkan balingan dari pertengahan  tahun 2016 sehinggalah sekarang walau pun masa beliau agak terhad atas sebab tugasan utama harian. Usaha beliau memberikan penekanan latihan telah membuahkan hasil bagi pasukan MJ Bowlers yang terhasil dari kejohanan yang disertai sepanjang 2017. 

Perkembangan yang memberangsangkan dari pemain wanita begitu ketara sepanjang tahun 2017 ini dengan Coach Mustafa banyak membantu dari menitik beratkan dari segi “approch” dan “release”. “Foot Work” juga  diberi penekanan bagi membantu memperbaiki “targeting point”.

 

 Ukuran dan tanda aras prestasi MJ Bowlers di sepanjang tahun 2017 ini  dapat di lihat dengan penglibatan pemain yang bermain di peringkat “Open” iaitu menyertai  “Monthly Tournament ” yang  di adakan oleh FTBJ ataupun FEDBG pada setiap awal bulan yang mana pemain akan bertanding dengan pemain lain mengikut kelas atau kategori masing-masing.  Keberanian menyertai pertandingan individu ini, sedikit sebanyak membantu dan membuka keyakinan diri untuk bersaing dan mempraktikan latihan yang telah diterapkan. Pencapaian tertinggi “Ladies Bowlers” setakat ini datang dari Azhanawati  dan juga Rozana yang telah berjaya bergelar juara  untuk FTBJ dan FEDBG. Begitu juga kepada Hasnah yang telah berjaya menjulang tempat pertama bersama Suhaimie Leong dalam acara “Mix Double” anjuran FEDBG.

Kejayaan pemain wanita ini menjadi igauan kepada peserta lain yang menampakkan peningkatan yang drastik dari MJ Bowlers menggungguli saingan.  Kemunculan pemain muda MJ Bowlers berumur 15 tahun (Syeena) yang juga sudah mula menampakkan hasilnya dan tahun 2018 sudah pasti akan menjadi percaturan kapten pasukan MJ Bowlers  di kejohanan besar MJ Bowlers.

 

Bagi pencapaian pemain lelaki pula dilihat beberapa nama baru yang turut menyinar disepanjang tahun 2017 iaitu  Wan Kamal, Oto, Rohaizat, Azizan dan juga Mazlan.  Wan Kamal dan Oto masing-masing pernah memenangi kejuaran individu anjuran FTBJ dan FEDBG.

Pihak penganjur (FTBJ/FEDBG) telah mengeluarkan senarai kelas pada setiap pemain yang menyertai kejohanan mereka. Kelas/kategori ini akan digunakan dalam tempoh 6 bulan sehingga Jun 2018 dan akan disaring semula bagi menentukan kelas terkini.  Senarai kelas yang dikeluarkan ini akan digunakan oleh pihak penganjur untuk menetukan pemberian handicap dikejohanan yang akan disertai pemain MJ Bowlers.

Coach Mus pula begitu gembira dengan pencapaian pemain-pemain MJ Bowlers sepanjang tahun 2017 walau pun belum 100% mencapai target yang diharapkan. Untuk tahun 2018 dengan peningkatan average yang sudah disenaraikan adalah diharapkan pemain MJ Bowlers perlu berlatih bersungguh-sungguh dan sentiasa bersedia mempelajari teknik-teknik atau tips baru tanpa ada rasa takut untuk mencuba kerana ianya memerlukan masa untuk mencapai hasil yang positif.

 Tirai 2017 telah dilabuhkan dengan pahit manis dan disulami perasaan yang bercampur baur terutama pasukan MJ Bowlers kehilangan beberapa pemain senior seperti Hairul  dan Khairul yang telah tamat bertugas di Saudi dan pulang ke Malaysia. Tugas mereka di galas oleh pemain MJ Bowlers yang lain bagi kelanjutan penglibatan terus MJ Bowlers untuk tahun 2018 ini. Pasukan MJ Bowlers akan terus di pimpin oleh Abdul Rashid selaku kapten pasukan dan juga ditugaskan membuat percaturan pemain untuk diturunkan  di kejohanan yang disertai oleh MJ Bowlers.

Bagi tahun 2018, perancangan untuk memantapkan prestasi terus di utamakan dan juga beberapa kejohanan yang akan diberi keutamaan untuk digalas oleh pasukan MJ Bowlers. Penaja utama dari TSI “The Synergy International” telah memberi keyakinan menaja MJ Bowlers di kejohanan ICBL -“Inter Company Bowling League”. Sungguhpun begitu MJ Bowlers masih memerlukan beberapa penaja lagi bagi menaja beberapa siri liga untuk tahun 2018 nanti.