Bersama Coach Mus

Shahwall Mustafa  atau lebih dikenali dengan Mus ialah bekas  pemain kebangsaan Brunei  Darussalam.. Beliau juga pernah mengikuti kursus kejurulatihan sukan Bowling  dan juga menjalani kursus  sebagai salah seorang  “Ball Driller”.

Mustafa @ Mus dilahirkan di Brunei Darussalam  pada tahun 1969 dan mula serius dengan permainan bowling seawal tahun 1992  sehinggalah dapat mewakili Negara Brunei Darussalam  di beberapa pertandingan serantau dan antarabangsa. Berpengalaman  melatih pemain remaja sehingga melahirkan pemain pelapis dan ada juga yang telah berjaya mewakili negara Brunei Darussalam ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2015, @Mus pernah membantu pasukan Philippine memenangi tempat kedua dan ketiga pertandingan liga di Jeddah, Arab Saudi.

Pengenalan kami dengan Coach Mus di Jeddah adalah semasa kami dalam pertandingan Bowling FEDBG di Bowling City pada bulan Oct 2016 dan ketika itu  beliau menjadi penonton kepada kejohanan yang sedang berlangsung.

Bermula dari detik itulah  @ Mus telah memulakan pengenalan asas bowling dan secara sukarela memberi bimbingan dan mencurahkan pengalaman kepada ahli MJ Bowlers.  Kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan , ada yang di peringkat  “Fine Tune”, ada yang “back to basic” .  Dengan pengalaman yang ada selain memperbetulkan teknik, Coach Mus juga menitikberatkan  “Proper Grip & Fitting”, “Ball Layout” dan lain-lain lagi semata-mata bagi membantu meningkatkan prestasi MJ Bowlers. Hasilnya cukup memberangsangkan  sehinggalah  pemain MJ Bowlers sudah mampu bersaing dengan pasukan yang lebih berpengalaman ketika dalam kejohanan Ten Pin Bowling yang dianjurkan di sekitar Jeddah.

Semoga dengan dedikasi Mus akan terus memberi impak maksimum kepada proses menaik taraf pencapaian MJ Bowlers dan secara langsung akan menaikkan nama MALAYSIA di arena Bowling di Jeddah Saudi Arabia.