Category: Lain-lain Berita

MJBowlers Ladies Fun Games – March 2019

Jeddah 10 March 2019 – Bagi memantapkan lagi permainan dan mengeratkan lagi silaturrahim, MJBowlers Ladies telah menganjurkan satu sesi Fun Games bertempat di Bowling City pada 6 March 2019.

Hadiah2 adalah sumbangan dari ahli2 MJBowlers.

Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil dan memperbaiki mutu permainan semua pemain2. Syabas diucapkan buat pemenang2, dan di harap sesi ini dapat di teruskan pada masa yang akan datang, InshaAllah.

~WKA~

Pemenang stepladder: Azhanawati (1), Hasnah (2) dan Rozana (3)
Pemenang hadiah Triple Strike / Turkey : Ain, Rozana dan Yatie
Hadiah untuk pemenang markah game tertinggi, ‘clean game’ dan jatuhan pin keseluruhan tertinggi.
Pemenang2 hadiah istimewa
Cenderahati buat juri khas

Fun Games bersama Yanbu Bowlers

Jeddah, 28 Januari 2019 – Selain latihan semasa pada petang Sabtu, pemain2 MJBowlers juga mengambil peluang bermain dalam acara Fun Games anjuran FEDBG. Acara ini memberi peluang untuk pemain2 menguji tahap permainan, fizikal dan mental, bagi memantapkan lagi mutu permainan.

Pemain2 dari pasukan Yanbu Bowlers, Suhaimi Abd Rahman, Raemy dan Azmi turut serta di dalam acara Fun Games pada minggu ini. Acara santai ini juga secara tidak langsung memupuk semangat kesukanan dan ukhwah antara pemain2. Semoga kita semua dapat mengambil peluang untuk turut serta di dalam acara2 lain seterusnya, InshaAllah.

~WKA~

Dari kiri: Azmi, Suhaimie Leong, Suhaimi Abd Rahman, Raemy, Abdul Rashid dan Wan Kamal

Pencapaian MJ Bowlers sepanjang tahun 2017

Tahun 2017 baru sahaja melabuhkan tirainya dan sepanjang tahun 2017, pasukan MJ Bowlers begitu komited dalam meletakkan penanda aras bagi sukan Bowling di negara Arab saudi ini. Walaupun penyertaan  MJ Bowlers ini hanyalah memenuhi masa terluang dan juga merapatkan silaturrahim  di antara rakyat Malaysian yang bekerja di sini, tetapi sikap dan komitmen yang diberikan sungguh membanggakan.  Ahli MJ Bowlers yang bergerak secara satu pasukan samada dalam urusan kekeluargaan maupun dalam urusan pengendalian kejohanan yang di amanahkan.  Dalam tahun 2017 , Konsulat Malaysia telah mengamanahkan MJ Bowlers untuk menganjurkan beberapa sukan yang besar seperti  Pertandingan Piala Agung, Kejohanan KMH 2017 dan Kejohanan Hari Sukan Negara. Tugasan ini dipikul dengan baik dan penganjuran telah berjaya mencapai sasaran pihak konsulat dengan terkumpulnya seramai 150-170 warga Malaysia di wilayah barat berkumpul bagi menjayakan kejohanan tersebut.

Dengan dana yang terhad, MJ Bowlers mampu menjayakan semua tugasan kejohanan di samping MJ Bowlers sendiri  mencari sumbangan dana dari syarikat-syarikat dan juga orang persendirian bagi menampung perbelanjaan sepanjang 2017. Penaung MJ Bowlers Tuan Khairul Annuar yang bertugas di MATRADE banyak membantu memperkenalkan MJ Bowlers kepada syarikat-syarikat di Jeddah dan dengan usaha beliau MJ Bowlers telah memperolehi penaja utama dalam siri kejohanan antarabangsa.  

Felda Dsaji merupakan syarikat pertama yang memberi kepercayaan kepada MJ Bowlers dan menaja pasukan MJ Bowlers bagi menyertai kejohanan SAT-AM FTBJ (Philippine Ten Pin Bowling Jeddah) 2017. Kejohanan  ini berlangsung selama 6 bulan dan MJ Bowlers telah berjaya dinobatkan sebagai juara. Disepanjang kejohanan berlangsung MJ Bowlers telah membuat promosi kewujudan restoran Malaysia di Jeddah dengan memperagakan jesey Restoran Dsaji. Kejohanan ini merupakan “Main Event” di Jeddah dan sentiasa mendapat liputan kerana penglibatan dari warga Saudi, Philippine, Syria dan Canada yang turut sama menyertai kejohanan ini.

MJ Bowlers terus mendapat pengiktirafan  pada tahun 2017 yang mana satu lagi syarikat besar telah menaja MJ Bowlers iaitu  Syarikat Penerbangan tambang murah dari Singapura iaitu ” SCOOT AIR”. Dengan penajaan SCOOT AIR, MJ Bowlers telah memasuki pertandingan  SAT-AM FTBJ dan pada 16 Dis 2017 MJ Bowlers sekali lagi berada di “Championship Round” bagi mengulangi  kejayaan bersama DSAJI sebelum ini, tetapi telah tewas tipis dengan pasukan  Lance&3Rdy di peringkat “STEP LADDER”. MJ Bowlers hanya mampu meraih tempat ketiga. Sungguhpun kalah dan berada di tempat ke-3, namun pencapaian masih boleh dibanggakan kerana pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini  menampilkan pemain yang berkualiti.    

   

Manakala di kejohanan SPMBL-FEDBJ, nama pasukan MJ Bowlers ini terus meniti dibibir-bibir pasukan yang bertanding kerana pasukan ini dikira ” Pasukan Mentah” tetapi sering kali memberikan tentangan kepada pasukan lain yang dianggap “senior” kerana peningkatan prestasi bagi setiap kejohanan yang disertai. Bagi kejohanan  SPMBL-FEDBJ   ini MJ Bowlers berjaya ke “STEP LADDER” dan tersekat di tangga ke 4 setelah gagal menjinakkan Lance&3RDY di tangga ke 3 carta.  Pencapaian masih boleh dibanggakan kerana dari awal kejohanan ini, kapten pasukan tidak meletakan sasaran besar kerana objektif utama adalah pendedahan beberapa pemain baru di dalam pasukan MJ Bowlers.

Kejayaan terus di ukir disetiap penyertaan dan tugasan ini bukanlah mudah kerana percaturan dan juga usaha gigih pemain dipertaruhkan dan didambakan.  Atas kesedaran itulah prestasi pemain haruslah dipertingkatkan dari masa ke semasa dan dengan adanya  Shahwall Mustafa @ Coach Mus yang secara suka rela untuk melatih ahli MJ Bowlers memperbetulkan teknik dan memantapkan balingan dari pertengahan  tahun 2016 sehinggalah sekarang walau pun masa beliau agak terhad atas sebab tugasan utama harian. Usaha beliau memberikan penekanan latihan telah membuahkan hasil bagi pasukan MJ Bowlers yang terhasil dari kejohanan yang disertai sepanjang 2017. 

Perkembangan yang memberangsangkan dari pemain wanita begitu ketara sepanjang tahun 2017 ini dengan Coach Mustafa banyak membantu dari menitik beratkan dari segi “approch” dan “release”. “Foot Work” juga  diberi penekanan bagi membantu memperbaiki “targeting point”.

 

 Ukuran dan tanda aras prestasi MJ Bowlers di sepanjang tahun 2017 ini  dapat di lihat dengan penglibatan pemain yang bermain di peringkat “Open” iaitu menyertai  “Monthly Tournament ” yang  di adakan oleh FTBJ ataupun FEDBG pada setiap awal bulan yang mana pemain akan bertanding dengan pemain lain mengikut kelas atau kategori masing-masing.  Keberanian menyertai pertandingan individu ini, sedikit sebanyak membantu dan membuka keyakinan diri untuk bersaing dan mempraktikan latihan yang telah diterapkan. Pencapaian tertinggi “Ladies Bowlers” setakat ini datang dari Azhanawati  dan juga Rozana yang telah berjaya bergelar juara  untuk FTBJ dan FEDBG. Begitu juga kepada Hasnah yang telah berjaya menjulang tempat pertama bersama Suhaimie Leong dalam acara “Mix Double” anjuran FEDBG.

Kejayaan pemain wanita ini menjadi igauan kepada peserta lain yang menampakkan peningkatan yang drastik dari MJ Bowlers menggungguli saingan.  Kemunculan pemain muda MJ Bowlers berumur 15 tahun (Syeena) yang juga sudah mula menampakkan hasilnya dan tahun 2018 sudah pasti akan menjadi percaturan kapten pasukan MJ Bowlers  di kejohanan besar MJ Bowlers.

 

Bagi pencapaian pemain lelaki pula dilihat beberapa nama baru yang turut menyinar disepanjang tahun 2017 iaitu  Wan Kamal, Oto, Rohaizat, Azizan dan juga Mazlan.  Wan Kamal dan Oto masing-masing pernah memenangi kejuaran individu anjuran FTBJ dan FEDBG.

Pihak penganjur (FTBJ/FEDBG) telah mengeluarkan senarai kelas pada setiap pemain yang menyertai kejohanan mereka. Kelas/kategori ini akan digunakan dalam tempoh 6 bulan sehingga Jun 2018 dan akan disaring semula bagi menentukan kelas terkini.  Senarai kelas yang dikeluarkan ini akan digunakan oleh pihak penganjur untuk menetukan pemberian handicap dikejohanan yang akan disertai pemain MJ Bowlers.

Coach Mus pula begitu gembira dengan pencapaian pemain-pemain MJ Bowlers sepanjang tahun 2017 walau pun belum 100% mencapai target yang diharapkan. Untuk tahun 2018 dengan peningkatan average yang sudah disenaraikan adalah diharapkan pemain MJ Bowlers perlu berlatih bersungguh-sungguh dan sentiasa bersedia mempelajari teknik-teknik atau tips baru tanpa ada rasa takut untuk mencuba kerana ianya memerlukan masa untuk mencapai hasil yang positif.

 Tirai 2017 telah dilabuhkan dengan pahit manis dan disulami perasaan yang bercampur baur terutama pasukan MJ Bowlers kehilangan beberapa pemain senior seperti Hairul  dan Khairul yang telah tamat bertugas di Saudi dan pulang ke Malaysia. Tugas mereka di galas oleh pemain MJ Bowlers yang lain bagi kelanjutan penglibatan terus MJ Bowlers untuk tahun 2018 ini. Pasukan MJ Bowlers akan terus di pimpin oleh Abdul Rashid selaku kapten pasukan dan juga ditugaskan membuat percaturan pemain untuk diturunkan  di kejohanan yang disertai oleh MJ Bowlers.

Bagi tahun 2018, perancangan untuk memantapkan prestasi terus di utamakan dan juga beberapa kejohanan yang akan diberi keutamaan untuk digalas oleh pasukan MJ Bowlers. Penaja utama dari TSI “The Synergy International” telah memberi keyakinan menaja MJ Bowlers di kejohanan ICBL -“Inter Company Bowling League”. Sungguhpun begitu MJ Bowlers masih memerlukan beberapa penaja lagi bagi menaja beberapa siri liga untuk tahun 2018 nanti.

 

 

MJ Bowlers memukau di pentas Single Final FEDBJ 2018

Bowling City Jeddah 13 Jan 2018,  Berlangsung pertarungan akhir single lelaki dan wanita  anjuran FEDBJ 2018 yang mana seramai 29 pemain lelaki dan 12  oraqng pemain wanita yang menyertai acara ini yang telah dimulai pada  23 December  2017 lagi sehinggalah pada 14 Jan 2018. Pertandingan ini di anjurkan oleh Bowling City Pro Shop dan dikelolakan oleh FEDBJ.

Sedikit coretan di peringkat saringan awal iaitu dari minggu pertama sehingglah ke minggu ke 4, Azami  dan Hasnah unggul di atas carta dan akan menuggu di pentas championship. Manakala 28 lelaki dan 11 wanita pula perlu bertarung bagi mengiringi Azami dan Hasnah di pentas akhir.

Setelah berlangsung 3 games series 4 pemain lelaki iaitu  James  (block A), Mazlan (block A), Amro (block b) dan Oto (block B) akan menyertai Azami di pentas akhir. Manakala 4 pemain wanita pula Azzhana ( block A), Pinky (block A ), Rozana (block B) dan Syeena (block B) akan menyertai Hasnah di pentas akhir.

Di peringkat akhir  lelaki , James telah berjaya menjinakkan penguasaan MJ Bowlers dan juga pemain kelas O iaitu Amro dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 423, manakala Amro berjaya menduduki tempat ke-dua dengan jatuahan pin 420. Mazlan yang dari game pertama memberikan tentangan hebat hanya mampu berada di tempat ke-3 dengan jatuhan pin sebanyak  413.  Manakala juara peringkat kumpulan iaitu Azami gagal mengekalkan rentak balingan telah dinobatkan tempat ke -4 dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 390. Oto peserta MJ Bowlers terakhir  hanya mampu menduduki tempat ke-5 dengan jatuhan pin sebanyak 363.

Kegembiraan bermula untuk MJ Bowlers apabila kategori wanita dimulakan kerana seramai 4 pemain wanita MJ Bowlers berada di pentas akhir dan seorang sahaja dari kelas A iaitu pinky dari Filipina.

Pertandingan di pentas akhir ini melihatkan Pinky memberi cabaran yang agak kuat di permulaan game yang pertama  tetapi kehilangan momentum di hujung iaitu di frame ke 7 sehingga Azzhana dan Rozana memberi tekanan kepada pemain kelas A ini. Begitu juga Hasnah yang mendahului carta kelayakan, gagal  membuat percaturan yang baik dengan keadaan lane yang sedikit kering. Manakala Syeena pemain MJ Bowlers yang meningkat naik ini gagal mengejar pemain-pemain senior MJ Bowlers.

Kejar mengejar antara Azzhana (kelas B) dan Rozana ( kelas C) di game ke dua begitu mendebarkan tetapi dengan ketenangan Rozana dapat  mengatasi kebangkitan Azzhana dengan jatuhan pin sebanyak 392 seterusnya dinobatkan juara single wanita 2018. Tempat kedua dimenangi oleh Azzhana dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 390.  Manakala Syeena telah menempatkan diri di kelompok senior dengan jatuhan pin sebanyak 342 dan sekali gus berjaya di tempat ke 3.  Hasnah gagal memberi saingan dan hanya mampu memilik tangga ke 4 dan jatuhan pin sebanyak 338. Pinky seolah-olah kehilangan sentuahan hanya mampu menepatkan diri di tangga ke 5 dengan jatuhan pin sebanyak 323. 

Tahniah kepada semua pemenang MJ Bowlers dari kategori lelaki dan wanita dan kemunculan pemain MJ Bowlers ini menunjukkan MJ Bowlers sudah berada di kelasnya tersendiri dan permulaan penyampian terbaik di awal tahun 2018. Latihan akan lebih padat akan di terapkan oleh Coach setelah beberapa kelemahan yang dikenal pasti oleh beliau di kejohanan ini.  

 

Pasangan Suami Isteri- Suhaimie & Hasnah cemerlang

6 Jan 2018 – Jeddah Arab Saudi ,Kejohanan ‘Mix Double’ anjuran  FEDBJ sudah berakhir pada sabtu yang lepas. Kejohanan ini mengambil masa selama 4 minggu untuk disudahkan. MJ Bowlers menghantar 5 pasukan ‘Mix Double’ yang terdiri daripada Suhaimie &Hasnah, Wan Kamal & Azzhana, Din & Syikin, Rashid & Rozana dan Oto & Sheena.

 Dari awal kejohanan ini pasangan Suhaimie & Hasnah begitu unggul memacu pemainan sehinggalah berjaya mengekalkan momentum dengan balingan mantap ( 233,181,181,179,179 dan 176) manakala Hasnah yang begitu menonjol di kejohanan ini membuat balingan sebanyak (202, 189, 182, 173, 172 dan 159) Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak  2387 , membolehkan pasangan suami isteri ini menduduki tangga ke dua kejohanan di belakang pasangan Kemo & Susan  yang telah berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 2422.

Pujian harus diberi kepada Hasnah yang telah mampu menyerap tekanan dan membuat balingan mantap dari seawal kejohanan dan berjaya mengekalkan focus disepanjangan kejohanan ini berlangsung.

Manakala  pasangan lain seperti Wan Kamal & Azzhana telah berjaya menduduki tangga yang ke 6 dengan jumlah jatuhan pin sebanyak  2340. 

FTBJ – Monthly Tournament.

03 November 2017- Jeddah- Setiap awal  bulan penganjur FTBJ akan mengadakan Kejuaran Bulanan yang mana ianya terbuka kepada semua kategori pemain. Sebanyak 4 kategori atau kelas pemain yang dipertandingkan iaitu kelas O, A,B dan juga C.  

Untuk kali ini MJ Bowlers menghantar 3 pemain untuk mewakili MJ Bowlers dalam acara individu.  Bagi kelas A, Faisal diberi tanggung jawap membawa cabaran MJ Bowlers dan Kelas B pula di wakili oleh Wan Kamal dan Ahmad Sariffudin (Din).

Di awal peringkat kelayakan kelas A, Faisal ( Pacai) terus unggul mendahului dan layak untuk berada di pusingan yang ke dua dengan balingan  210, 189 dan 189 . Manakala Wan Kamal berjaya membuat balingan sebanyak 172, 147, 200 dan di ikuti oleh Din sebanyak 139,187 dan 186.  Bagi kelas B ini Wan kamal telah layak ke peringkat kedua setelah berjaya menduduki kedudukan ke -5 manakala  Din yang hanya berjaya di tangga ke-6 tercicir untuk melayakkan diri ke saringan ke dua.

Di saringan ke dua ini , Wan Kamal dari kelas B telah berjaya sebagai johan kumpulan dan layak untuk ke championship  manakala Faisal ( pacai ) gagal  untuk mewakili kelas A setelah gagal meneruskan cabaran.

Pada peringkat akhir, Wan Kamal telah berjaya menempatkan diri di kelompok teratas dan berjaya mendapat tempat ke -3 pada siri kejohanan bulanan ( November 2017).

Tahniah untuk Wan Kamal kerana telah berjaya mengharumkan nama MJ Bowlers.

Sekitar Majlis penghargaan Hairul dengan penganjur FEDBJ

Jeddah Saudi Arabia 25 Oct 2017- Pro Shop FEDBJ , telah menganjurkan satu majlis penyerahan piala penghargaan kepada Saudara Hairul ( MJ Bowlers) semperna “Farewell Touch” dari semua pemain-pemain yang selama ini menyertai pertandingan  di bawah kelolaan  Pro Shop PIP’S.

 

 

Sesi latihan bersama Coach Mus

 

Jeddah Arab Saudi 25 Oct 2017, MJ Bowlers ingin memaklumkan bahawa sesi latihan bowling terbuka kepada yang berminat untuk berlatih dan memperbaiki teknik Bowling bersama-sama ahli MJ Bowlers seperti berikut:

Tempat   : Bowling City (Tahlia)

Masa      : Selasa dan Rabu – 5:00 PM – 6:30  
                  PM (Wanita /Kanak-kanak)

                : Sabtu – 2:00 PM – 4:00 PM (Lelaki/
                  wanita/kanak-kanak)

Khidmat Coaching hanya tertakluk pada kelapangan waktu Coach Mus dari 5pm – 6.30pm sahaja.

Bayaran :  Lane Fees Sahaja ( SR10 satu game).

Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Abdul Rashid – 0558574934 , Rozana -056219 6733, Azami – 0531152764

Objektif  kami adalah untuk memberi pendedahan kepada yang berminat untuk mendalami teknik yang betul dalam sukan ini.

Coretan Jamuan Hari Raya Haji 2017

Jeddah ,Arab Saudi  8 Sept.2017.  Pada hari jumaat yang lepas bersamaan 1 Sept 2017 bermakna sudah seminggu  Hari Raya Haji berlalu dan juga selesai sudah ibadat haji kepada umat Islam yang menunaikan rukun Islam. Pada warga MJ Bowlers yang tidak menunaikan ibadat haji maupun pulang ke Malaysia telah mengadakan jamuan perjumpaan raya di rumah Wan Kamal /Azhana.

Pelbagai juadah yang disediakan samaada dari tuan rumah dan juga warga MJ Bowler yang membawa masakan masing-masing. Ini sudah menjadi satu lumrah kepada warga MJ Bowlers sekiranya ada perjumpaan seumpamanya di adakan.

 Keakraban di kalangan ahli seumpaman seperti adik beradik sendiri, yang mana sentiasa bertolak ansur dan mengutamakan ikatan persaudaraan  yang baik. Itulah antara matlamat asal penubuhan MJ Bowlers ini bukan sahaja untuk bersukan tetapi ada nilai-nilai yagn baik disemai. 

  

TETAMU ALLAH ADALAH HAJI MABRUR YANG DIJANJIKAN SYURGA.

Pada hari ini 30 Aug. 2017 beberapa pemain MJ Bowlers telah bergerak ke mina bagi menunaikan ibadah Haji  pada tahun ini. Semoga dipermudahkan urusan Haj kepada Mazlan dan Ain ( Suami & Isteri) ,Faisal ( Kapten Saudi Airline) dan juga kepada Zulkhairi dan isteri. Semoga Allah memgurniakan Hajj Mabrur InshaAllah Aamiin.Jangan lupa doakan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kami sahabat2 MJ Bowler