Semangat melawan terus mengegarkan suasana “Final Step Ladder FTBJ-2017”

Jeddah Arab Saudi, 16 Dis. 2017-  Berakhirlah sudah siri kejohanan liga FTBJ 2017 yang di adakan setiap hari sabtu selama 15 minggu. Sebanyak 10 pasukan yang bertanding dan salah satunya adalah MJ Bowlers. Syarikat penerbangan tambang murah iaitu “SCOOT AIR” yang berpengkalan di Singapura telah menaruh harapan tinggi untuk menaja pasukan MJ Bowlers ini bersaing di temasya ini.  

Secara sepintas lalu, pada permulaan siri kejohanan liga ini MJ Bowlers bermula kuat dengan sentiasa berada di kedudukan  “Top 4”  dari minggu 1 hinggalah ke minggu ke 8.  Apabila memasuki pada minggu ke 8 dan seterusnya , bermulalah saat-saat getir bagi MJ Bowlers untuk mengekalkan momentum seperti seolah-olah kehilangan punca. Setiap minggu MJ Bowlers tewas mudah dengan jatuhan pin yang begitu rendah dan juga pungutan mata yang membolehkan kedudukan carta terus merundum.  Persoalan terus menghantui pemain-pemain  dan masing-masing buntu untuk memulihkan semangat  dan menurut kapten pasukan selaku “Planner” telah berberapa kali membuat perbincangan tertutup dengan jurulatih Mustafa untuk memantapkan pemain untuk persediaan “Knock Out Round” .

Seperti yang diduga pada kesudahan minggu yang ke 13 MJ Bowlers  tidak mampu lagi untuk menempatkan diri di salah satu slot 3 pasukan teratas liga dan terpaksa menempuh  “Knock out game” bagi  menentukan 4 pasukan akan layak menyertai 3 pasukan teratas untuk menyertai step ladder yang  berlangsung pada 16/12/2017. 

 Strategy yang dirancang untuk persediaan “Knock Out” ini membuahkan hasil dan MJ Bowlers telah  layak berada di pentas akhir step ladder. Sungguhpun begitu cabaran getir menanti di di awal-awal blok pertama step ladder yang mana 4 pasukan ini iaitu , JP GIlas,MJ Bowlers, AFM Delight dan Dabarkads harus melalui 2 games siri dan hanya 1 pasukan saja yang akan layak untuk bertembung pasukan ke-3 dari carta iaitu Saudi Diyar.

Perancangan ,penelitian dan pemilihan pemain telah dilakukan oleh kapten pasukan dan Tariq , Azzhana , Wan Kamal dan Mustafa telah diberi kepercayan sekali lagi untuk bertarung di “Sudden Death”.  Jumlah jatuhan pin bagi 2 game akan dikira  sebagai pemenang dan akan layak ke pusingan berikutnya.

Pada game pertama, pasukan MJ Bowlers bermula agak perlahan, mungkin kerana kegugupan tetapi atas pengalaman Tariq (RBA) memulakan langkah balingan “Strike” dan di ikuti oleh Mustafa yang di tugaskan sebagai “Anchor man”  mencetuskan momentum melawan dari Azhana dan juga Wan Kamal yang kini dikenali sebagai “Bulldozer”. Pada game pertama MJ Bowlers telah membuat jumlah jatuhan pin sebanyak  758 dan berada di kedudukan pertama diikuti rapat oleh JP Gilas (713) , AMF Delight (705)   dan  Dabarkads (698) . Game ke-2  JP Gilas telah membuat kejutan seawal balingan dengan ketua pasukannya iaitu Randy membuat 6 balingan “Strike” berterusan diikuti oleh pemain JP Gilas yang seperti Paulo yang menghangatkan keadaan  seolah-olah pertembungan hanya antara MJ Bowlers dan JP GIlas.

Tariq (RBA)  terus meengikuti rapat Randy pada frame ke 6  dengan jumlah “strike” yang sama  dan disaat inilah “Buldozer” iaitu Wan Kamal  memulakan balingan mantap mengunci kelebihan yang dimiliki oleh JP Gilas dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 204. Jumlah jatuhan pin di game ke 2 ini sebanyak 823 . Manakala JP Gilas juga mendapat jatuhan pin yang sama iaitu 823. Dengan kekalahan di game pertama dengan perbezaan 48 jatuhan pin  membolehkan MJ Bowlers layak ke pusingan seterusnya menentang pasukan Saudi Diyar di kedudukan ke -3 liga.

 

Pada pertembungan di tangga ke -4 dan ke 3 ( Step Ladder) , Saudi Diyar yang dibarisi pemain-pemain yang konsisten dari seawal musim lagi seperti Lito, Tommy, Nitty dan Rey sudah menanti kedatangan MJ Bowlers di lane 13 dan lane 14.  MJ Bowlers terus diwakili  oleh Tariq (RBA), Azzhana, Kamal dan Mustafa. MJ Bowlers tidak memberi peluang langsung kepada Saudi Diyar untuk menarik nafas lega dengan balingan padu pemain MJ Bowlers. Kebangkitan Azzhana dengan membuat jatuhan pin sebanyak 178 dan juga momentum Kamal “Bulldozer” dengan jatuhan pin sebanyak 211  menutup terus sisa-sia perjuaangan Saudi Diyar yang hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 760 sahaja. MJ Bolwers terus mara ke ladder seterusnya bertemu dengan pasukan Lance&3rdy yang  berada di kedudukan nombor 2 pusingan liga.

Pertembungan tempat ke -3 dan ke 2 ini berlangsung di lane 11 dan lane 12 yang mana Lance&3rdy dibarisi pemain seperti Mohd Amri, Shirley, Mhon dan Jhune. Perlawanan ini  merupakan pertembungan ” Strategy ” di mana pasukan Lance &3rdy ini dapat menghidu di mana kelemahan dan juga keletihan MJ Bowlers mengharungi game dari seawal pagi lagi.  Shirley yang begitu konsisten dengan menggunakan bola STORM CODE RED  membuat balingan mantap menyudahkan permainan dengan jatuhan pin sebanyak 217 tetapi pemain lelaki mereka bermain agak sederhana dan ini mampu seimbangi  oleh pemain lelaki MJ Bowlers. Dengan perbezaan mata sebanyak 35 , MJ Bowlers telah gagal untuk mencabar juara liga iaitu Bowling City. Kekalahan MJ Bowlers telah membolehkan Lance&3rdy layak ke pusingan seterusnya bertembung pasukan Bowling City.

Lance&3rdy telah dinobatkan sebagai juara pada pertandingan seterusnya setalah mengalahkan Bowling City  yang mana pasukan Bowling City gagal mempertahankan tahta teratas setelah kalah mudah dengan Lance &3rdy.

Bagi pasukan MJ Bowlers, pencapaian  ini sudah cukup membanggakan setelah terumbang ambing di pertengahan liga dan bangkit semula di “Knock Out Round” .  Banyak pengalaman dan pembelajaran baru  telah diperolehi pemain-pemain sepanjang liga 15 minggu ini berlangsung.   Motto MJ Bowlers yang berbunyi ” Respert All, Fear None, Roll High ” terus tersemat di dada pemain-pemain MJ Bowlers untuk meneruskan cabaran baru pada bulan Feb. 2018. Harapan kapten dan jurulatih MJ Bowlers agar diteruskan latihan dan penerapan stamina  agar “Endurance” pemain berada pada tahap tinggi  bagi mengharungi musim pertandingan yang sibuk di tahun 2018 nanti.