Category: Saturday AM League FTBJ

MJ Bowlers menebus kehampaan 2017 di pertandingan akhir SAT-AM FTBJ 2018.

Bowling City- Jeddah,  Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 26/5/2018 , satu lagi pencapaian terbaik ditunjukkan dari pasukan MJ Bowlers di pentas akhir Step Ladder SAT-AM FTBJ 2018. Siri liga yang ke -6 kalinya ini telah menutup tirainya semalam dan  MJ Bowlers telah dinobatkan sebagai Juara mengalahkan Bowling City.

Pertembungan akhir MJ Bowlers dengan Bowling City adalah ulangan pertandingan akhir yang telah berlangsung pada December 2017 yang mana Bowling City telah menidakkan MJ Bowlers di pertandingan akhir. Ketika itu MJ Bowlers dibarisi pemain yang begitu konsisten disepanjang musim 2017  iaitu dengan kombinasi Tariq, Azzhana, Kamal dan Mustafa.Di ketika itu MJ Bowlers telah bersedia merangkul kejuaraan 2017 tetapi keunggulan Bowling City menafikannya.  Klik -> Pencapaian 2017 SAT-AM  

Kegagalan yang lepas telah mencetus azam baru dari kapten pasukan untuk memperkemaskini barisan MJ Bowlers untuk bersaing di musim ke 6 ini. Dengan bantuan jurulatih Mustafa yang tidak kenal erti penat  dan lelah mencurahkan pengalaman untuk membimbing pemain MJ Bowlers dan meneruskan akademik latihan sehingga ke peringkat pelapis muda.

Di pertandingan SAT-AM 2018 ini, MJ Bowlers telah memulakan langkah seawal musim dari minggu pertama sehinggalah pada peringkat “knockout” di minggu ke 18, MJ Bowlers terus unggul di persada liga namun Juara bertahan 2017 “Bowling City” terus mengekori rapat MJ Bowlers sehinggalah ke minggu ke 18. Hanya 9.5 mata sahaja dipisahkan antara MJ Bowlers dan Bowling City.

Barisan pemain MJ Bowlers yang dari seawal musim 2018, menunjukkan komitmen untuk menebus kekalahan yang lepas dan dengan semangat baru ” RISING TOGETHER” . Seramai 10 pemain yang diketengahkan mengharungi cabaran 2018. 

Di peringkat Step Ladder blok pertama, AFM OTIL yang telah berjaya dengan mengalahkan 3 pasukan lain iaitu WEDSAT-JP, Joweet dan MixedNuts. Seterusnya AFM OTIL yang diketuai oleh Lito bertemu pasukan yang berada di tangga ke 3 iaitu Lance &3Rdy. Lance &3Rdy tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan AFM OTIL dengan barisan pemain yang diketuai oleh Evelyn sebagai kapten pasukan. Pertembungan seterusnya antara Lance &3Rdy menentang  Bowling City yang diketuai oleh Igna selaku kapten pasukan.
Dengan kemampuan Kemo bermain tanpa tekanan dengan mudah membantu Bowling City menundukkan  Lance & 3Rdy.

Lawan seterusnya bagi Bowling City adalah bertemu dengan MJ Bowlers yang begitu selesa di kemuncak tahta liga dan  pertembungan ini merupakan satu cabaran bagi kedua-dua pasukan. Bowling City berazam untuk mempertahankan kejuaraan, manakala MJ Bowlers untuk menebus kekalahan di peringkat akhir 2017.

Untuk pentas “Final Step Ladder 2018”  MJ Bowlers dibarisi pemain  Abdul Rashid, Azzhana, Wan Kamal dan Oto, manakala pasukan lawan dari Bowling City diwakili oleh Kemo, Marrie, Dylan dan Igna. 

Pada game pertama, MJ Bowlers gagal untuk mengambil kesempatan keatas kegugupan 3 pemain utama Bowling City iaitu Kemo,Marie dan Dylan yang hanya bermain dibawah keupayaan sebenar. Igna selaku kapten pasukan Bowling City menyelamatkan pasukan dari  kalah.  Kegugupan Azzhanawati dan Kamal memberi nafas bagi Bowling City untuk meneruskan perlawanan di game yang kedua.

Pada game # 2,  MJ Bowlers sudah menghidu ada sedikit  perubahan keadaan  pada “Oil Pattern” di lane 13 dan lane 14 dan membuat perbincangan untuk membuat sedikit perubahan taktikal dan ianya berhasil dan pemain MJ Bowlers dengan cepat  menyesuaikan keadaan. Tidak begitu kepada pemain dari Bowling City seolah-olah sudah kehilangan rentak. Disebabkan kedudukan MJ Bowlers selaku Juara Liga maka Bowling City harus mengalahkan sekali lagi MJ Bowlers  yang mempunyai status ” Twice To Beat”

Abdul Rashid telah  membuat jatuhan pin sebanyak 192 , Azzhanawati  (150), Wan Kamal (184) dan Oto (165)  manakala  Kemo (231) , Marie (127),  Dylan (158) dan Igna (166) dan sekaligus MJ Bowlers dinobatkan sebagai juara SAT-AM 2018.

Dengan keputusan ini, MJ Bowlers telah  dapat menebus kekalahan tahun 2017 dan kejayaan ini juga  hasil dari usaha yang tidak pernah putus asa dan komitmen yang telah diberikan oleh Mustafa selaku jurulatih.   “RISING TOGETHER” – MJ Bowlers. 

 

 

MJ Bowlers sekali lagi di pentas akhir bagi liga SAT AM FTBJ 2018

Bowling City- Jeddah, Setelah 18 minggu MJ Bowlers bertarung pada liga Sabtu pagi di bawah kelolaan FTBJ dan pda 26 /5/2018 akan ditentukan siapa yang bakal dinobatkan kejuaraan bagi tahun 2018 ini.  Pada minggu ke 18 ini, 3 pasukan telah mengesahkan tempat ke “Step Ladder Final” iaitu  MJ Bowlers sebagai pendahulu liga, Bowling City dan Lance &3Rdy.

Manakala pada hari sabtu ini bersamaan 19/5/2018, pasukan yang berada di tempat ke-4 hingga ke-10 akan berentap sebanyak 3 game bagi memilih 4 pasukan untuk dipilih bagi mengiringi 3 pasukan teratas pada championship  Step ladder. Pada 26/5/2018 nanti, 4 pasukan terbawah yang telah terpilih sebelumnya  akan berentap sekali lagi untuk memilih hanya 1 pasukan sahaja untuk bertemu Lance &3Rdy yang telah menunggu di tangga ke 3. 

 

Pencapaian pada minggu ke -14 (SAT-AM-FTBJ)

Bowling City -Jeddah,  Liga sabtu pagi sudah memasuki minggu ke 14 dan hanya berbaki 4 minggu lagi untuk melangkah ke “Positioning Round”  iaitu pada 12 Mei 2018 dan minggu berikutnya merupakan STEP Ladder Championship yang juga jatuh pada bulan Ramadan.

Kedudukan semasa MJ Bowlers pada minggu ke -14 ini, masih kekal di tahta pertama dengan diikuti rapat oleh Bowling City dan Lance &3Rdy.  MJ Bowlers yang diwakili oleh  Tariq, Azzhanawati, Wan Kamal dan Yazid  telah membuat jatuhan pin sebanyak 742, 729 dan 740.  Azzhanawati begitu menyerlah pada minggu ke 14 ini  dan  begitu konsisten membuat penyudah dan membantu pasukan untuk berada di kelompok ke 3 dari pasukan bertanding dari segi kutipan mata. 

Sungguhpun keputusan agak kurang menggalakkan  dari segi prestasi, namun semangat berpasukan yang diterapkan dapat membantu menempatkan MJ Bowlers di kedudukan ke 3 dengan 27 mata hasil dari 3 game  siri. Pasukan Jowett dan Lance &3Rdy  masing-masing mengutip 30 dan 28 mata. 

Bagi kedudukan pasukan-pasukan yang bertanding, MJ Bowlers terus unggul di tahta liga dengan meninggalkan  Bowling City, Lance &3Rdy. Namun begitu dengan perbezaan 12 mata dari Bowling City, kedudukan MJ Bowlers tidaklah begitu selamat dan selesa.  Bowling City terus mengejar dan menunggu kesilapan  bagi mencantas kedudukan MJ Bowlers.

 

Pencapaian pada minggu ke -9 (SAT-AM-FTBJ)

Bowling City – Jeddah,  Minggu ke -9 ini , MJ Bowlers memasukkan kembali Tariq setelah direhatkan seminggu dan MJ Bowlers juga membariskan pemenang tempat ke -3 “Bowler Of The Year 2018” iaitu Azzhanawati  disamping Wan Kamal dan juga ‘Heavyweight Bowler’ iaitu Mustafa bagi mengalas cabaran.

Bowling City  menemukan rentak permainan dan merupakan cabaran bagi MJ Bowlers untuk bersaing walaupun kedudukan terkini MJ Bowlers masih lagi pendahulu liga, namun keupayaan Bowling City dan Jowettt tidak boleh di diperlekehkan dan hanya dipisahkan dengan perbezaan 33 dan 42 mata sahaja.

Pada minggu ke-9 ini pencapaian MJ Bowlers agak terkebelakang sedikit dari kelompok pasukan teratas liga, dengan  Tariq menyumbang 645 jatuhan pin, Azhanawati (561), Wan Kamal (544)  dan Mustafa (548). 

Dengan jatuhan pin sebanyak 2298 , MJ Bowlers tidak mampu melonjakkan diri pada pungutan mata terbanyak  dan berada di kedudukan ke -4  dibelakang Bowling City,MixedNuts, dan Wedsat/JP dengan kutipan mata sebanyak 27.5

Mankala dari segi kedudukan Liga pula, MJ Bowlers masih lagi unggul di tangga teratas liga dengan perbezaan mata yang masih lagi agak ketara di antara kedudkukan ke 2 dan ke 3. Bowling City telah memperbaiki kedudukannya dari tangga ke-4 pada minggu sebelumnya dan Jowett jatuh ke tangga ke 3.  Pasukan yang paling malang adalah Lance & 3Rdy yang minggu sebelumnya berada di tangga ke 3, tetapi minggu ke-9 ini terjun ke tangga ke 5 carta.

 

Keputusan Minggu ke-7 (SAT-AM-FTBJ).

Bowling City,Jeddah – Kehadiran semula pemain wanita  MJ Bowlers iaitu Azhanawati setelah 3 minggu direhatkan atas urusan keluarga telah diturunkan di dalam minggu ke 7 ini merancakkan percaturan yang telah dilakukan. Dengan barisan pemain, Tariq , Azhanawati, Wan Kamal dan Mustafa berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 730,768 dan 795.  

Dari ketiga-tiga game yang telah diselesaikan, MJ Bowlers berjaya membuat jumlah jatuhan pin sebanyak 2345 dan sekaligus membolehkan MJ Bowlers memperolehi 32 mata. Lance & 3Rdy berjaya berada  di tangga teratas mengutip 36 mata dan Joweet mengutip 33 mata dan membolehkan pasukan Lance &3Rdy berada di tahta kutipan terbanyak mata.

Dari kedudukan carta liga pula, tidak banyak perubahan ketara berlaku dan MJ Bowlers terus utuh di atas liga dengan terus meninggalkan pesaing terdekat Lance &3Rdy dan Bowling City dengan kelebihan mata 23 dan 25. MJ Bowlers harus terus mampu bertahan untuk minggu-minggu mendatang dan pasukan seperti  bekas juara musim yang lepas iaitu Lance &3Rdy sudah mula mengintai kedudukan teratas liga.

Keputusan Minggu ke-6 (SAT-AM-FTBJ).

Bowling City  Jeddah ,  Liga SAT-AM  memasuki minggu ke 6 dengan membariskan pemain MJ Bowlers – Wan Kamal, Syeena, Oto dan Mustafa. Pemain utama Tariq (RBA) direhatkan setelah 2 minggu berturut-turut kurang menyengat dalam mengharungi minggu ke 4 dan ke 5. Kemunculan Wan Kamal aka ‘Bulldozer’ tidak menghampakan pasukan dengan jumlah jatuhan pin 664 diikuti oleh Syeena (540), Oto (545) dan Mustafa (593) telah membawa cabaran MJ Bowlers pada minggu ini.

Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2342 ini juga membolehkan MJ Bowlers menguasai arena Bowling City dan menempatkan diri pada pungutan markah tertinggi pada minggu ke 6 ini sebanyak 34. Diikuti rapat oleh WEDSAT/JP yang dikemudi oleh Randy dan berkongsi mata bersama pasukan D’Barkads.

Saingan yang memasuki minggu ke 6 ini telah memperlihatkan keazaman yang tinggi  dari MJ Bowlers dan terus unggul di tahta liga dan diikuti  rapat oleh pasukan yang menjadi Naib Johan di musim yang lepas iaitu Bowling City.  Kutipan mata 172.5 yang terkumpul setakat di minggu ke 6 ini membolehkan MJ Bowlers terus menjarakkan diri dari pasukan Bowling City, JoweetTeam dan WedSat-JP.

Pertandingan ini masih jauh lagi untuk dimuktamadkan dan pasukan lain yang bertanding masih terus mencari rentak permainan dan di harap MJ Bowlers terus memberikan pecutan awal supaya strategy dan perancangan tahun 2018 ini akan banyak membuahkan hasil kepada pasukan kerdil seperti MJ Bowlers ini..

Keputusan Minggu ke-5 (SAT-AM-FTBJ).

Bowling City, 13 Feb. 2018 – MJ Bowlers terus mengekalkan rentak dengan kehadiran semula Faisal aka “Skipper” dengan kombinasi “Ayah dan Anak” iaitu Oto dan Syeena disamping Tariq yang melengkapi barisan MJ Bowlers pada minggu ke -5 ini.

Walaupun minggu ke -5 ini bukanlah persembahan terbaik MJ Bowlers namun ianya tetap memberikan keperitan kepada pasukan lain untuk bersaing dengan MJ Bowlers di samping keadaan “Lane Condition” yang bermasalah namum MJ Bowlers mampu membuat jatuhan pin sebanyak 2271 untuk keseluruhan minggu ke -5 ini.

 
Pada game yang pertama, Tariq dan Syeena gagal untuk menyesuaikan diri pada keadaan “Lane” dan hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 127 (Tariq), 140 (Syeena) dan di ikuti  oleh OTO – 183 dan Faisal -198. Gabungan “Ayah dan Anak” terus menyerlah di game ke dua dan ketiga dengan Syeena membuat jatuhan 158,178  dan Oto dengan jatuhan pin 225 dan 184. Kesungguhan mereka berdua ini telah membantu MJ Bowlers mengutip 30 mata di minggu ke 5 ini.

Walaupun masih terlalu awal untuk melihat pasukan yang akan memberi cabaran sengit pada MJ Bowlers tetapi harus juga diperhatikan kepada beberapa pasukan seperti Bowling City, Lance&3Rdy dan Jowettt. Ketiga-tiga pasukan ini telah menggunakan pemain yang baru dan diperkuatkan pada kejohanan musim ke-6 ini.

Manakala dari segi kedudukan carta untuk minggu ke -5 ini , MJ Bowlers masih kekal di tangga pertama dan terus di intai oleh Bowling City dengan perbezaan sedikit sahaja mata. Dengan berbekal 6 mata dipisahkan dari Bowling City, sudah pasti pada minggu ke-6 nanti akan memperlihatkan persaingan untuk merebut tempat pertama.

  

Keputusan Minggu ke-4 (SAT-AM-FTBJ).

Bowling City -Jeddah, Kemunculan sulong pemain muda MJ Bowlers di kejohanan FTBJ ini iaitu Syeena ini pasti akan menghambat hati pasukan-pasukan lain di kejohanan ini kerana pemain muda ini merupakan ‘product’ MJ Bowlers yang telah di didik oleh jurulatih MJ

Barisan pemain seperti Tariq, Syeena, Yazid dan juga Mustafa telah memulakan permainan agak menarik di game yang pertama dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 751, tetapi menurun di game ke dua dan ke tiga dengan jatuhan pin 697 dan 632.

Lance &3Rdy  telah mengungguli  minggu ke 4 ini meninggalkan jauh MJ Bowlers dalam kutipan mata di ketiga-tiga ‘game’ pada minggu ke 4 ini. Lance &3Rdy berjaya membuat pungutan mata sebanyak 30 , manakala MJ Bowlers hanya mengutip 19 mata telah terperosok di tangga ke 8.


Sungguhpun MJ Bowlers agak ketinggalan ke belakang pada minggu ke -4 ini,  namun pada kedudukan carta masih tidak berubah dengan MJ Bowlers masih di tangga ke -2 liga.  Masih terlalu awal untuk memperkatakan peluang MJ Bowlers di kejohanan ini kerana semua pasukan masih mengintai untuk menjadi pendahulu liga. 

Keputusan Minggu ke-2 (SAT-AM-FTBJ) Musim yang ke -6

Bowling City -Jeddah 20 Jan 2018, Kejohanan SAT-AM -FTBJ untuk musim yang ke 6 telah dimulakan semula, dan pada kejohanan kali ini sebanyak 9 pasukan yang bertanding. iaitu lANCE &3RDY, BOWLING CITY,MJ BOWLERS,AFM-OTIL,WEDSAT-JP,DABARKADS,KNOCK-OUT,KNOCKERS,TOMALYN dan JOWET TEAM.

Kejohanan ini akan mengambil masa selama 20 minggu untuk disudahkan dan pada minggu ke -18 nanti akan diadakan “Positioning Match” untuk menentukan kedudukan pasukan yang akan mengharungi “STEP LADDER” dan juga “Championship Round”.

Pada musim ke -6 ini, MJ Bowlers membuat kemasukan beberapa muka baru dalam pasukan ini, dan juga beberapa pemain senior yang terus dikekalkan bagi mengalas cabaran MJ Bowlers. Senarai pemain yang akan mewakili MJ Bowlers sepanjang kejohanan ini adalah seperti berikut:

Persembahan MJ Bowlers di minggu ke-2 ini sedikit hambar setelah berehat hampir sebulan setelah tamatnya musim yang ke 5. Barisan pemain yang diturunkan seperti Tariq, Azhanawati, Wan Kamal dan Abdul Rashid agak kaku ketika membuat balingan seolah-olah “masih dibuai mimpi”  Ini dapat dilihat pada ‘game’ yang pertama yang mana MJ Bowlers hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 713 dan berada di kedudukan 2 terakhir pada game yang pertama.

Pada ‘game’ yang kedua, Tariq terus gagal untuk bangkit dan hanya membuat jatuhan pin sebanyak 168 diikuti oleh Abdul Rashid  ( 182), Wan Kamal (186) dan Azhanawati (166). Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 772 membolehkan  MJ Bowlers  naik ke kedudukan  ke -4 pada game yang kedua.  Kebangkitan MJ Bowlers  di ‘game’ yang ketiga menerusi Tariq dengan membuat jatuhan pin sebanyak 199 membantu MJ Bowlers melonjak naik dan seterusnya membolehkan 24 mata diperolehi dari keseluruhan markah yang dikutip.

 

MJ Bowlers berada di tangga ke-3 pada minggu ke -2 ini, dengan pendahulu liga dan juga juara bertahan di musim ke 5 iaitu Lance &3RDY  terus ke depan dan diikuti oleh Naib Juara  Musim ke -5 iaitu Bowling city. Perbezaan mata adalah kecil dan perjalanan masih lagi jauh dan dengan percaturan yang betul MJBowlers akan terus bertahan dan mengejar kedudukan liga.

 

Semangat melawan terus mengegarkan suasana “Final Step Ladder FTBJ-2017”

Jeddah Arab Saudi, 16 Dis. 2017-  Berakhirlah sudah siri kejohanan liga FTBJ 2017 yang di adakan setiap hari sabtu selama 15 minggu. Sebanyak 10 pasukan yang bertanding dan salah satunya adalah MJ Bowlers. Syarikat penerbangan tambang murah iaitu “SCOOT AIR” yang berpengkalan di Singapura telah menaruh harapan tinggi untuk menaja pasukan MJ Bowlers ini bersaing di temasya ini.  

Secara sepintas lalu, pada permulaan siri kejohanan liga ini MJ Bowlers bermula kuat dengan sentiasa berada di kedudukan  “Top 4”  dari minggu 1 hinggalah ke minggu ke 8.  Apabila memasuki pada minggu ke 8 dan seterusnya , bermulalah saat-saat getir bagi MJ Bowlers untuk mengekalkan momentum seperti seolah-olah kehilangan punca. Setiap minggu MJ Bowlers tewas mudah dengan jatuhan pin yang begitu rendah dan juga pungutan mata yang membolehkan kedudukan carta terus merundum.  Persoalan terus menghantui pemain-pemain  dan masing-masing buntu untuk memulihkan semangat  dan menurut kapten pasukan selaku “Planner” telah berberapa kali membuat perbincangan tertutup dengan jurulatih Mustafa untuk memantapkan pemain untuk persediaan “Knock Out Round” .

Seperti yang diduga pada kesudahan minggu yang ke 13 MJ Bowlers  tidak mampu lagi untuk menempatkan diri di salah satu slot 3 pasukan teratas liga dan terpaksa menempuh  “Knock out game” bagi  menentukan 4 pasukan akan layak menyertai 3 pasukan teratas untuk menyertai step ladder yang  berlangsung pada 16/12/2017. 

 Strategy yang dirancang untuk persediaan “Knock Out” ini membuahkan hasil dan MJ Bowlers telah  layak berada di pentas akhir step ladder. Sungguhpun begitu cabaran getir menanti di di awal-awal blok pertama step ladder yang mana 4 pasukan ini iaitu , JP GIlas,MJ Bowlers, AFM Delight dan Dabarkads harus melalui 2 games siri dan hanya 1 pasukan saja yang akan layak untuk bertembung pasukan ke-3 dari carta iaitu Saudi Diyar.

Perancangan ,penelitian dan pemilihan pemain telah dilakukan oleh kapten pasukan dan Tariq , Azzhana , Wan Kamal dan Mustafa telah diberi kepercayan sekali lagi untuk bertarung di “Sudden Death”.  Jumlah jatuhan pin bagi 2 game akan dikira  sebagai pemenang dan akan layak ke pusingan berikutnya.

Pada game pertama, pasukan MJ Bowlers bermula agak perlahan, mungkin kerana kegugupan tetapi atas pengalaman Tariq (RBA) memulakan langkah balingan “Strike” dan di ikuti oleh Mustafa yang di tugaskan sebagai “Anchor man”  mencetuskan momentum melawan dari Azhana dan juga Wan Kamal yang kini dikenali sebagai “Bulldozer”. Pada game pertama MJ Bowlers telah membuat jumlah jatuhan pin sebanyak  758 dan berada di kedudukan pertama diikuti rapat oleh JP Gilas (713) , AMF Delight (705)   dan  Dabarkads (698) . Game ke-2  JP Gilas telah membuat kejutan seawal balingan dengan ketua pasukannya iaitu Randy membuat 6 balingan “Strike” berterusan diikuti oleh pemain JP Gilas yang seperti Paulo yang menghangatkan keadaan  seolah-olah pertembungan hanya antara MJ Bowlers dan JP GIlas.

Tariq (RBA)  terus meengikuti rapat Randy pada frame ke 6  dengan jumlah “strike” yang sama  dan disaat inilah “Buldozer” iaitu Wan Kamal  memulakan balingan mantap mengunci kelebihan yang dimiliki oleh JP Gilas dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 204. Jumlah jatuhan pin di game ke 2 ini sebanyak 823 . Manakala JP Gilas juga mendapat jatuhan pin yang sama iaitu 823. Dengan kekalahan di game pertama dengan perbezaan 48 jatuhan pin  membolehkan MJ Bowlers layak ke pusingan seterusnya menentang pasukan Saudi Diyar di kedudukan ke -3 liga.

 

Pada pertembungan di tangga ke -4 dan ke 3 ( Step Ladder) , Saudi Diyar yang dibarisi pemain-pemain yang konsisten dari seawal musim lagi seperti Lito, Tommy, Nitty dan Rey sudah menanti kedatangan MJ Bowlers di lane 13 dan lane 14.  MJ Bowlers terus diwakili  oleh Tariq (RBA), Azzhana, Kamal dan Mustafa. MJ Bowlers tidak memberi peluang langsung kepada Saudi Diyar untuk menarik nafas lega dengan balingan padu pemain MJ Bowlers. Kebangkitan Azzhana dengan membuat jatuhan pin sebanyak 178 dan juga momentum Kamal “Bulldozer” dengan jatuhan pin sebanyak 211  menutup terus sisa-sia perjuaangan Saudi Diyar yang hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 760 sahaja. MJ Bolwers terus mara ke ladder seterusnya bertemu dengan pasukan Lance&3rdy yang  berada di kedudukan nombor 2 pusingan liga.

Pertembungan tempat ke -3 dan ke 2 ini berlangsung di lane 11 dan lane 12 yang mana Lance&3rdy dibarisi pemain seperti Mohd Amri, Shirley, Mhon dan Jhune. Perlawanan ini  merupakan pertembungan ” Strategy ” di mana pasukan Lance &3rdy ini dapat menghidu di mana kelemahan dan juga keletihan MJ Bowlers mengharungi game dari seawal pagi lagi.  Shirley yang begitu konsisten dengan menggunakan bola STORM CODE RED  membuat balingan mantap menyudahkan permainan dengan jatuhan pin sebanyak 217 tetapi pemain lelaki mereka bermain agak sederhana dan ini mampu seimbangi  oleh pemain lelaki MJ Bowlers. Dengan perbezaan mata sebanyak 35 , MJ Bowlers telah gagal untuk mencabar juara liga iaitu Bowling City. Kekalahan MJ Bowlers telah membolehkan Lance&3rdy layak ke pusingan seterusnya bertembung pasukan Bowling City.

Lance&3rdy telah dinobatkan sebagai juara pada pertandingan seterusnya setalah mengalahkan Bowling City  yang mana pasukan Bowling City gagal mempertahankan tahta teratas setelah kalah mudah dengan Lance &3rdy.

Bagi pasukan MJ Bowlers, pencapaian  ini sudah cukup membanggakan setelah terumbang ambing di pertengahan liga dan bangkit semula di “Knock Out Round” .  Banyak pengalaman dan pembelajaran baru  telah diperolehi pemain-pemain sepanjang liga 15 minggu ini berlangsung.   Motto MJ Bowlers yang berbunyi ” Respert All, Fear None, Roll High ” terus tersemat di dada pemain-pemain MJ Bowlers untuk meneruskan cabaran baru pada bulan Feb. 2018. Harapan kapten dan jurulatih MJ Bowlers agar diteruskan latihan dan penerapan stamina  agar “Endurance” pemain berada pada tahap tinggi  bagi mengharungi musim pertandingan yang sibuk di tahun 2018 nanti.