TNCBL-22 : MJBowlers Layak Ke Peringkat Akhir Di Tempat Kedua

Jeddah, 8 Mei 2019 – Selepas 14 minggu bertarung di dalam liga malam Selasa TNCBL Siri ke-22, pasukan MJBowlers berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir stepladder di tempat kedua.

Masuk minggu-minggu terakhir, bahang saingan liga semakin terasa apabila beberapa pasukan aktif merebut tiga tempat teratas liga dengan jurang perbezaan mata yang kecil. Pasukan MJBowlers memerlukan kemenangan yang besar di minggu akhir ini, bagi menempah tiket di posisi “waiting” untuk pusingan akhir liga TNCBL ini.

Nyata strategi kapten liga TNCBL Azmi Junaidi dan penasihat Abdul Rashid berhasil apabila MJBowlers membenam pasukan Con-FB Rhinos dengan jumlah mata 20 berbalas kosong. MJBowlers menurunkan Azami di posisi “driver”, Wan Kamal, Suhaimie Leong dan Oto Shah di posisi “anchor”, sementara Azmi Junaidi beraksi sebagai pemain “hiding”. Pasukan lawan menurunkan Simeon Dellosa, Rod Lofamia, Rene Balangue dan Omar Mosa. 

Dengan tambahan jumlah mata ranking sebanyak 14 mata, MJBowlers berjaya mengumpul 34 mata untuk minggu ke-14. MJBowlers layak ke pusingan akhir stepladder finals dengan jumlah keseluruhan 347 mata, di belakang pasukan Day Lights (361) dan diikuti rapat oleh pasukan Kolokoy (342). Pasukan pendahulu awal liga Marc’s Bullocks pula gagal mempertahankan kedudukan dan jatuh ke tempat keempat.

Bagi pasukan2 di luar tempat ketiga teratas, mereka perlu bertarung di pusingan playoff dijangkakan pada minggu hadapan, bagi menempah tempat ke pusingan akhir. Pusingan akhir dijangka diadakan pada 21 Mei 2019. Semoga kejayaan cemerlang dimiliki oleh pasukan MJBowlers pada kali ini, InshaAllah.

~WKA~

 

MJBowlers menumpaskan pasukan Con-FB Rhinos 20-2

 

MJBowlers Layak Ke Peringkat Akhir Di Tempat Kedua