Pencapaian pada minggu ke -9 (SAT-AM-FTBJ)

Bowling City – Jeddah,  Minggu ke -9 ini , MJ Bowlers memasukkan kembali Tariq setelah direhatkan seminggu dan MJ Bowlers juga membariskan pemenang tempat ke -3 “Bowler Of The Year 2018” iaitu Azzhanawati  disamping Wan Kamal dan juga ‘Heavyweight Bowler’ iaitu Mustafa bagi mengalas cabaran.

Bowling City  menemukan rentak permainan dan merupakan cabaran bagi MJ Bowlers untuk bersaing walaupun kedudukan terkini MJ Bowlers masih lagi pendahulu liga, namun keupayaan Bowling City dan Jowettt tidak boleh di diperlekehkan dan hanya dipisahkan dengan perbezaan 33 dan 42 mata sahaja.

Pada minggu ke-9 ini pencapaian MJ Bowlers agak terkebelakang sedikit dari kelompok pasukan teratas liga, dengan  Tariq menyumbang 645 jatuhan pin, Azhanawati (561), Wan Kamal (544)  dan Mustafa (548). 

Dengan jatuhan pin sebanyak 2298 , MJ Bowlers tidak mampu melonjakkan diri pada pungutan mata terbanyak  dan berada di kedudukan ke -4  dibelakang Bowling City,MixedNuts, dan Wedsat/JP dengan kutipan mata sebanyak 27.5

Mankala dari segi kedudukan Liga pula, MJ Bowlers masih lagi unggul di tangga teratas liga dengan perbezaan mata yang masih lagi agak ketara di antara kedudkukan ke 2 dan ke 3. Bowling City telah memperbaiki kedudukannya dari tangga ke-4 pada minggu sebelumnya dan Jowett jatuh ke tangga ke 3.  Pasukan yang paling malang adalah Lance & 3Rdy yang minggu sebelumnya berada di tangga ke 3, tetapi minggu ke-9 ini terjun ke tangga ke 5 carta.