Kemaskini keputusan minggu ke 14 – TSI masih unggul

Bowling City – Jeddah,  Kejohanan ICBL- “InterCompany Bowling League”  memasuki minggu yang ke 14 dan pada minggu ke 14 ini memperlihatkan pasukan yang berada di tangga ke 7 dan ke 4 telah menurunkan pemain-pemain “hardcore” untuk mengejar pasukan yang berada di kelompok 3 teratas liga dan juga menempatkan pasukan dari tersingkir dari 5 pasukan yang akan mengharungi “knock out round” di minggu ke 18 nanti.

Pada minggu ke -14 ini juga, Bowling City memperlihatkan keseimbangan barisan pemain yang diturunkan dengan barisan wanita  iaitu  Matet dan Marie  yang begitu konsisten dengan jatuhan pin 578 bagi Matet dan 642 bagi Marie. Kedua pemain ini penyumbang terbesar jatuhan pin bagi pasukan Bowling City. Bowling City juga menurunkan Igna  Salgado (493), Mohd Amri (602), Yaseer (623) dan pemain “hiding” Ryan  (489).  Dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin 2934 , minggu ke -14 ini Bowling City telah berjaya dinobatkan sebagai “Team of  the Week” dan juga pemainnya juga berjaya menjadi “Bowler of the Week”.

Bagi pasukan TSI pula, minggu ke 14 ini yang dibarisi pemain – Tariq, Grace, Azhanawati,Wan Kamal, Nor Azami dan Mustafa telah berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 2878.  Namun begitu,Mustafa hanya mampu membuat jatuhan 158 di game pertama dan dibawah prestasi sebenar beliau dan pada game kedua Mustafa  telah membuat beberapa pengubahsuaian permainan dan membolehkan membuat jatuhan pin (224,232). Hanya Azhanwati mampu mengekori Mustafa dengan jumlah jatuhan pin 173,159,155 yang berjaya membuat jumlah jatuhan pin peribadi sebanyak 601. 

Sungguhpun begitu dengan semangat berpasukan, pasukan TSI mampu  bersaing dari game pertama sehingga lah ke game 3 dan berjaya berada di kedudukan kedua bagi pungutan di bawah pasukan Bowling City. Hanya dipisahkan dengan 8 mata sahaja antara TSI dan Bowling City. Lance &3Rdy pula terperosok di tangga  ke 8 dalam kutipan mata  dan hanya mampu mengutip 20 mata.  


Dengan kutipan mata sebanyak 31,telah membolehkan TSI menjarakkan dari kelompok pasukan yang lain dari segi kedudukan liga.  TSI terus unggul di tahta pertama dan di ekori  di nombor kedua iaitu Lance &3Rdy dan tempat ketiga pula dari pasukan Bowling City. Ruang perbezaan mata terus bertambah besar antara pencabar-pencabar TSI  dan jumlah 443.0 sudah pasti memeritkan pasukan lain untuk cuba memintas TSI dengan kejohanan masih berbaki 5 minggu lagi untuk ditamatkan. Namun pasukan TSI harus memastikan kedudukan ini terus dipertahankan dan pemain-pemain  memberi komitmen yang tinggi demi menggalas cabaran TSI di “39th Conference” ini.