MJ Bowlers menebus kehampaan 2017 di pertandingan akhir SAT-AM FTBJ 2018.

Bowling City- Jeddah,  Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 26/5/2018 , satu lagi pencapaian terbaik ditunjukkan dari pasukan MJ Bowlers di pentas akhir Step Ladder SAT-AM FTBJ 2018. Siri liga yang ke -6 kalinya ini telah menutup tirainya semalam dan  MJ Bowlers telah dinobatkan sebagai Juara mengalahkan Bowling City.

Pertembungan akhir MJ Bowlers dengan Bowling City adalah ulangan pertandingan akhir yang telah berlangsung pada December 2017 yang mana Bowling City telah menidakkan MJ Bowlers di pertandingan akhir. Ketika itu MJ Bowlers dibarisi pemain yang begitu konsisten disepanjang musim 2017  iaitu dengan kombinasi Tariq, Azzhana, Kamal dan Mustafa.Di ketika itu MJ Bowlers telah bersedia merangkul kejuaraan 2017 tetapi keunggulan Bowling City menafikannya.  Klik -> Pencapaian 2017 SAT-AM  

Kegagalan yang lepas telah mencetus azam baru dari kapten pasukan untuk memperkemaskini barisan MJ Bowlers untuk bersaing di musim ke 6 ini. Dengan bantuan jurulatih Mustafa yang tidak kenal erti penat  dan lelah mencurahkan pengalaman untuk membimbing pemain MJ Bowlers dan meneruskan akademik latihan sehingga ke peringkat pelapis muda.

Di pertandingan SAT-AM 2018 ini, MJ Bowlers telah memulakan langkah seawal musim dari minggu pertama sehinggalah pada peringkat “knockout” di minggu ke 18, MJ Bowlers terus unggul di persada liga namun Juara bertahan 2017 “Bowling City” terus mengekori rapat MJ Bowlers sehinggalah ke minggu ke 18. Hanya 9.5 mata sahaja dipisahkan antara MJ Bowlers dan Bowling City.

Barisan pemain MJ Bowlers yang dari seawal musim 2018, menunjukkan komitmen untuk menebus kekalahan yang lepas dan dengan semangat baru ” RISING TOGETHER” . Seramai 10 pemain yang diketengahkan mengharungi cabaran 2018. 

Di peringkat Step Ladder blok pertama, AFM OTIL yang telah berjaya dengan mengalahkan 3 pasukan lain iaitu WEDSAT-JP, Joweet dan MixedNuts. Seterusnya AFM OTIL yang diketuai oleh Lito bertemu pasukan yang berada di tangga ke 3 iaitu Lance &3Rdy. Lance &3Rdy tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan AFM OTIL dengan barisan pemain yang diketuai oleh Evelyn sebagai kapten pasukan. Pertembungan seterusnya antara Lance &3Rdy menentang  Bowling City yang diketuai oleh Igna selaku kapten pasukan.
Dengan kemampuan Kemo bermain tanpa tekanan dengan mudah membantu Bowling City menundukkan  Lance & 3Rdy.

Lawan seterusnya bagi Bowling City adalah bertemu dengan MJ Bowlers yang begitu selesa di kemuncak tahta liga dan  pertembungan ini merupakan satu cabaran bagi kedua-dua pasukan. Bowling City berazam untuk mempertahankan kejuaraan, manakala MJ Bowlers untuk menebus kekalahan di peringkat akhir 2017.

Untuk pentas “Final Step Ladder 2018”  MJ Bowlers dibarisi pemain  Abdul Rashid, Azzhana, Wan Kamal dan Oto, manakala pasukan lawan dari Bowling City diwakili oleh Kemo, Marrie, Dylan dan Igna. 

Pada game pertama, MJ Bowlers gagal untuk mengambil kesempatan keatas kegugupan 3 pemain utama Bowling City iaitu Kemo,Marie dan Dylan yang hanya bermain dibawah keupayaan sebenar. Igna selaku kapten pasukan Bowling City menyelamatkan pasukan dari  kalah.  Kegugupan Azzhanawati dan Kamal memberi nafas bagi Bowling City untuk meneruskan perlawanan di game yang kedua.

Pada game # 2,  MJ Bowlers sudah menghidu ada sedikit  perubahan keadaan  pada “Oil Pattern” di lane 13 dan lane 14 dan membuat perbincangan untuk membuat sedikit perubahan taktikal dan ianya berhasil dan pemain MJ Bowlers dengan cepat  menyesuaikan keadaan. Tidak begitu kepada pemain dari Bowling City seolah-olah sudah kehilangan rentak. Disebabkan kedudukan MJ Bowlers selaku Juara Liga maka Bowling City harus mengalahkan sekali lagi MJ Bowlers  yang mempunyai status ” Twice To Beat”

Abdul Rashid telah  membuat jatuhan pin sebanyak 192 , Azzhanawati  (150), Wan Kamal (184) dan Oto (165)  manakala  Kemo (231) , Marie (127),  Dylan (158) dan Igna (166) dan sekaligus MJ Bowlers dinobatkan sebagai juara SAT-AM 2018.

Dengan keputusan ini, MJ Bowlers telah  dapat menebus kekalahan tahun 2017 dan kejayaan ini juga  hasil dari usaha yang tidak pernah putus asa dan komitmen yang telah diberikan oleh Mustafa selaku jurulatih.   “RISING TOGETHER” – MJ Bowlers.