Suhaimie “BOOSTER” membawa TSI -“Team Of The Week”

Bowling City-Jeddah,  Minggu ke -15 sekali lagi TSI ( The Synergy International) mengungguli pasukan yang lain dalam pertembungan kali ini dengan dinobatkan sebagai “Team Of The Week”. TSI yang dibarisi oleh Tariq, Hasnah, Rozana, Yazid, Suhaimie dan Mustafa.

Percaturan memasukan Hasnah dan Suhaimie membuahkan hasil apabila Hasnah berjaya membuat jatuhan sebanyak 573, manakala Suhaimie membuat jatuhan pin sebanyak 652. Jatuhan pin  bagi Tariq ( 623), Yazid (462) dan Mustafa (615) melengkapi penguasaan TSI pada minggu ke 15 ini. Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2967 , TSI berjaya sekali lagi menggondol “Team Of The Week”. Gelaran yang ke 6 di sepanjang kejohanan ini membuatkan TSI begitu digeruni oleh pasukan-pasukan yang bertanding.

Suhaimie “Booster”  juga meletakkan nama beliau di kalangan pemain yang yang telah berjaya menjadi “Bowler Of The Week” pada minggu ke 15 ini dengan jatuhan pin 652.

Sebanyak 42 mata dikutip oleh  TSI pada minggu ini dan diikuti rapat oleh Ekis Reload, Mixed Nuts  yang mencabar kedudukan TSI, namun tidak memberikan apa-apa kesan secara langsung kerana pencabar-pencabar ini berada jauh dari carta liga.

Kedudukan carta liga, TSI terus unggul di tempat pertama dan dengan jumlah mata dikutip minggu ini telah menjarakkan lagi perbezaan mata dari pesaing terdekat iaitu Lance & 3Rdy dan Bowling City.