Sentuhan serba tak menjadi- punca TSI lemah di minggu ke -12

Bowling City -13 Feb 2018- Di minggu ke 12 ini, memperlihatkan TSI seolah-olah kehilangan punca dari seawal game yang pertama dan hanya bernasib baik dengan keupayaan Mustafa yang membuat balingan 232,202 dan gagal mengekalkan rentak di game ke tiga dan hanya mampu menjatuhkan pin sebanyak 161. Begitu juga kepada Yazid yang diturunkan kembali  di minggu ke 12 ini, masih mencari-cari momentum dan hanya membuat balingan 122, 166 dan 150.Begitu juga dengan Grace dan Rozana yang hanya mampu membuat jatuhan sebanyak 552 (Grace), dan 547 ( Rozana) jauh dari keupayaan sebenar. Manakala Azizan dan Tariq juga kelihatan kehilangan rentak seperti ditunjukkan di minggu-minggu sudah dengan hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 539 ( Azizan) dan  544 (Tariq).

Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2795, TSI hanya mampu berada di tangga ke -6 dalam pungutan mata dan memperlihatkan Bowling City mendominasi minggu ke 12 ini dengan pungutan mata sebanyak 41 jauh meninggalkan pasukan lain. 

Dengan pungutan mata sebanyak 41 , Bowling city telah dinobatkan pertama kali sebagai “Team Of The Week” dan telah membuat persaingan yang sengit pada kejohanan kali ini.

Walaupun persembahan TSI  yang serba tidak menjadi di minggu ke -12 ini , namun dari segi kedudukan carta  tidak berubah  yang mana TSI masih lagi kekal di tangga teratas liga dan TSI terus meninggalkan jauh Lance &3Rdy yang terus merundum di minggu ke-12 ini dengan hanya mampu mengutip 10 mata sahaja.