Category: Riadah MJBowlers

Iftar MJBowlers Ramadhan 2019

JEDDAH Malam 23 Ramadhan 1440: Sudah menjadi tradisi MJBowlers sepanjang Ramadhan setiap tahun, Alhamdulillah, malam tadi adalah malam terakhir majlis berbuka puasa keluarga besar ini di Jeddah. Tahun ini bermula daripada 6 Ramadan, setiap keluarga & individu berkongsi rezeki untuk menjamu tetamu berbuka puasa tidak mengira darjat atau usia.

Iftar Perdana MJBowlers semalam melabuhkan tirai tradisi turun temurun ini. Masing-masing mengenakan baju Melayu dan ada yang lengkap bersampin mewujudkan bibit-bibit suasana di Hari Raya. Saudara Affendy Zulkifli (serta keluarga) merangkap sponsor kita dan Presiden Kesatuan Malaysian Hijazi memulakan majlis dengan bacaan doa sebelum majlis iftar dimulakan.

Pelbagai kuih-muih “potluck”, mee kari dan mee bandung hasil kelolaan dan masakan Puan Wan Surita dan suami, Kapten MJBowlers Abdul Rashid Rahmandisajikan buat para tetamu barakah sebelum solat Maghrib berjemaah di masjid Al Qarni di depan rumah.

Usai solat, nasi ayam dan sup ekor pula menjadi jarahan kami dan rata-ratanya setuju nasi ayam melangkaui kehebatan Chicken Rice Shop di tanahair.

Saudara Yusrilfitri Mohd Yunos dan Wan Kamal Azlan menyempurnakan majlis dengan sesi mengambil gambar dan video secara kandid dan berkumpulan sebelum sesi bergambar bersama keluarga oleh saudara Azmi Junaidi.

Begitu meriah majlis kali ini diselang-selikan dengan lagu-lagu raya yang menusuk kalbu teringat ibu bapa dan keluarga di kampung Malaya. Ramai yang tidak dapat pulang beraya kali ini akibat tugasan dan persekolahan anak-anak yang bertindih dengan perayaan Eid Fitri.

Majlis disudahi dengan penyampaian hadiah penghargaan kepada tuan rumah yang menyediakan tempat beriftar tahun ini saudara Kapten dan juga isterinya yang berhempas pulas menjadi Chef hebat. Hadiah ditaja oleh keluarga MJBowlers yang bertugas di Panda. Ucapan terima kasih oleh Kapten melengkapkan majlis menyarankan tradisi ini diteruskan dan ukhwah berkekalan.

Terima kasih diucapkan kepada hos & chef untuk iftar 2019, Kapten Rashid & Kak Eita. Terima kasih juga kepada semua keluarga & individu yang turut serta memeriahkan majlis iftar pada tahun ini.

“Takbir! Allahuakbar!” Oto Shah berseloroh dan disambut baik oleh pejuang penyatuan ummah.

Ya Rabb, satukanlah hati2 kami kerana Mu Ya Allah. Kekalkanlah ukhwah yang terjalin ini hingga ke Jannah, InshaAllah.

BarakAllah Fikum

-Jeg Hui, yang masih terngiang-ngiang lagi dengan koleksi lagu-lagu raya semalam.

PR, MJBowlers.

MJBowlers Ladies Fun Games – March 2019

Jeddah 10 March 2019 – Bagi memantapkan lagi permainan dan mengeratkan lagi silaturrahim, MJBowlers Ladies telah menganjurkan satu sesi Fun Games bertempat di Bowling City pada 6 March 2019.

Hadiah2 adalah sumbangan dari ahli2 MJBowlers.

Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil dan memperbaiki mutu permainan semua pemain2. Syabas diucapkan buat pemenang2, dan di harap sesi ini dapat di teruskan pada masa yang akan datang, InshaAllah.

~WKA~

Pemenang stepladder: Azhanawati (1), Hasnah (2) dan Rozana (3)
Pemenang hadiah Triple Strike / Turkey : Ain, Rozana dan Yatie
Hadiah untuk pemenang markah game tertinggi, ‘clean game’ dan jatuhan pin keseluruhan tertinggi.
Pemenang2 hadiah istimewa
Cenderahati buat juri khas

Fun Games bersama Yanbu Bowlers

Jeddah, 28 Januari 2019 – Selain latihan semasa pada petang Sabtu, pemain2 MJBowlers juga mengambil peluang bermain dalam acara Fun Games anjuran FEDBG. Acara ini memberi peluang untuk pemain2 menguji tahap permainan, fizikal dan mental, bagi memantapkan lagi mutu permainan.

Pemain2 dari pasukan Yanbu Bowlers, Suhaimi Abd Rahman, Raemy dan Azmi turut serta di dalam acara Fun Games pada minggu ini. Acara santai ini juga secara tidak langsung memupuk semangat kesukanan dan ukhwah antara pemain2. Semoga kita semua dapat mengambil peluang untuk turut serta di dalam acara2 lain seterusnya, InshaAllah.

~WKA~

Dari kiri: Azmi, Suhaimie Leong, Suhaimi Abd Rahman, Raemy, Abdul Rashid dan Wan Kamal

MJ Bowlers Mini Tournament November 2017

Jeddah Arab Saudi 12 November 2017,  Pada hari sabtu bersamaan 11 November 2017, MJ Bowlers telah menganjurkan kejohanan mini di kalangan warga MJ Bowlers. 3 Kategori  diadakan iaitu kategori lelaki , wanita dan kanak-kanak. 

Kejohanan ini di jalankan atas sumbangan  daripada  Faisal, Din,Wan Kamal, Zulkhairi  dan Azizan. Kejohanan ini mempunyai objektif untuk mengeratkan silaturahim di kalangan warga MJ Bowlers di samping untuk memudahkan kapten MJ Bowlers untuk menyediakan barisan pelapis untuk mengharungi liga-liga yang bakal di harungi untuk musim 2017-2018.

 

 

 

Menikmati Juadah di Restoran Felda D’Saji

Jeddah: Jumaat, 26hb Mei 2017, bersamaan 30 Syaaban 1438H, sebahagian dari keluarga besar MJ Bowlers berkumpul bagi menikmati juadah tengahari di Restoran Felda D’Saji. Susun atur meja sempena Ramadhan mengimbau kenangan makan bersila bersama keluarga di kampung halaman.

Di kesempatan ini juga, Capt. Abdul Rashid menyerahkan uniform MJ Bowlers sessi 2017/2018 kepada wakil Felda D’Saji yang menjadi penaja.

 

MJBowlers Ladies Fun Game

jEDDAH: Ladies MJBowlers telah mengadakan FunGame bertempat di Bowling City pada 24hb Mei 2017 bagi memantapkan prestasi permainan. Cetusan idea bersama ini bertujuan untuk menguji kekuatan mental pemain dan sekaligus dapat melatih pemain untuk menghadapi tekanan dalam pertandingan.

FunGame bermula dengan peringkat awal bagi menentukan kedudukan sebelum ke peringkat Step Ladder Knock-Out, di mana hanya 1 game menjadi penentu untuk ke peringkat seterusnya.

Terima kasih kepada Tuan Hj.Wan Kamal Azlan yang sudi menaja hadiah FunGame kali ini.

 

 

Ahlan Ya Ramadhan (Bersama MJBowlers)

JEDDAH: Kehadiran Ramadhan kian terasa dan setiap tahun, MJBowlers ada mengadakan jamuan berbuka puasa bersama sebelum solat tarawih di Masjid Al Qarni, As-Safa, Jeddah. Seperti biasa ahli MJBowlers yang disegani merangkap Chef, Tuan Haji Hairul akan menjalankan tugas beliau mengikut menu yang dicadangkan pihak penaja berbuka puasa.

Uniknya jamuan seperti ini adalah tidak ada sesiapa yang hadir pada jamuan ini yang berlenggang kangkung tidak bawak apa-apa setiap kali hadir jamuan. Pastinya akan bawa pot-luck atau memilih menaja makanan pada hari-hari tertentu. Resmi orang Melayu yang berkelana jauh mencari rezeki, sudah pasti berasa malu jika tidak sama-sama sponsor dalam majlis seperti ini.

“Takkan datang makan free saja kot! Automatically mesti rasa nak sponsor jugak. Duit kepuk-kepuk buat apa kalau tak buat amal jariah kan?” ujar seorang ahli pada majlis tahun lepas.

“Tapi yang penting sekali kenalah ikhlas,” tambah beliau.

Sesungguhnya amat besar pahalanya apabila kita menyediakan makanan, walaupun sedikit kepada mereka yang berbuka. Berikut adalah senarai penaja dan tarikh serta lokasi majlis berbuka puasa MJ Bowlers. Rata-rata penaja adalah ahli MJBowlers dan ada juga yang bukan ahli yang bermurah-hati.

 

Tahniah kepada Pemenang Mini Tournament.

 

 

 

Pada hari rabu bersamaan 3/5/2017 , dimana satu pertandingan Bowling telah di adakan untuk ahli MJ Bowlers. Pertandingan ini atas cetusan idea Coach Mus yang ingin melihat perkembangan prestasi pemain MJ sebelum  latihan seterusnya diadakan. Format pertandingan  ” Battle of the Champion” ini  memberi kelebihan kepada ‘Ladies Bowlers dengan  40 mata handicap pada setiap ‘game’. Dengan kelebihan ini , ramai pemain lelaki tumpas ditambah pula ‘Ladies Bowlers’ begitu bergaya memecahkan dominasi pemain lelaki.   —> Galeri gambar

PEMENANG:
1. Azhana    – Jatuhan pin 864
2. Shikin     – Jatuhan pin 855
3. Azami      -Jatuhan pin 851
4. Hasnah   -Jatuhan pin 849
5. Suhaimi  -Jatuhan pin 808

 

 

MJ Bowlers Mini Tournament

 

 

Pada hari rabu (3/5/2017) , warga MJ Bowlers telah menjayakan pertandingan mini tournament di kalangan MJ Bowlers. Pertandingan mengabungkan ‘ladies bowlers’ dengan lelaki MJ Bowlers di bawah satu kategori dengan pemberian handicap sebanyak 40 mata kepada semua ‘Ladies Bowlers’. Hadiah pertandingan ini di sumbangkan oleh coach Mus.  Foto-foto sesi pertandingan