Category: Saturday PM FEDBJ

Keputusan minggu ke -12 FEDBG (07/10/2017)

Jeddah Saudi Arabia 11 Oct 2017,  Pada minggu ke-12 ini, kedudukan MJ Bowlers turun satu anak tangga dari tangga ke -3 kepada tangga ke -4 carta liga FEDBG. Keputusan seri dengan pasukan BCT  dan punggutan mata sebanyak 11 mata masih tidak mampu untuk memintas pasukan Lance &3RDY yang telah menang bergaya mengatasi pasukan JBS.

Cabaran getir pada minggu ke -13 ( 14/10/2017) di mana MJ Bowlers akan bertemu pendahulu liga Nilobabes dan pertembungan ini sudah pasti sengit yang mana pasukan ini adalah musuh tradisi MJ Bowlers. MJ Bowlers akan menurunkan pemain yang akan mampu bersaing dengan pendahulu liga ini.

Keputusan minggu ke -11 FEDBG (30/9/2017)

Jeddah ,Oct 01 2017-   Pada minggu ke 11,MJ Bowlers bertanding menentang pasukan JBS . Pasukuan JBS ini berkedudukan pada tangga ke 5 carta dan merupakan pasukan yang mempunyai handicap yang agak besar. 
Kebanyakan pasukan lain yang bertanding menentang JBS ini agak sukar mengalahkan disebabkan bantuan handicap pemain tambahan pula pemain lelaki JBS agak konsisten.

Dengan melihatkan faktor ini,MJ Bowlers meletakkan barisan pemain yang mengimbangkan kelebihan handicap JBS dan ianya membuahkan hasil. Dengan balingan mantap Suhaimie Leong, Rozana, Wan Kamal dan juga Azami , MJ Bowlers berjaya  mengalahkan JBS dengan mengutip mata penuh (22-0).

Dengan keputusan ini kedudukan MJ Bowlers sudah berubah dari carta ke 4 , MJ Bowlers telah melonjak ke tangga ke 3 pada minggu ke 11 ini.

Keputusan minggu ke -4 FEDBG (05/08/2018)

Jeddah : 5 Aug 2017 ,Pada minggu ke-4 keceriaan kembali bermain di fikiran pasukan MJ Bowlers dengan kemenangan setelah tewas teruk pada minggu ke-3. Pemain MJ Bowlers dibarisi oleh Yazid, Rozana,Azmi dan Mustafa telah mengalahkan pasukan “The Masters” dengan memperolehi 18 mata berbalas 4 mata.

Pada Game -1 “The Masters” telah mengalahkan MJ Bowlers dgn membolehkan 4 mata dimiliki , manakala pada game 2 dan ke 3 MJ Bowlers telah menemukan rentak kembali dengan  Rozana telah memperbaiki balingan dan menyumbang kepada kebangkitan MJ Bowlers. Kegagalan  “The Master” membendung kebangkitan MJ Bolwers menyebabkan persembahan pasukan lawan terus hambar.  Dengan kemenangan ini MJ Bowlers telah naik semula ke rangking # 3 dalam carta liga.

Keputusan minggu ke -3 FEDBG (29/07/2018)

Jeddah:29 Julai 2017,Minggu ke 3 kejohahan FEDBG berlangsung pada petang sabtu menyaksikan MJ Bowlers gagal bangkit setelah tamat game pertama yang mana di menangi oleh pasukan Nilobabes. Keupayaan pemain utama Nilobabes (Kemo)  menyaksikan MJ Bowlers terpaku seperti hilang punca. Seterusnya pada game ke 2 &3  MJ Bowlers terus kehilangan rentak membolehkan Nilobabes memperolehi 22 mata penuh  di pertemuan pusingan pertama ini. MJ Bowlers di wakili oleh Suhaimie, Hasnah, Kamal dan juga Hairul yang rata-rata mempunyai class yang berbeza dengan pihak lawan. Percaturan kapten  pasukan untuk melihat kombinasi pemain kelas ‘C’ dan ‘D’  menghadapi lawan yang mempunyai kelas yang lebih baik, Satu pendedahan yang berguna untuk pasukan,  

 

Pasukan MJ Bowlers jatuh ke tangga ke -5 pada minggu ke 3 ,dan pada minggu ke 4 MJ Bowlers akan bertemu dengan pasukan di tangga ke -7.  Semoga MJ Bowlers akan bangkit kembali untuk mendaki carta liga dan semuanya tidak mustahil kerana liga ini masih di peringkat awal lagi.

 

Keputusan minggu ke -2 FEDBG (22/07/2018)

Jeddah : 22 Julai 2017 , pasukan MJ Bowlers yang dibarisi oleh Suhaimie, Hasnah ,Azmi dah Faisal memulakan rentak balingan yang meyakinkan dengan  mengalahkan Lance &3RDY pada game pertama dan kedua manakala tewas sedikit perbezaan mata di game yang ke-3. Secara keseluruhannya MJ memiliki 18 mata dari pertemuan ini.

Dari segi carta kedudukan liga pada minggu ke 2 , MJ Bowlers telah melonjak dari tangga ke 3 kepada tangga ke 2 dan hanya dipisahkan 1 mata sahaja dengan pasukan teratas.