Jeddah 16 November 2017, Kabalen Cup 2017 sudah memasuki fasa terakhir di “Positioning Round” malam tadi yang mana dari seawal game pertama MJ Bowlers mengekalkan rentak balingan yang dimulai oleh Suhaimie Leong , Rohaizat, Abd Rashid dan Yazid.
Walaupun bukan jatuhan pin terbaik yang dipersembahkan dalam semua games malam tadi ( 667,680 dan 690) namun sudah mampu mengikat kedudukan MJ Bowlers di tangga ke -2 liga. Ini bermakna minggu hadapan (22/11/2017) MJ Bowlers tidak akan bermain bersama pendahulu liga ( TASH Team) kerana 2 pasukan teratas akan terselamat untuk melalui “knockout Round” yang akan di jalankan pada minggu hadapan.
Prestasi MJ Bowlers terus menjadi bualan pasukan lawan kerana prestasi yang konsisten sepanjang liga ini berlangsung.
Dengan keputusan ini, MJ Bowlers akan memasuki fasa STEP LADDER dan akan bermain pada 29/11/2017 bagi menentukan kejuaraan Piala Kabalen 2017 ini.