Category: Wednesday

Kabalen Cup – Minggu ke 13 ( Positioning)

Jeddah 16 November 2017,  Kabalen Cup 2017 sudah memasuki fasa terakhir di “Positioning  Round” malam tadi yang mana dari seawal game pertama MJ Bowlers mengekalkan rentak balingan yang dimulai oleh Suhaimie Leong , Rohaizat, Abd Rashid dan Yazid. 

Walaupun bukan jatuhan pin terbaik yang dipersembahkan dalam semua games malam tadi ( 667,680 dan 690) namun sudah mampu mengikat kedudukan MJ Bowlers di tangga ke -2 liga.  Ini bermakna minggu hadapan (22/11/2017) MJ Bowlers tidak akan bermain  bersama pendahulu liga ( TASH Team) kerana 2 pasukan teratas akan terselamat untuk melalui “knockout  Round” yang akan di jalankan  pada minggu hadapan.

Prestasi MJ Bowlers terus menjadi bualan pasukan lawan kerana prestasi yang konsisten sepanjang liga ini berlangsung.

Dengan keputusan ini, MJ Bowlers  akan memasuki fasa STEP LADDER dan akan bermain pada 29/11/2017 bagi menentukan kejuaraan Piala Kabalen 2017 ini.

 

Kabalen Cup – Minggu ke- 12

Jeddah 09 Nov.2017- Pada kejohanan yang berbaki  2 minggu lagi , telah memperlihatkan kesungguhan MJ Bowlers untuk terus menguatkan kedudukan carta liga pada Kabalen Cup 2017. MJ Bowlers yang di barisi pemain yang kuat di turunkan pada malam tadi ( Rabu) iaitu – Suhaimie Leong, Rohaizat, Azmi dan Yazid membuat jumlah jatuhan sebanyak 723,709, dan 659 sudah cukup untuk merapatkan diri dengan pendahulu liga iaitu  Tash Team.  Rohaizat telah menyumbangkan balingan padu dengan jatuhan pin 187,223 dan 207  dan membolehkan MJ Bowlers terus memberikan saingan. 

Dengan perolehan 15 mata pada minggu ke-12 ini hanya dan perbezaan 5 mata sahaja dengan Tash Team ini membuatkan minggu hadapan ( Minggu-13) adalah penentuan penting untuk melayakan diri ke Step Ladder  yang memperuntukan hanya 2 pasukan yang akan berada di pasukan menunggu tanpa mengharungi “position round”. 

Dengan perancangan yang baik minggu hadapan MJ Bowlers mampu mengharungi  minggu terakhir ini agar terselamat dan terus berada di 2 kelompok teratas.

 

Kabalen Cup- Minggu ke -10

Jeddah  31 Oct 2017,  Keputusan liga Kabalen Cup  pada minggu ke -10  ini memperlihatkan  MJ Bowlers terus merapatkan diri untuk mengejar penghulu liga iaitu TASH Team yang dibezakan hanya 5 mata sahaja.  Keupayaan MJ Bowlers mengutip 15 mata di minggu ke-10 ini mampu memberi tekanan kepada penghulu liga.

 

Kabalen Cup- Minggu ke -9

Quartet MJ Bowlers terus menunjukkan belang di minggu ke -9 ini dengan masih mengekalkan kedudukan di tempat ke -2 kejohanan yang di anjurkan di sebelah rabu malam setiap minggu.

MJ Bowlers telah memberi kepercayaan kepada Azami untuk mengetuai cabaran dan telah di lantik sebagai kapten bagi mengemudi cabaran MJ Bowlers di Kabalen Cup ini.

Pada minggu ke -9 ini MJ Bowlers terus unggul dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1997 mampu mengikat pasukan lain di kejohanan ini.

 

Kedudukan terkini MJ Bowlers pada minggu ke -9.