TNCBL-20 Minggu ke-3 – Keputusan MARCH 20, 2018

Bowling City- Jeddah,  March 20 – Pertembungan antara MJ Bowlers dan BCT Nights  tidak banyak memberi masalah untuk MJ Bowlers memperolehi mata penuh dalam pertembungan ini. MJ Bowlers di barisi oleh Suhaimie, Mazlan, Oto , Azizan dan Azami. Azizan diletakkan sebagai “hiding” bowler dan  BCT Knights di barisi oleh Dillon, Rey,Dodie,Ryan  dan Pio.

Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 812,821 dan 813 membolehkan MJ Bowlers mengumpul mata penuh  sebanyak 22 dan BCT Knights gagal mengutip sebarang mata.

 Dari kedudukan carta liga, MJ Bowlers telah berada di kedudukan ke 2 liga dari kedudukan ketiga  pada minggu ke 2. Dengan perbezaan hanya 7 mata sahaja dari pendahulu liga iaitu pasukan  Day Lights yang dikemudi oleh Lito.