Azizan “The STINGER” menyengat pada kejohanan TNCBL

Jeddah 07-12-2017,   Minggu ke -11 kejohanan TNCBL , MJ Bowlers membariskan pemain seperti Abdul Rashid, Rohaizat,Wan Kamal, Oto dan juga Azizan  yang ditugaskan mengalas cabaran MJ Bowlers.  Pertandingan ini mempunyai format 5 pemain dan 1 permain akan di letakkan di dalam lane “hiding” yang mana markah pemain di lane “hiding” ini akan digunakan oleh pasukan sekiranya salah seorang pemain utama mempunyai jatuhan pin yang rendah.

Azizan yang diletakan di lane 15/16 (sebagai hiding) yang juga dikenali nama jolokan “STINGER” ini berjaya menyerap tekanan yang diberikan oleh ramai pemain  lawan. “The Stinger” ini memiliki kategori kelas D tetapi gaya balingan padu seperti pemain kelas O sudah memadai pada beliau untuk mencuri tumpuan  pada minggu ke 11 ini.Kehebatan Azizan telah memukau ramai pemain lawan dengan jatuhan pin sebanyak 247, 255 ,255 dan sekali gus menjadi penyumbang besar atas kejayaan MJ Bowlers pada minggu ke-11.  

Sumbangan dan gabungan secara “Team Work” ini telah membolehkan MJ Bowlers satu-satu pasukan yang memperolehi  “Scratch Game”  sebanyak 2424 pin. dan juga sekali gus mengutip keseluruhan mata penuh sebanyak 38. Pencapaian ini telahn membuka satu lembaran baru bagi MJ Bowlers untuk terus unggul di kejohanan ini.

MJ Bowlers mengalahkan  BCT Knight  dengan kutipan mata penuh sebanyak 22 berbalas 0. dan sekali gus  menggukuhkan cengkaman kedudukan liga di tangga ke -3.  2 pasukan teratas masih terus unggul seperti pasukan Kolokoy dan Nilobabes yang begitu konsisten dari seawal minggu kejohanan ini. Dari perkembagan kedudukan tempat ke-3 dan ke-4 tidaklah terlalu jauh dan ini sudah mesti memberikan ancaman kepada MJ Bowlers yang berjaya diikuti rapat oleh pasukan Four Season. 

Kejohanan ini akan direhatkan semperna pemain-pemain lawan menyambut perayaan krismas dan akan di sambung semula pada Jan 09 2018 dan akan memasuki minggu ke 12.