Igauan ngeri Nilobabes pada Minggu ke -13 TNCBL

Bowling City 23 Jan.2018 ,  MJ Bowlers turun dengan barisan pemain yang mantap malam tadi , diketuai oleh Abdul Rashid  yang ditugaskan sebagai “driver” dan dibantu oleh Rohaizat, Oto, Azami dan Azizan “Stinger”. Pasukan Nilobabes yang merupakan pasukan terkuat dalam kejohanan “TNCBL 19th Conference” ini, yang mana unggul di tahta liga dari seawal minggu pertama hinggalah ke minggu ke 13.

Di awal game pertama, Nilobabes begitu dominan sekali dengan barisan mantap seperti Kemo, Lito Zamudio, Dariel, Rey dan Lito Villance membuat jatuhan pin sebanyak 871  meninggalkan jauh MJ Bowlers yang hanya mampu menjatuhkan pin sebanyak  730. Keupayaan “Dream Team Nilobabes” ini dibantu dengan balingan kemo ( 245), Dariel (212) , Rey (214) dan Lito ( 200) Di game kedua pula , MJ Bowlers memulakan rentak melawan setelah mengetahui jauh ketinggalan di game yang pertama,  Rashid telah membuat jatuhan pin sebanyak 200, Azmi ( 201), Rohaizat (193), dan Azizan (212) dan jumlah jatuhan pin sebanyak 806 ,manakala Nilobabes  yang sedar akan kebangkitan MJ Bowlers membuat balingan padu di frame-frame terakhir dan membuat jatuhan pin sebanyak 809.  Walaupun MJ Bowlers kalah dari segi “scratch” game , namun dari segi handicap MJ Bowlers mengalahkan Nilobabes dengan jumlah pin sebanyak 893.  Di game ketiga , MJ Bowlers terus mengasak Nilobabes dari seawal frame lagi dan dan berakhir dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 938 , manakala Nilobabes hanya mampu menjatuhkan pin sebanyak 842.  

Mimpi ngeri buat Nilobabes yang pada awalnya menjangka akan membolot 22 mata penuh hasil pertemuan ini, tetapi telah mengigit jari kerana tewas kepada MJ Bowlers dengan perbezaan 2 mata. MJ Bowlers memang dengan mengumpul mata sebanyak 12 , manakala Nilobabes mengutip 10 mata.

Kedudukan liga setakat minggu ke 13 ini, tidak lah banyak berlaku perubahaan. cuma pasukanMJ Bowlers semakin menghampiri  pasukan Kolokoy yang berada di tangga ke dua liga. dengan hanya perbezaan mata sebanyak 7.5. Dengan pertandingan liga ini berbaki hanya satu minggu lagi sebelum memasuki “Position Round”, rasanya tidak mustahil untuk MJ Bowlers memperbaiki kedudukan liga dengan sedikit lonjakan ke tangga ke dua.

Dengan semangat melawan yang ditunjukkan malam tadi, tidak mustahil untuk MJ Bowlers meneruskan kempen memburu kejuaraaan TNCBL 2018 ini,