Keputusan terkini minggu ke 12 Liga FEDBG (25/3/2017)

MJ Bowlers terus mempertahankan cengkaman dengan meraih kemenangan 18-4  dari pasukan  Secret Reload. Balingan padu dari Mus dan dikuti oleh ladies bowler Syikin  membuatkan pemain lawan merasakan halangan sukar bagi mereka. Derita seterusnya ditambah dengan kombinasi balingan dari Suhaimie dan Faisal melengkapkan kemenangan bergaya MJ Bowlers. Jatuhan terbanyak sebanyak 913 pada game ke-2 adalah rekod jatuhan terbanyak MJ Bowlers setakat ini. Tahniah kepada MJ Bowlers….

Barisan Pemain MJ Bowlers bergambar dengan pemain Secret Reload