Keputusan terkini liga FTBJ -Minggu ke 17 (22/07/2017)

 

Jeddah 25 Julai 2017, MJ Bowlers berjaya memintas pendahulu liga- JP Gilas dengan kelebihan mata sebanyak 9.5. Pertandingan begitu sengit pada minggu ke 17, yang mana pasukan MJ Bowlers yang diwakili oleh Tariq ,Azhana,Wan Kamal dan Mustafa memberikan persembahan yang mantap meninggalkan jauh pendahulu liga dari seawal game yang pertama, kedua tetapi agak merosot pada game yang ketiga. JP Gilas gagal mengambil manfaat dari kegagalan pemain MJ Bowlers pada game yang ke-3.

Minggu ke-18 (29/07/2017) adalah minggu ‘positioning’  yang mana 3 pasukan teratas dari liga  akan mendapat kelebihan untuk menunggu di final STEP LADDER.  Dengan kedudukan terkini, MJ Bowlers harus mengekalkan momentum pada perlawanan sabtu ini supaya MJ Bowlers terus mempertahankan kedudukan tempat pertama.