Keputusan terkini liga FEDBG Minggu Ke-14 (8 Apr 2017)

Minggu Ke-14 :Pasukan MJ Bowlers dibarisi pemain : Suhaimie , Syikin, Azmi dan juga Faisal.

MJ Bowlers memulakan rentak awal mengalahkan BCT-JPS yang di ketuai oleh Archie Santos pada frame /game pertama dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 765 manakala BCT 696. Manakala pada game ke -2 kedudukan MJ Bowlers agak getir dengan kebangkitan BCT-JPS dengan kesudahan pada game ke-2 MJ Bowlers kalah pada scratch game tetapi menang pada handcap point. Pada game penentuan iaitu game ke-3, BCT -JPS sekali lagi cuba mendominasi pemainan dengan mendahului permainan di frame awal. MJ Bowlers ketika itu agak tertekan  dengan “spare mudah ” gagal disempurnakan dengan baik.  “Game changer” berlaku setelah anchor player -Faisal menjalankan tugas yg baik dengan meneruskan hayuan strike dari frame ke 4 sehinggalah ke selesai dengan jatuhan pin sebanyak 255. Derita BCT terus di tambah dengan balingan padu Azmi di saat-saat akhir dengan jatuhan pin sebanyak 213. Secara keseluruhan pemain MJ Bowlers meneruskan rentak yang di harap-harapkan. dan kedudukan carta juga telah berubah dengan MJ naik satu lagi anak tangga ke carta /rangking  no 2.