Category: Lain-lain Berita

Presiden KMH sertai pelan Aljazira Takaful

JEDDAH: Presiden Kesatuan Malaysia Hijazi (KMH) Haji Affendi Zulkifli telah mengikuti pelan Dira’ Protection Plan Aljazira Takaful dan sijil penyertaannya telah diserahkan tempoh hari. Seperti mana ahli MJ Bowlers yang lain, beliau telah menginfaqkan sebahagian hartanya ke jalan Takaful demi kemaslahatan ahli-ahli Takaful sejagat.

Biasanya golongan professional di sini bekerja demi kesenangan dan kesejahteraan diri dan keluarga mereka dan rata-ratanya isteri mereka tidak bekerja. Justeru, atas konsep ketenangan fikiran (Peace of Mind), Takaful bertindak memberi pelindungan pendapatan si suami jika berlaku kematian (Death by Any Cause) atau kehilangan upaya untuk terus bekerja akibat kecacatan kekal melalui kemalangan atau penyakit (Total Permanent Disability due to Accident or Sickness) – Nauzubillah min zaalik. Sedikit sebanyak si isteri (atau waris) dapat membayar segala hutang piutang si mati selain meneruskan kehidupan tanpa gangguan kewangan.

Aljazira Takaful juga ada menyediakan pelan “Protection & Savings” di mana sebahagian daripada caruman akan disalurkan ke akaun investment ahli dan dilaburkan melalui Aljazira Capital. Ahli boleh memilih antara Aggressive Fund, Balance Fund atau Conservative Fund. Dengar namanya sahaja kita dapat garapkan yang strategi “aggressive” adalah untuk mereka yang lebih yakin dengan pasaran saham di Saudi Arabia manakalah strategi “conservative” adalah bagi mereka yang mahukan pergerakan fund yang lebih selamat di mana 80% daripada allocation diletakkan dalam fixed deposit. Ahli yang berminat akan diberikan unjuran carta aliran wang sehingga habis tempoh polisi. (illustration).

Sukacita dimaklumkan juga ahli-ahli MJ Bowlers saudara Yusri dan Sharafuddin juga baru sahaja diluluskan permohonan mereka. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana bijak mengurus risiko kewangan dan semoga yang lain-lain juga terbuka hati untuk bertindak melakukan perkara yang sama.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azrul (0558133910)

Menyambut kedatangan “Kembara Memburu Hikmah”

Jeddah  11 Jun 2017 : Majlis meraikan pasangan Malaysia – Saudara Ahmad & Saudari Nora Adila yang berbasikal dari Malaysia  sehinggalah menamatkan kayuhan di bandar Jeddah pada 9 Jun 2017. Kayuhan suami -isteri ini  mengharungi 13 negara  dan memakan masa selama 14 bulan. Kayuhan kembara ini melakar sejarah dengan kecekalan sepasang suami isteri  mengharungi cabaran yang begitu mengkagumkan.  Pengalaman dan juga cabaran sepanjang kembara ini dikongsikan oleh sepasang suami isteri ini dan juga crew yang menyertai jelajah kembara ini.

Majlis ini telah di adakan di Restaurant  Dsaji dan dihadiri oleh warga Malaysia yang berada di sekitar Jeddah dan MJ Bowlers diberi kesempatan menyambut  kedatangan mereka ini.

Kehadiran mereka juga dimuat-naikkan di Facebook Felda D’Saji.

TAKZIAH: Bapa kepada Ain (ahli MJB) meninggal dunia

Innalillahiwainnalillahirojiun…

Komuniti MJ Bowlers sama-sama bersimpati atas pemergian ayahanda kepada seorang ahli MJBowlers yang kami senang dengan panggilan Ain.

Ayahanda beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 3.05 petang waktu Malaysia di HUSM Kubang Kerian. Tuan Haji Mazlan yang juga ahli MJBowlers, suami kepada Ain telah mengkhabarkan berita ini kepada kami melalui group Whatsapp MJBowlers Lelaki.

Mari kita sama-sama doakan agar ayahanda Ain, Wan Hamzah Wan Ismail yang pulang ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan yang berkat ini, agar diampuni dosanya, diberi rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Semoga Mazlan, Ain dan keluarga mereka bertabah dalam ujian ini.

Lagi warga MJ Bowlers terjebak Takaful Aljazira

JEDDAH: Susulan penyertaan Kapten MJ Bowlers, Tuan Haji Abdul Rashid, lima lagi ahli telah menurunkan tanda tangan bersama Aljazira Takaful untuk mengikuti pelan takaful hayat. Rata-rata daripada mereka telah memilih “Dira’ Plan – Individual Family Term Takaful” yang bertujuan melindungi pendapatan demi kemaslahatan keluarga sendiri mahupun keluarga peserta takaful yang lain.

Tuan Haji Rohaizat Kamisan bersama Pengurus Aktuari Aljazira Takaful menerima sijil takaful.

Takaful sebenarnya telah menjadi produk keperluan bagi mereka yang mempunyai tanggungan dan khususnya, hutang piutang. Hutang rumah, kenderaan, perniagaan, pendidikan dan peribadi adalah contoh-contoh komitmen yang perlu dilangsaikan sama ada masih ketika hidup atau selepas meninggal dunia. Dengan adanya takaful, bukan sahaja jumlah hutang dapat dilangsaikan, tetapi keluarga juga sedikit sebanyak dapat menggunakan wang yang dimanfaatkan bagi meneruskan kehidupan dengan minda yang redha dan tenang.

Ramai yang beranggapan takaful ini suatu perjudian – jika mati, keluarga dapat duit. Jika “survive”, tak dapat apa-apa. Namun sebenarnya niat untuk menyertai takaful bukanlah untuk mengharapkan apa-apa balasan, tetapi ikhlas, menginfakkan sedikit wang untuk membantu keseluruhan komuniti takaful. Pakar takaful telah beberapa kali menasihatkan peserta untuk perbetulkan niat apabila bertakaful. Antara kerumitan dalam pengurusan takaful adalah ajen-ajen yang rata-ratanya berpaksikan kepada komisyen semata-mata – bukanlah untuk meningkatkan syiar Islam atau melindungi keluarga ummah sejagat.

Di Aljazira Takaful, konsep komisyen tidak diketengahkan dan sebab itu produk-produk takafulnya lebih mendorong kepada memberikan penyelesaian kepada peserta dengan lebih bernilai. Produk mereka adalah berorientasikan peserta dan jika dibandingkan caj-caj yang dikenakan adalah jauh lebih rendah daripada yang terdapat di Malaysia.

Ayuh, tunggu apa lagi? Sertailah pelan Takaful bersama Aljazira Takaful demi kemaslahatan keluarga dan umat sejagat.

Haji Din dan Haji Affendy turut berkunjung ke premis Aljazira Takaful

Bowling RMR di UBC

   Riyadh : Mei 20 2017,  Komuniti rakyat Malaysia Riyadh atau dikenali sebagai RMR telah mengadakan julung kalinya pertandingan keluarga di Universal Bowling Center (UBC) .

[ngg_images source=”galleries” display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”240″ thumbnail_height=”160″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”1″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″] 

Baju sponsor Felda Dsaji telah dirasmikan pada 20/5/2017

 Jeddah : Felda Dsaji telah memuktamatkan persetujuan untuk membekalkan “uniform” Mj Bowlers untuk series pertandingan 2017-2018. Pakaian rasmi ini akan digunakan untuk league FEDBJ iaitu  pada setiap petang sabtu di series yang baru. Series 2017  sudah melabuhkan tirainya semalam dan series 2018 akan bermula tidak lama lagi

Pusingan Akhir Liga Bowling Kelab Sukan Malaysia Yanbu (KSMY) 2017

Buat julung kalinya komuniti Malaysia di Yanbu berjaya mengadakan kejohanan Bowling. Tahniah kepada pemenang-pemenang. Sekalung penghargaan kepada semua yang telah menjayakan aktiviti bowling komuniti Malaysia di Yanbu – dari pusingan awal sehinggalah pusingan akhir. Terima kasih juga kepada penaja-penaja hadiah. 

Berikut adalah senarai pemenang:

Kategori Individu Lelaki
1. Johan – Aidil Amir (426)
2. Naib Johan – Suhaimi (413)
3. Ketiga – Kama (407)

Kategori Individu Wanita
1. Johan – Hanie (218)
2. Naib Johan – Aisyah (200)
3. Ketiga – Kay Marlina (179)

Kategori Kanak-kanak Lelaki
1. Johan – Qayyum Hafizi (116)
2. Naib Johan – Rayyan Hafizi (32)
3. Ketiga – Dhiya (11)

Kategori Individu Kanak-Kanak Perempuan
1. Johan – Syasya (78)
2. Naib Johan – Marieyami (68)
3. Ketiga – Qhadeja Hafizi (42)

 

            

Hilangnya sahabat yg amat baik di Saudi

Mekah: 12 May 2017 Masyarakat Malaysia di wilayah barat telah mendapat berita yang menyedihkan  yang mana kita kehilangan seorang sahabat  iaitu  Tn Hj Ahmad Kamil b Abd Rahman. Beliau  seorang yang amat baik dan banyak berjasa didalam program aktiviti masyarakat Malaysia di sini.  Semoga Allah menempatkan Roh Allahyarham di dalam  kalangan mereka yg amat dikasihiNya. 

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

D’Saji Jeddah May 2017 Offer (Bersama Rakan MJBowlers)

JEDDAH: Setiap bulan D’Saji Restaurant Jeddah akan menyediakan menu promosi dan untuk bulan May 2017, Garoupa Two Seasons Set telah menjadi pujaan pengunjung yang hadir. Set ini termasuk seekor ikan kerapu yang dia masak ‘dua-rasa’, 2 nasi putih, 2 jus oren segar, sayur kacang panjang dan sup bebola daging.

Seperti biasa, harga sangat berpatutan pada 150 riyal setiap set.

Tempoh hari, ahli MJ Bowlers telah bersama-sama menikmati juadah yang enak ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila tekan di sini

Felda D’saji KSA Penaja Jersey MJBowlers Sesi 2017

JEDDAH: Felda Middle East (D’Saji KSA) telah memeterai perjanjian penganjuran jersey MJBowlers untuk sesi tahun 2017. Jersey MJBowlers akan dipakai setiap kali liga antarabangsa dijalankan dan setiap ahli akan menerima jersey tersebut.

Akan tertera logo Felda Middle East (D’Saji KSA) di dada jersey selain kerja-kerja marketing yang lain termasuk laman sesawang dan media sosial. Hubungan dua-hala MJBowlers-Felda D’Saji KSA diharap akan berterusan menggamit kejayaan di bumi Hijaz, Tanah Arab ini.