Category: Koleksi Keputusan

Pertandingan Bowlers of The Year 2017 anjuran FTBJ

Bowling City – Jeddah,  Filipino Ten Pin Bowling Jeddah ( FTBJ) telah menganjurkan siri pertandingan tahunan yang telah selesai
diadakan pada 9/3/2018. Pertandingan ini telah mengharungi 3 pusingan sebelum acara akhir yang berlangsung pada 3 march 2018.  Syarat untuk dipilih memasuki pertandingan “BOY 2017” ini mestilah sekurangnya menyertai 2 kali pertandingan Monthly Championship. Seramai 32 pemain lelaki dan 15 pemain wanita terlibat di dalam acara BOY 2017.

Di pusingan pertama, pemain lelaki MJ Bowlers seperti Suhaimie, Azami, Oto,Yazid, Mazlan dan Abdul Rashid telah layak berada di pentas kelayakan manakala Wan Kamal sudah menanti di suku akhir. Manakala wanita bowlers pula yang tersenarai adalah Azzhanawati dan Hasnah.

Di pusingan seterusnya, semua pemain lelaki dan wanita MJ Bowlers telah berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir yang berlangsung pada 9/3/2018. Peringkat akhir hanya Azami ,Azzhanawati dan Hasnah telah berjaya mara ke peringkat “Step Ladder”

Pada kategori lelaki, Azami begitu menyerlah di dalam step ladder pada permulaan tetapi tersekat di tangga ke 3 setelah gagal untuk menumpaskan ranking ke 2 yang  menunggu.  Azami telah dinobatkan pemenang tempat ketiga di dalam BOY 2017.

Berbalik kepada acara wanita, Hasnah berjaya menempatkan diri di dalam kelompok ke-5 ke atas dan melayakkan diri ke peringkat seterusnya, bersaing dengan Lou dan Lyn. Namun Hasnah tewas tipis di belakang Lyn dan perjuangan terhenti di situ dan menduduki tempat ke-4 pada BOY 2017.

Pusingan seterusnya pertembungan  antara Azzhanawati dengan Lyn agak begitu tertekan ditambah pula keadaan lane yang terlalu kering dan kelebihan ini didominasi oleh Lyn yang telah berjaya menundukkan Azzhanawati dengan perbezaan yang kecil. Azzhanawati akur dengan kedudukan ke-3.

Azzhanawati Juara Bulanan(Feb.2018)- ICBL

Bowling City- Jeddah,  Pertandingan liga ICBL ditangguh pada hari ini untuk memberi laluan kepada kejohanan bulanan yang di anjurkan oleh FTBJ pada setiap minggu pertama setiap bulan. Kejohanan pada kali ini disertai oleh beberapa pemain MJ Bowlers lelaki dan wanita. Pemain lelaki diketuai oleh Faisal ( Pacai) -kelas O, Azami – kelas A, Abdul Rashid, Wan Kamal,Suhaimie, Oto dan Din yang masing-masing mewakili kelas B. Manakala wanita pula diketuai oleh Hasnah-kelas B, Azzhanawati  dan Yatie mewakili kelas C.

Pada pusingan pertama, empat  pemain lelaki tercicir dari saingan iaitu Faisal,Azami,Oto dan Din  , manakala Suhaimie, Abdul Rashid dan Wan kamal telah layak ke pusingan ke dua. Bagi kategori wanita  ke semua pemain layak meneruskan perlawanan.

Bagi kategori lelaki B, di pusingan seterusnya pertembungan 2 pemain yang mana pemenang ini nanti akan bertemu Lito yang telah berjaya berada di kedudukan teratas pada kelas B. Pemain yang bertarung ini adalah  Wan Kamal, Suhaimie, Abdul Rashid dan Ryan.

Dengan permainan melibatkan 1 game sahaja, Wan Kamal dengan bersahaja meninggalkan semua pemain di seawal balingan, Suhaimie mampu bersaing sehinggalah ke frame ke 8 namun terkulai dengan asakan Wan kamal yang telah berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 202.  Manakala Abdul Rashid dan Ryan tercicir dari seawal balingan dengan gagal membuat beberapa balingan penting.

Untuk kategori wanita, Yatie dan Azzhanawati bertembung dia peringkat seterusnya bagi kelas C dan Hasnah bertembung dengan Evelyn bagi pertembuangan kelas B.  Pertarungan sengit untuk kelas C antara Yatie dan Azzhanawati dengan permainan yang seimbang dan Azzhanawati memanfaatkan pengalaman yang mana di saat frame ke 9 dan 10 membuat ‘Connection strike’ telah diumumkan sebagai juara kelas C Azzhanwati menggalahkan Yatie dengan 189 berbalas 178.  Manakala cabaran hasnah terhenti apabila Evelyn menyudahakan balingan  dan mengalahkan peserta wanita MJ Bowlers kelas B ini.

Pertembungan bagi menentukan juara kelas B antara Wan kamal dengan lito  begitu mendebarkan dengan keadaaan “oil condition” yang terlalu kering dan sering kedua-dua pemain ini kejar mengejar mata demi mata sehinggalah Wan Kamal gagal menyempurnakan “spare” di frame ke 9 dan di saat itulah Lito menyudahkan permainan dengan jatuhan pin 169 diikuti Wan Kamal  sebanyak 149.

Dengan kekalahan Wan Kamal di tangan Lito, maka cabaran lelaki MJ Bowlers berakhir sudah dan yang tinggal hanyalah satu-satunya pemain wanita yang meneruskan cabaran di pentas akhir.

Pertembungan di pentas akhir wanita ini antara Angelo Gumpal (Kelas A), Everlyn ( Kelas B) dan Azzhanawati (Kelas C) berlangsung dengan satu game sahaja. Sebagai pemegang kelas A, Angelo begitu bersahaja meninggalkan dua pemain lain di frame 3 dan ke 4. namun kebangkitan Azzhanwati di frame seterus nya banyak mengikat kedudukan Angelo. Manakala Everlyn seolah-olah kehilangan punca akibat “oil condition yang terlalu kering”.

Dengan jatuhan pin 156 dilakukan oleh Azzahawati  dan tambahan 35 handicap membolehkan Azhanawati mengalahkan Angelo yang membuat balingan “Scratch” 170 tetapi tumpas kepada Azahanawati dengan  jumlah jatuhan pin sebanyak 191. dan sekaligus Azzhanawati dinobatkan Juara Wanita Bulan Feb 2018.

 

Pemenang bagi Bowling Berpasukan 2017

Juara Kejohanan Berpasukan 2017 -dari Pasukan Consistent yagn dibarisi oleh Suhaimie, Syikin ,Hafiz dan Din

Tempat kedua dimenangi oleh dari pasukan Yanbu (Pin Pushers) yang dibarisi oleh Azmi,Faisal,Mahani danRaemyzan

Tempat ke tiga dimenangi oleh Pin Strikers yang dibarisi oleh Wan Kamal, Azhana,Ayub dan juga Abdul Rashid

Johan Jatuhan pin terbanyak : Suhaimie Leong  dengan jatuhan pin sebanyak 412

Johan Jatuhan pin terbanyak wanita  (Mariam Alyahya)  dengan jumlah jatuhan sebanyak 317

Juri khas  dari Al-Jazira Takaful telah di tugaskan untuk menjadi juri dan sebulat suara mengumumkan  Pin Strikers memenangi kategori “Best Uniform 2017”  Pin Strikers telah mengalahkan 25 pasukan yang bertanding.