Azzhanawati Juara Bulanan(Feb.2018)- ICBL

Bowling City- Jeddah,  Pertandingan liga ICBL ditangguh pada hari ini untuk memberi laluan kepada kejohanan bulanan yang di anjurkan oleh FTBJ pada setiap minggu pertama setiap bulan. Kejohanan pada kali ini disertai oleh beberapa pemain MJ Bowlers lelaki dan wanita. Pemain lelaki diketuai oleh Faisal ( Pacai) -kelas O, Azami – kelas A, Abdul Rashid, Wan Kamal,Suhaimie, Oto dan Din yang masing-masing mewakili kelas B. Manakala wanita pula diketuai oleh Hasnah-kelas B, Azzhanawati  dan Yatie mewakili kelas C.

Pada pusingan pertama, empat  pemain lelaki tercicir dari saingan iaitu Faisal,Azami,Oto dan Din  , manakala Suhaimie, Abdul Rashid dan Wan kamal telah layak ke pusingan ke dua. Bagi kategori wanita  ke semua pemain layak meneruskan perlawanan.

Bagi kategori lelaki B, di pusingan seterusnya pertembungan 2 pemain yang mana pemenang ini nanti akan bertemu Lito yang telah berjaya berada di kedudukan teratas pada kelas B. Pemain yang bertarung ini adalah  Wan Kamal, Suhaimie, Abdul Rashid dan Ryan.

Dengan permainan melibatkan 1 game sahaja, Wan Kamal dengan bersahaja meninggalkan semua pemain di seawal balingan, Suhaimie mampu bersaing sehinggalah ke frame ke 8 namun terkulai dengan asakan Wan kamal yang telah berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 202.  Manakala Abdul Rashid dan Ryan tercicir dari seawal balingan dengan gagal membuat beberapa balingan penting.

Untuk kategori wanita, Yatie dan Azzhanawati bertembung dia peringkat seterusnya bagi kelas C dan Hasnah bertembung dengan Evelyn bagi pertembuangan kelas B.  Pertarungan sengit untuk kelas C antara Yatie dan Azzhanawati dengan permainan yang seimbang dan Azzhanawati memanfaatkan pengalaman yang mana di saat frame ke 9 dan 10 membuat ‘Connection strike’ telah diumumkan sebagai juara kelas C Azzhanwati menggalahkan Yatie dengan 189 berbalas 178.  Manakala cabaran hasnah terhenti apabila Evelyn menyudahakan balingan  dan mengalahkan peserta wanita MJ Bowlers kelas B ini.

Pertembungan bagi menentukan juara kelas B antara Wan kamal dengan lito  begitu mendebarkan dengan keadaaan “oil condition” yang terlalu kering dan sering kedua-dua pemain ini kejar mengejar mata demi mata sehinggalah Wan Kamal gagal menyempurnakan “spare” di frame ke 9 dan di saat itulah Lito menyudahkan permainan dengan jatuhan pin 169 diikuti Wan Kamal  sebanyak 149.

Dengan kekalahan Wan Kamal di tangan Lito, maka cabaran lelaki MJ Bowlers berakhir sudah dan yang tinggal hanyalah satu-satunya pemain wanita yang meneruskan cabaran di pentas akhir.

Pertembungan di pentas akhir wanita ini antara Angelo Gumpal (Kelas A), Everlyn ( Kelas B) dan Azzhanawati (Kelas C) berlangsung dengan satu game sahaja. Sebagai pemegang kelas A, Angelo begitu bersahaja meninggalkan dua pemain lain di frame 3 dan ke 4. namun kebangkitan Azzhanwati di frame seterus nya banyak mengikat kedudukan Angelo. Manakala Everlyn seolah-olah kehilangan punca akibat “oil condition yang terlalu kering”.

Dengan jatuhan pin 156 dilakukan oleh Azzahawati  dan tambahan 35 handicap membolehkan Azhanawati mengalahkan Angelo yang membuat balingan “Scratch” 170 tetapi tumpas kepada Azahanawati dengan  jumlah jatuhan pin sebanyak 191. dan sekaligus Azzhanawati dinobatkan Juara Wanita Bulan Feb 2018.