Category: Saturday AM League FTBJ

Keputusan minggu ke -9 ( SAT-AM-FTBJ)

Jeddah  16 November 2017, Pada minggu ke -9 ini MJ Bowlers bermain di bawah keupayaan sebenar dengan semua balingan tersasar jauh dari prestasi terbaik pasukan yang telah mengondol kejuaraan pada musim yang lepas. MJ Bowlers dibarisi oleh Tariq, Azzhana ,Wan Kamal dan juga Mustafa

Dengan jumlah jatuhan pin 654,703, dan 605 nampak begitu jauh tertinggal dibandingkan dengan pasukan yang lain. Serba tidak menjadi pada setiap balingan dan pasukan lain mengunakan kesempatan ini memintas kedudukan MJ Bowlers pada carta liga.

Kedudukan MJ Bowlers jatuh dari ranking # 3 minggu sebelumnya ke rangking ke 5 pada minggu ke -9 ini. Semoga Mj Bowlers dapat bangkit untuk meneruskan cabaran pada minggu-minggu yang mendatang.

 

Keputusan minggu ke -8 (SAT-AM- FTBJ)

Jeddah ,2 November 2017- MJ Bowlers telah melonjak satu anak tangga carta dari kedudukan ke -4 ke kedudukan ke-3. Status Juara yang dipegang oleh pasukan MJ Bowlers pada musim yang lepas memberikan satu suntikan semangat melawan yang jitu di jiwa pemain MJ Bowlers.

Walaupun menghadapi kesukaran mengawal balingan di game yang kedua dan mempunyai jumlah jatuhan pin yang agak rendah namun dapat bangkit semula di game yang ke tiga. Ini disebabkan disebabkan oleh kondisi lane yang agak berbeza dari segi ‘oiling condition’ yang berubah di game yang ke dua.

MJ Bowlers dibarisi oleh Tariq (RBA), Azzhana,Oto dan juga Mustafa.

 

Keputusan minggu ke -6 FTBJ (07/10/2017)

,Jeddah Arab Saudi  Oct 11 2017. Liga sabtu pagi  FTBJ ( AM) yang berlangsung minggu ke-6 ini telah melihatkan cabaran kepada pasukan-pasukan yang lain yang mana  dengan kemunculan semula  Shawal Mustafa setelah berehat selama 5 minggu telah memberi suntikan baru untuk MJ Bowlers untuk mengejar pendahulu liga.

Kebolehan dan ketahanan mental pemain MJ Bowlers pada minggu ini mampu bertahan dan balingan konsisten telah membolehkan peningkatan  jumlah jatuhan pin. Jumlah jatuhan pin MJ Bowlers sebanyak 2328 telah berjaya  menduduki tempat ke-3 dengan mengutip 8 mata dibelakang RR Fullhouse dan Bowling City.  Dengan keputusan ini MJ Bowlers telah melonjak naik dari kedudukan ke -6 pada minggu ke-5 kepada tangga ke 3 pada minggu ke-6 hasil dari kutipan mata sebanyak 26 ,iaitu no-3 tertinggi dari 10 pasukan yang bertanding,

Keputusan minggu ke -5 FTBJ (30/9/2017)

Jeddah Sept 30 2017, MJ Bowlers masih lagi belum menemukan rentak Juara bertahan setelah masuk minggu ke-5 ini kedudukan MJ Bowlers masih di ‘layer 2- kedudukan di tangga ke 7 dari 10 pasukan. Sungguhoun begitu kedudukan mata di anak tangga ke 6,5 dan juga 4 tidak lah terlalu jauh untuk dikejar.

Pada minggu ke-5 ini MJ Bowlers hanya mampu mengutip 19.5 mata dan berada di tangga ke 6 dalam kutipoan markah mingguan dan secara totalnya MJ masih lagi di tangga ke -7 pada keseluruhannya 

Keputusan minggu ke -4 FTBJ (23/9/2017)

Jeddah : Oct 23 2017,  Kemas kini kejohanan FTBJ pada sabtu pagi  sudah bermula dan keputusan dikeluarkan dari penganjur FTBJ agak lambat sehingga keputusan pada minggu yang ke-4 ini. Musim baru ini MJ Bowlers mendapat penajaan sepenuhnya dari Scoot Airline.  Syarikat tambang Murah dari Singapura (Scoot Air) ini telah bersetuju menaja MJ Bowlers selama 16 minggu jangka masa kejohanan ini berlangsung.

Pada Minggu ke -4 ini, MJ Bowlers bermain agak merosot sedikit dan agak terkebelakang dari pesaing-saing utama kejohanan. Secara keseluruhan kedudukan MJ Bowlers berada di tempat ke-6 dari 4 minggu kejohanan ini dimulakan semula.

Dengan pungutan 26 mata MJ Bowlers  menduduki tangga ke -4 dalam jumlah jatuhan pin, dan sekali gus merapatkan sedikit ruang dengan pasukan di tangga ke -5 .

 

Kejuaraan FTBJ ( 54th Conference) -Milik mutlak MJ BOWLERS

Jeddah  12 Aug 2017 , bertempat di Bowling  City  -berlangsung acara akhir step ladder untuk FTBJ pada siri pertandingan yang ke 54 anjuran FTBJ (Filipino Tenpin Bowlers of Jeddah). Pertandingan ini melibatkan 12 pasukan yang bertanding dan liga ini sudah mengharungi 20 minggu.

Pada sebelah pagi, acara stepladder dari  pasukan di kedudukan ke 4,5,6 dan 7  bertanding sebanyak 2 games dan pasukan dari Bowling City telah berjaya menundukkan pasukan Saudi Diyar,Fityani Boutique dan 4 Season. Seterusnya pasukan Bowling City yang dipimpin oleh Igna Salgado dan dibarisi pemain yang kuat  seperti Kemo, Marie dan  Daryl bertemu dengan pasukan di tempat ke dua liga iaitu JP Gilas. Pertembungan Bowling city dan JP Gilas ini  untuk menentukan pasukan yang akan  layak bertemu dengan MJ Bowlers di final Stepladder. JP Gilas dibarisi  pemain yang mantap dengan kombinasi  2 pemain lelaki dan 2 pemain wanita.  Pasukan JP Gilas ini adalah pasukan pilihan setelah 3 musim berturut-turut bergelar juara. JP Gilas yang diwakili  oleh Randy sebagai kapten pasukan , Lou Punzalan,Jeanette  Cerbito dan Paolo  Allego.

Penentuan pasukan yang akan bertanding di peringkat ini akan dimuktamadkan dengan 1 games sahaja dan pemenangnya akan bertemu dengan MJ Bowlers di peringkat akhir.  Kapten pasukan JP Gilas ( Randy) membuat percaturan dengan  meletakkan pemain wanita mereka bagi menggalas cabaran dan membuahkan hasil dengan begitu mudah menundukan pasukan Bowling City. 

Biodata MJ Bowlers :

MJ Bowlers di barisi  oleh 10 pemain lelaki dan 2 pemain wanita iaitu : Abdul Rashid( kapten pasukan) Mustafa, Yazid,Azami,Mazlan,Wan Kamal,Suhaimie Leong ( tiada dalam gambar), Faisal, Tariq (RBA), Hairul Grace dan Azhana.

Felda Dsaji ( Malaysian Restaurant) telah  menaja pakaian rasmi MJ Bowlers  disepanjang siri liga yang bermula pada awal Feb.2017 sehinggalah ke acara kemuncak pada 12 Aug 2017.

Sepanjang 6 bulan siri liga FTBJ ini, pasukan MJ Bowlers agak konsisten dan sentiasa menduduki antara tangga 4 teratas liga.Pada minggu ke 16,MJ Bowlers membuat pecutan dan menempatkan diri di kedudukan teratas liga.

Penghargaan kepada Shahwall Mustafa atau lebih dikenali sebagai Mus yang tidak jemu menerapkan latihan demi latihan bagi mengekalkan tahap prestasi pemain dari minggu pertama sehinggalah MJ Bowlers sampai menduduki tahta liga.

Saat yang di tunggu :

Tepat pada pukul 12:30 pm, semua pemain MJ Bowlers telah mula memanaskan badan di lane 11/12. Kapten pasukan masih lagi merahsiakan percaturan pemain yang akan mewakili MJ Bowlers di peringkat akhir ini. Semua pemain di wajibkan membuat pemanasan badan .

Pada 12:35  PM , kapten pasukan telah menyerahkan senarai pemain kepada urus setia  dan secara rasmi pasukan MJ Bowlers akan diwakili oleh Tariq , Azhana, Azami dan juga Yazid.  Percaturan  permain ini dibuat berdasarkan atas kekuatan pasukan JP Gilas  dan Tariq ditugaskan untuk merosakkan  “Strike Line” Randy dan menyukarkan Randy mendomiasi pemainan dan memberi kelebihan kepada 2 pemain lelaki MJ Bowlers iaitu Azami (bermain di “board 5- strike line manakala Yazid bermain secara “Stroker”-strike line board 17.  

Dengan Percaturan pemain disertakan mental  pemain yang sudah bersedia untuk final ini dengan mudah kita mengalahkan pasukan  pilihan juaran JP Gilas  dengan JP Gilas  membuat jatuhan pin sebanyak 656 dan MJ Bowlers sebanyak 694.

Sekalung tahniah kepada  pemain MJ Bowlers yang telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Baru bagi seri ke 54 FTBJ.  Tidak dilupakan juga  kepada pemain MJ Bowlers yang lain yang berusaha meningkatkan prestasi permainan dan terus berjaya di pertandingan-pertandingan akan datang.

Untuk melihat siaran YouTube ketika perlawanan akhir –>  klik sini

Keputusan liga FTBJ -Minggu ke 18 (29/07/2017) -Positioning

Jeddah 29 Julai 2017,  Detik sejarah telah tercipta pada minggu ke-18 yang mana pencapaian tertinggi bagi pasukan MJ Bowlers semenjak berkecimpung di dalam  liga antarabangsa .Dengan kemenangan mutlak mengalahkan JP GILAS dengan perbezaan kutipan mata sebanyak 32.5  membolehkan MJ dinorbatkan sebagai Juara liga.  

Pada Minggu ke -19 , (5/08/2017) ‘KNOCKOUT-Round’  bagi pasukan  dari tangga ke 4 hingga ke tangga 11 bagi memilih 3 pasukan sahaja untuk mengiringi  3 pasukan teratas liga untuk ‘STEP LADDER’ pada 12/8/2017.

Dengan kelebihan sebagai Juara Liga ,MJ Bowlers akan menunggu di ‘Championship round’ pada 12/8/2017.