Category: Iftar

Iftar MJBowlers Ramadhan 2019

JEDDAH Malam 23 Ramadhan 1440: Sudah menjadi tradisi MJBowlers sepanjang Ramadhan setiap tahun, Alhamdulillah, malam tadi adalah malam terakhir majlis berbuka puasa keluarga besar ini di Jeddah. Tahun ini bermula daripada 6 Ramadan, setiap keluarga & individu berkongsi rezeki untuk menjamu tetamu berbuka puasa tidak mengira darjat atau usia.

Iftar Perdana MJBowlers semalam melabuhkan tirai tradisi turun temurun ini. Masing-masing mengenakan baju Melayu dan ada yang lengkap bersampin mewujudkan bibit-bibit suasana di Hari Raya. Saudara Affendy Zulkifli (serta keluarga) merangkap sponsor kita dan Presiden Kesatuan Malaysian Hijazi memulakan majlis dengan bacaan doa sebelum majlis iftar dimulakan.

Pelbagai kuih-muih “potluck”, mee kari dan mee bandung hasil kelolaan dan masakan Puan Wan Surita dan suami, Kapten MJBowlers Abdul Rashid Rahmandisajikan buat para tetamu barakah sebelum solat Maghrib berjemaah di masjid Al Qarni di depan rumah.

Usai solat, nasi ayam dan sup ekor pula menjadi jarahan kami dan rata-ratanya setuju nasi ayam melangkaui kehebatan Chicken Rice Shop di tanahair.

Saudara Yusrilfitri Mohd Yunos dan Wan Kamal Azlan menyempurnakan majlis dengan sesi mengambil gambar dan video secara kandid dan berkumpulan sebelum sesi bergambar bersama keluarga oleh saudara Azmi Junaidi.

Begitu meriah majlis kali ini diselang-selikan dengan lagu-lagu raya yang menusuk kalbu teringat ibu bapa dan keluarga di kampung Malaya. Ramai yang tidak dapat pulang beraya kali ini akibat tugasan dan persekolahan anak-anak yang bertindih dengan perayaan Eid Fitri.

Majlis disudahi dengan penyampaian hadiah penghargaan kepada tuan rumah yang menyediakan tempat beriftar tahun ini saudara Kapten dan juga isterinya yang berhempas pulas menjadi Chef hebat. Hadiah ditaja oleh keluarga MJBowlers yang bertugas di Panda. Ucapan terima kasih oleh Kapten melengkapkan majlis menyarankan tradisi ini diteruskan dan ukhwah berkekalan.

Terima kasih diucapkan kepada hos & chef untuk iftar 2019, Kapten Rashid & Kak Eita. Terima kasih juga kepada semua keluarga & individu yang turut serta memeriahkan majlis iftar pada tahun ini.

“Takbir! Allahuakbar!” Oto Shah berseloroh dan disambut baik oleh pejuang penyatuan ummah.

Ya Rabb, satukanlah hati2 kami kerana Mu Ya Allah. Kekalkanlah ukhwah yang terjalin ini hingga ke Jannah, InshaAllah.

BarakAllah Fikum

-Jeg Hui, yang masih terngiang-ngiang lagi dengan koleksi lagu-lagu raya semalam.

PR, MJBowlers.

Iftar Minggu 2 Ramadhan

Alhamdulillah, selesai sudah 2 minggu kita berpuasa. Suasana iftar bertambah meriah, di mana setiap malam di minggu kedua ini, iftar terus ditaja oleh insan2 yang pemurah. Pelbagai jenis kuih-muih dan kek juga dihidangkan, dibawa oleh rakan taulan. Moga bertambah2 rezeki kalian.

Sabtu, 08 Ramadhan : Yusri & Yazid

Isnin, 10 Ramadhan : Azmi, Azami & Zul

Selasa, 11 Ramadhan : Wan Kamal Azlan

Rabu, 12 Ramadhan : Sharifuddin

Khamis, 13 Ramadhan : Azrul

Jumaat, 14 Ramadhan : Imran

Sabtu, 15 Ramadhan : Rohaizat & Mazlan

Tanggal 13 Ramadhan juga, tuan rumah Azrul mengadakan majlis tahniq dan aqiqah buat puteri beliau, Azzahra’ seusai terawikh. Alhamdulillah, bertambah seorang lagi ahli MJBowlers.

Iftar 05 Ramadhan

Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi, majlis iftar malam 05 Ramadhan telah diadakan di rumah Chef Hj.Hairul seperti dirancang. Kali ini makanan berbuka ditaja oleh Capt Hj. Abdul Rashid dan Hj. Mahmud.

Majlis kali ini bertambah meriah dengan kehadiran lebih ramai jiran tetangga dari luar As-Safa dan Al-Faysaliyah.

Jazakallah khair buat Hj. Rashid dengan bubur lambuk istimewanya, Hj. Mahmud dengan kari ayam meletup serta sahabat handai yang membawa pelbagai jenis juadah berbuka. Semoga bertambah2 rezeki kalian.

Semoga ukhuwah terjalin berkekalan ke Jannah.

Iftar 03 Ramadhan

03 Ramadhan berlalu sudah
Rumah Chef Hairul lokasi iftar
Terhidang enak pelbagai juadah
Kuih muih tradisi penghilang lapar

Ikan lemak kuning dan sambal udang
Bihun dan mee goreng serta shorba
MasyaAllah, pelbagai pilihan terhidang
Alhamdulillah, dapat dikongsi bersama

Jazakillah khair Dr. Jiwa sekeluarga
Penaja iftar Ramadhan ketiga
Semoga dimurahkan rezeki dariNya
Pahala berkekalan hendaknya

Iftar 02 Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Zaid bin Kholid Al Juhani, Rasulullah  bersabda,

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga,”

(H.R. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192).

Jeddah : Bertempat di rumah Chef Hj.Hairul, berlangsungnya majlis pembuka tirai Iftar MJBowlers. Majlis kali ini disertai oleh rakan2 pelajar dari Madinah serta ahli keluarga MJBowlers.

Iftar kali ini ditaja oleh Sheila Mat Jue dan Raihana Faiz. Jazakumullah Khairan Kathiran kepada penaja.

Juga buat Chef Hj. Hairul dan Hjh. Daliena yang menyediakan juadah utama dan sahabat2 yang turut menyumbangkan juadah berbuka.

Semoga majlis Iftar ini diberikan kerberkatan oleh Nya.