Liga SPBML-12

Alhamdulillah. MJBowlers merangkul tempat kelima liga SPMBL-12 selepas berjuang di pusingan playoff baru2 ini, bertempat di Bowling City. Syabas diucapkan buat semua pemain2 yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang perjalanan liga ini. Siri baru liga SPMBL akan bermula pada 19 October 2019, dan bakal menyaksikan beberapa muka baru mewakili pasukan MJBowlers. Sama2 doakan kejayaan cemerlang buat pasukan MJBowlers. πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼.

https://www.facebook.com/groups/pip.bowlingproshop/permalink/2544346512290615?sfns=mo β€” at Bowling City Jeddah.

MySC 2019 – Peserta Kanak-kanak

 

TNCBL-23

Alhamdulillah. Pasukan MJBowlers diketuai oleh Kapten Liga Selasa Azizan Abdul Aziz dan dibawah bimbingan Abdul Rashid Abdul Rahmanberjaya melayakkan diri ke pusingan akhir stepladder liga malam Selasa TNCBL Siri ke 23, di tangga ketiga. Pusingan akhir akan diadakan pada 15 October 2019 bertempat di Bowling City, Sultana Mall. Ayuh kita semua berikan sokongan padu buat pasukan MJBowlers!

https://www.facebook.com/groups/pip.bowlingproshop/permalink/2534551149936818?sfns=mo

 

Malaysia Sports Challenge 2019 – Bowling Tournament

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOWLING β€œMALAYSIA SPORTS CHALLENGE 2019”

1.              PERATURAN PERTANDINGAN

1.1           Pertandingan ini dinamakan MALAYSIA SPORTS CHALLENGE 2019 anjuran Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah dan MJBowlers Jeddah.

1.2           TARIKH DAN TEMPAT

Tempat           :           Bowling City, Al Awadi, Al Andalus, Jeddah

Tarikh              :           26 Oktober 2019

Masa               :           8.30 Pagi hingga 4.00 Petang

2.              PENYERTAAN

2.1           Pertandingan adalah kepada rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Arab Saudi (Lelaki, Wanita, Campuran berpasukan).

2.2           Penyertaan hanya dibuka kepada 26 pasukan sahaja berdasarkan first come first serve

2.3           Setiap pasukan mengandungi 4 orang pemain.

2.4           Kanak-kanak 20 orang max sahaja berdasarkan first come first serve.

3.              YURAN PENYERTAAN

3.1           Setiap pasukan Lelaki/Wanita/Campuran dikenakan yuran penyertaan sebanyak SR250.00 sepasukan. (Yuran Lane, Pack Meals – Makanan, Minuman) dan kanak-kanak SR50.00 seorang.

3.2           Sewaan kasut telah dibiayai oleh penganjur.

4.              PENDAFTARAN PEMAIN

4.1           Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh pihak penganjur. Hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian. Susunan nama pemain akan diambil kira dari borang pendaftaran pemain mengikut turutan nombor yang dicatat.

4.2           Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan selewat-lewatnya sehari

sebelum pertandingan bermula.

4.3           Warganegara Rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Arab Saudi sahaja.

4.4           Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.

4.5           Semua pasukan yang telah mengesahkan penyertaan hendaklah mendaftar pasukan masing-masing pada 26 Oktober 2019 sebelum atau pada jam 8.00 pagi di meja urusetia di Jeddah Lanes Bowling Center, Jeddah.

5.              CARA PERTANDINGAN

5.1           Format pertandingan kali ini adalah secara 9 pin tap (jumlah penuh pin adalah 10). Oleh yang demikian, sekiranya balingan pertama kejatuhan pin adalah 10 dikira strike dan kejatuhan pin adalah 9 dikira strike juga. Jika kejatuhan pin kurang dari 9 bermakna untuk mendapatkan spare perlu menjatuhkan keseluruhan pin yang tertinggal.

5.2           Kejohanan ini akan dijalankan sekaligus secara:

I.               Berpasukan

–   Lelaki

–   Lelaki dan Wanita (Mix)

–   Wanita

II.              Kanak-kanak

(Berumur 7 Tahun – 13 Tahun)

5.3           Pemain-pemain Graded dan Non Graded (Handicap) pengiraan didalam kejohanan berpasukan adalah seperti berikut:

I.               Graded Lelaki – (-10) setiap game

II.             Graded Wanita – (0) setiap game

III.            Non Graded Lelaki – (0) setiap game

IV.            Non Graded Wanita – (+10) setiap game

V.             Remaja (13 – 17) – (+10) setiap game

5.4           Semua pasukan akan bermain sebanyak tiga (3) game.

5.5           Kedudukan lane semua pasukan akan ditentukan oleh pihak penganjur.

5.6           Semua pasukan akan bermain secara β€œno cross lane”

5.7           Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.

5.8           Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di lorong permainan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.

5.9           Pasukan yang enggan bermain pada waktu yang dijadualkan itu akan dianggap sebagai menarik diri. (iaitu memberi walk-over)

5.10        Shadow Bowl selama 5 minit.

6.              PENENTUAN KEMENANGAN

6.1           Pasukan yang memungut jumlah jatuhan pin terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

6.2           Kategori Hadiah adalah:

JUARA BERPASUKAN

1ST RUNNER UP BERPASUKAN

2ND RUNNER UP BERPASUKAN

JUMLAH JATUHAN PIN TERTINGGI LELAKI DAN WANITA BEST GAME LELAKI DAN WANITA

JUARA KANAK-KANAK

1ST RUNNER UP KANAK-KANAK

2ND RUNNER UP KANAK-KANAK

3RD RUNNER UP KANAK-KANAK

4TH RUNNER UP KANAK-KANAK JACKPOT (β€˜x’ TAP STRIKE / β€˜X’ STRIKE)

X’x’X’x’ – SR50.00 (8 ORANG YANG PERTAMA) β€˜xxx’ – SR50.00 (10 ORANG YANG PERTAMA) β€˜x’SPARE’x’ – SR30.00 (10 ORANG YANG PERTAMA)

TOTAL SCORE 111 – SR20.00 (LELAKI DAN WANITA YANG PERTAMA) TOTAL SCORE 121 – SR20.00 (LELAKI DAN WANITA YANG PERTAMA) TOTAL SCORE 201 – SR20.00 (LELAKI DAN WANITA YANG PERTAMA)

TOTAL SCORE 234 – SR50.00 (SEORANG YANG PERTAMA)

TOTAL SCORE 3 GAMES 666 – SR100.00 (SEORANG YANG PERTAMA) PERFECT GAME 300 – SR500.00 (SEORANG YANG PERTAMA) (JUMLAH HADIAH 49 & CABUTAN BERTUAH)

6.3           Sekiranya setelah semua perlawanan selesai dan dua pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah pin yang sama maka kaedah berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang:

I.               Jumlah terbanyak jatuhan pin pasukan pemain terakhir (game kedua) dianggap sebagai pemenang.

II.              Jika masih juga sama, jatuhan pin pasukan pemain terakhir (game pertama) diambil kira.

III.            Jika masih sama, β€œSyiling Dua Muka” menjadi penentu pemenang.

7.              PAKAIAN

7.1           Semua pasukan/pemain mesti memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.

8.              BANTAHAN

8.1           Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua Pasukan sahaja dan hendaklah dibuat secara lisan kepada Urusetia Pertandingan. Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran Tunai sebanyak SR300.00 (Saudi Riyal: Tiga Ratus Sahaja). Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan  itu gagal atau ditolak.

9.              TARIKH TUTUP PERMOHONAN

9.1           Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pertandingan sebelum atau pada 20 Oktober 2019 (Ahad).

9.2           Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding;dan

9.3           Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

TEKNIKAL MJBOWLERS

Capt. Rashid HP: 055 857 4934

Oto Shah HP: 050 283 4809

Iftar MJBowlers Ramadhan 2019

JEDDAH Malam 23 Ramadhan 1440: Sudah menjadi tradisi MJBowlers sepanjang Ramadhan setiap tahun, Alhamdulillah, malam tadi adalah malam terakhir majlis berbuka puasa keluarga besar ini di Jeddah. Tahun ini bermula daripada 6 Ramadan, setiap keluarga & individu berkongsi rezeki untuk menjamu tetamu berbuka puasa tidak mengira darjat atau usia.

Iftar Perdana MJBowlers semalam melabuhkan tirai tradisi turun temurun ini. Masing-masing mengenakan baju Melayu dan ada yang lengkap bersampin mewujudkan bibit-bibit suasana di Hari Raya. Saudara Affendy Zulkifli (serta keluarga) merangkap sponsor kita dan Presiden Kesatuan Malaysian Hijazi memulakan majlis dengan bacaan doa sebelum majlis iftar dimulakan.

Pelbagai kuih-muih “potluck”, mee kari dan mee bandung hasil kelolaan dan masakan Puan Wan Surita dan suami, Kapten MJBowlers Abdul Rashid Rahmandisajikan buat para tetamu barakah sebelum solat Maghrib berjemaah di masjid Al Qarni di depan rumah.

Usai solat, nasi ayam dan sup ekor pula menjadi jarahan kami dan rata-ratanya setuju nasi ayam melangkaui kehebatan Chicken Rice Shop di tanahair.

Saudara Yusrilfitri Mohd Yunos dan Wan Kamal Azlan menyempurnakan majlis dengan sesi mengambil gambar dan video secara kandid dan berkumpulan sebelum sesi bergambar bersama keluarga oleh saudara Azmi Junaidi.

Begitu meriah majlis kali ini diselang-selikan dengan lagu-lagu raya yang menusuk kalbu teringat ibu bapa dan keluarga di kampung Malaya. Ramai yang tidak dapat pulang beraya kali ini akibat tugasan dan persekolahan anak-anak yang bertindih dengan perayaan Eid Fitri.

Majlis disudahi dengan penyampaian hadiah penghargaan kepada tuan rumah yang menyediakan tempat beriftar tahun ini saudara Kapten dan juga isterinya yang berhempas pulas menjadi Chef hebat. Hadiah ditaja oleh keluarga MJBowlers yang bertugas di Panda. Ucapan terima kasih oleh Kapten melengkapkan majlis menyarankan tradisi ini diteruskan dan ukhwah berkekalan.

Terima kasih diucapkan kepada hos & chef untuk iftar 2019, Kapten Rashid & Kak Eita. Terima kasih juga kepada semua keluarga & individu yang turut serta memeriahkan majlis iftar pada tahun ini.

“Takbir! Allahuakbar!”Β Oto Shah berseloroh dan disambut baik oleh pejuang penyatuan ummah.

Ya Rabb, satukanlah hati2 kami kerana Mu Ya Allah. Kekalkanlah ukhwah yang terjalin ini hingga ke Jannah, InshaAllah.

BarakAllah Fikum

-Jeg Hui, yang masih terngiang-ngiang lagi dengan koleksi lagu-lagu raya semalam.

PR, MJBowlers.

FTBJ Monthly Tournament April: Azhanawati Naib Juara

Jeddah, 11 Mei 2019 – Kejohanan Bulanan Individu anjuran FTBJ bagi bulan April 2019 telah berlangsung di Bowling City pada 10 Mei 2019.

Dalam kejohanan tersebut, pemain MJBowlers Azhanawati Abdul Wahab muncul Naib Juara kategori wanita.

Azhanawati beraksi di kategori kelas B wanita, yang menyaksikan beliau layak ke pusingan playoff bersama2 rakan pemain MJBowlers Rozana berserta Evelyn Santoc. Azhanawati berjaya melayakkan ke separuh akhir untuk bertembung dengan pemain Filipina, Lynn Lopez. Selepas menumpaskan Lynn dengan jumlah mata 160 berbalas 145, Azhanawati bertemu pula pemain kelas A Pinky Acato dan pemain kelas C Myrna Soriano. Myrna menumpaskan pemain MJBowlers Hayati di peringkat separuh akhir untuk layak ke pusingan akhir.

Myrna muncul juara keseluruhan kategori wanita dengan jumlah mata bersama handicap 192, diikuti Azhanawati (190) dan Pinky (160).

Syabas diucapkan buat Azhanawati atas kejayaan kali ini, dan di harap keputusan kali ini akan menjadi pemangkin buat semua pemain2 MJBowlers untuk berusaha lagi untuk mencapai kejayaan, InshaAllah.

~WKA~

Juara Myrna bersama2 Azhanawati dan Pinky

Keputusan Penuh di laman FB FTBJ Bowlers